Malam tadi 26 April 2008 bermula episod pertama antara saya dan EG Plantation di dalam memasuki era usahawan ternak bilamana sejumlah 12 ekor Jamnapari Induk FB dan 1 ekor Jamnapari Pejantan FB mula memasuki kandang kami yang terletak di Felda Trolak Timur, Slim River, Perak. Saya dan keluarga yang telah sampai di sana seawal jam 6:30 petang bersama dengan EG dan ayah mertua dan iparnya menguruskan kemasukan Jamnapari tersebut sehingga ke lewat tengahmalam. Seterusnya ....
Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan
semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak
Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti
kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan
ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.
Sunday, April 27, 2008
Jamnapari-Episod Baru Bermula
Malam tadi 26 April 2008 bermula episod pertama antara saya dan EG Plantation di dalam memasuki era usahawan ternak bilamana sejumlah 12 ekor Jamnapari Induk FB dan 1 ekor Jamnapari Pejantan FB mula memasuki kandang kami yang terletak di Felda Trolak Timur, Slim River, Perak. Saya dan keluarga yang telah sampai di sana seawal jam 6:30 petang bersama dengan EG dan ayah mertua dan iparnya menguruskan kemasukan Jamnapari tersebut sehingga ke lewat tengahmalam. Seterusnya ....
Labels:
EG Plantation
Sunday, April 20, 2008
Kursus Penternakan Kambing Siri1-Penutup
Kursus Penternakan Kambing Siri-1 anjuran EG Plantation dengan kerjasama Teguh Ternak Sdn. Bhd. di Meru, Klang, Selangor yang bermula dari 16 April 2008, telahpun berakhir 20 April 2008. Seramai 16 orang peserta telahpun berjaya menamatkan Kursus Penternakan ini selama 5 hari 4 malam.
Pada hari terakhir, Pegawai dari Institut Pengurusan Varterina Cheras (IPV), Tuan Haji Mukhzir telah menyampaikan ceramah tentang pengurusan ternakan dan diikuti oleh Pegawai Pusat Latihan Agro Bank (dahulunya Bank Pertanian Malaysia)-ABADI telah mewakili pihak bank untuk memberikan penerangan tentang kemudahan dan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank kepada peserta-peserta kursus ternakan ini.
Saya berkesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada para peserta pada taklimat penutup yang antara lainnya berkenaan dengan :-
- Berkesungguhan untuk mencapai matlamat menjadi usahawan ternak yang berjaya.
- Kesediaan EG Plantation untuk membantu peserta set-up projek ternakan.
- Tidak terputus hubungan dengan EG Plantation dalam mengujudkan rangkaian usahawan.
- Peluang-peluang pembiayaan yang diperuntukkan kerajaan melalui Agro Bank.
Labels:
Kursus Ternakan
Tuesday, April 15, 2008
Kursus Penternakan Kambing Siri-1
Malam tadi saya ke Teguh Ternak di Meru, Klang, Selangor kerana menguruskan peserta-peserta yang akan mengikuti Kursus Penternakan Kambing anjuran bersama EG Plantation -Teguh Ternak Sdn. Bhd. yang akan bermula pada 16~20 April 2008.
Acara bermula dengan sessi penyerahan peserta kursus kepada En. Halim yang memberikan taklimat tentang perjalanan kursus dan beberapa penerangan berkenaan dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh pihah Teguh Ternak.
Saya berharap peserta-peserta yang hadir malam tadi (11 orang) dan selebihnya pada keesokan harinya (16 April) akan dapat menyesuaikan diri dan seterusnya memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna untuk mengembangkan lagi dunia penternakan kambing ini.
Labels:
Kursus Ternakan
Saturday, April 5, 2008
Projek bersama EG Plantation
Buat masa sekarang saya sedang sibuk bersama-sama dengan EG Plantation untuk set-up projek yang saya kira amat berdaya maju untuk dijalankan di Felda Trolak Timur, Slim River, Perak.
Saya mendapat pelawaan EG dan Katjang seminggu yang lalu dan saya sendiri telah membuat tinjuan di tapak projek yang akan dibangunkannya itu. Kawasan yang terletak dipinggir bukit memang amat luas berserta dengan pemandangan yang amat menarik.
Seharian bermula dari jam 7:30 pagi dari Hentian Rehat Sungai Buluh, Selasa 1 April 2008 yang lalu, saya, EG dan Katjang (dan isterinya) telah pergi ke Bank Pertanian Malaysia cawangan Slim River untuk membuat "presentation" tentang projek yang bakal dijalankan dengan harapan untuk mendapatkan keyakinan pihak bank untuk membiayai pinjaman dan juga pembiayaan kursus yang akan dijalankan nanti.
Pada dasarnya pihak bank bersetuju, tetapi kelulusan rasmi daripada pihak atasan akan dimaklumkan kemudian kerana ianya melibatkan peruntukan pembiayaan kursus yang agak tinggi. Kemudian pihak bank meminta agar kami menyediakan satu kertas kerja bagi tujuan tersebut. Saya telah ditugaskan untuk menyediakannya.
InsyaAllah, jika tiada apa-apa aral melintang, kami akan memulakan Kursus Asas Penternakan Kambing seawal bulan Julai 2008 nanti. Sesiapa yang berminat, bolehlah nanti menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Kemudahan dan prasarana seperti penginapan, bilik kuliah dan kandang yang bersesuaian dengan pembelajaran akan disediakan. InsyaAllah.
Selesai "presentation", menjelang tengahari, kami berhenti makan di kedai makan milik kakak Katjang yang terletak di Felda Trolak dan kemudian terus ke rumah bapa mertua EG untuk melihat-lihat tapak projek yang akan dibangunkan tersebut.
Memang menarik tapak projek yang dicadangkan oleh EG. Cuma ianya perlukan modal yang agak besar untuk dibangunkan kawasan tersebut berhampiran dengan kandang lama. Tetapi, InsyaAllah, ianya perlukan masa dan kesabaran kerana tanah tersebut telahpun mendapat persetujuan pihak pengurusan Felda untuk digunakan bagi tujuan tersebut.
Di dalam kawasan Felda Trolak ini sendiri terdapat beberapa orang penternak yang telah mengusahakan projek secara kecil-kecilan. Tetapi yang menjadi masalah kepada mereka adalah tentang pemasaran hasil ternakan dan beberapa kaedah yang masih mengamalkan cara-cara penternakan yang agak lama.
Dalam masa yang sama, perjumpaan pada petang itu juga telah diadakan oleh Pengurus Felda Trolak Timur yang mencadangkan agar EG Plantation menyediakan satu plan untuk membangunkan semula projek ternakan lembu yang telah terbengkalai beberapa bulan yang lalu. Walaupun agak keberatan untuk membangunkannya, tambahan pula ianya adalah projek belia, namun kami akan cuba untuk menyediakan satu kertas kerja untuk pembangunan semula projek tersebut.
Labels:
EG Plantation
Subscribe to:
Posts (Atom)
Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.