IKLAN PENTERNAKAN


Contoh Kertas Kerja
Anda menghadapi masalah untuk membuat kertas kerja? Dapatkan contoh secara PERCUMA
1. Kertas Kerja
2. Rancangan Perniagaan
3. Rekod Ternakan
Sila muat-turun disini

INFO PILIHAN

Baka : Jamnapari (PE)
Induk : Bunting kali ke-2
Anak : 5 ekor
Ladang : De Utama Farm
Lokasi : Alor Gajah, Melaka.
Pemilik : Zalila & Mahathir
Maklumat lanjut, klik disini

MAKLUMAN SEMASA

Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 4 Ogos 2008
Masa : 8:00 pg ~ 5:00 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini

Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Skim : Belia Niaga dan Belia Tani
Maklumat lanjut klik disini


Pembiayaan Mudah
TEKUN Ternak

Jumlah Pinjaman : RM500~RM50,000
Pembayaran balik : 5 tahun
Maklumat lanjut klik disini


Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 2 Jun 2008
Masa : 8 pg ~ 5 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini


Peluang Niaga
Membekal Tinja
Agros Proline memerlukan bekalan tinja untuk dibekalkan kepada rangkaian AGROS di Kapar, Klang, Selangor.
Maklumat lanjut klik disini



Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Majlis Pembangunan Usahawan Daerah NEGERI PERLIS
Tarikh: 25~26 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Negeri Perlis
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pejabat Daerah&Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pantai Hiburan Rompin,Pahang
Maklumat lanjut, klik Jadual


Tarikh: 11 ~ 23 Ogos 2008
Masuk: 10:00 pg ~ 7:00 mlm
Lokasi: Serdang, Selangor
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini


CEPAT!!!!! TAWARAN ISTIMEWA kepada penternak dan pengusaha ternakan kambing untuk mengambil bahagian di dalam Lelongan Baka Kambing di Pameran MAHA 2008. Penternak BOLEH menentukan sendiri harga kambing yang ingin dilelong.

Tarikh: 11 ~20 Ogos 2008
Masa: 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan: Ditetapkan sendiri oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan: RM17.50/kambing
Maklumat lanjut, sila klik disini

KURSUS KAMBING-LEMBU

Kursus Ternak Kambing
Aliff Agrotech
Tarikh: Cuti Sekolah
Lokasi: Resort Hutan Lipur Sekayu, Trengganu
Bayaran: RM300.00
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
PUGM
Tarikh: 14~17 Nov 2008
Lokasi: Muar, Johor
Bayaran: -
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 04~09 Nov 2008
Lokasi: Meru, Klang, Sel.
Bayaran: RM700/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Kambing Jamnapari
U Keng farming Sdn Bhd
Tarikh: 13~15 Okt 2008
Lokasi: Yong Peng, JOHOR
Bayaran: RM780/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknologi Ternak Kambing
Ladang Infoternak Perak
Tarikh: 12~16 May 2008
Tarikh: 14~18 Jul 2008
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Tarikh: 01~05 Dis 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknikal Lembu Pedaging
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 20~24 Okt 2008
Tarikh: 03~07 Nov 200
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Proses Makanan Ternakan
MARDI
Tarikh: 20~23 Okt 2008
Lokasi: Serdang, Selangor
Bayaran: RM910/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pengurusan Kambing-Bebiri
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Integrasi Agro-Kambing
Rumpun Tani Enterprise
Tarikh: 23 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Sri M'sia,Alor Star,Kedah
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
PUGM
Tarikh: 15~18 Ogos 2008
Lokasi: PUGM Farm, Pagoh,Muar,Johor
Bayaran: RM20(ahli)+RM50(Kursus)
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Lembu
Safaworld Resources
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Proses Makanan Ternakan
Integrated Farm
Tarikh: 6~8 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Nilai,NS
Bayaran: RM20/=
Hubungi: 019-2272127
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Open Mind Training & Services
Tarikh: 27 Julai 2008
Lokasi: UKM, Bangi Selangor.
Bayaran: RM30/=
Hubungi En. Zul 013-912 6989
*********************************
Kursus Integrasi Agro
Rumpun Tani Enterprise
Kursus: Kambing,Jagung,Baja Cacing
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: Hotel Seri M'sia,Alor Star
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Kambing
Safaworld Resources
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan Graduan Teknik
Tarikh: 18~21 Julai 2008
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor.
Bayaran: RM80/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Boer Best Group
Tarikh: 19~20 Julai '08
Lokasi: Hotel De Palma Kuala Selangor, SELANGOR
Bayaran: RM1,500/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Lembu
Institut Usahawan Bumiputera
Tarikh: 11~16 Julai 2008
Lokasi: Selangor.
Bayaran: RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Anjuran PPUM
Makanan Ikan: 14Jun08
Cacing Kompos: 21Jun08
Kambing Pedaging: 22Jun08
Lembu Fidlot: 05Jul08
Lintah: 12Jul08
Ikan Dalam Kanvas: 19Jul08
Ayam Pedaging: 26Jul08
Cacing Kompos: 02Aug08
Makanan Ternakan: 03Aug08
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Lembu Pedaging
MARDI
Tarikh: 30Jun~3Jul 08
Lokasi: Kluang, Johor
Bayaran: RM975/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan usahawan Graduan Malaysia
Tarikh: 27~30 Jun 08
Lokasi: Sijangkang,Selangor
Bayaran: RM50/=
Daftar sebagai ahli RM20/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 24~29 Jun 08
Lokasi: Meru, Kelang,Selangor
Bayaran: RM600/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Bengkel Usahawan Kambing
Perfect Agro Sdn Bhd
Tarikh: 14~15 Jun 08
Lokasi: Banghuris Homestay, Sepang,Selangor
Bayaran: RM250/=
Maklumat lanjut, klik disini

KURSUS TERNAKAN LAIN

Ikan Siakap & Ketutu
SNH Agro
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Lokasi: Demong Beach Rst,Trengganu
Bayaran: RM350/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Cacing Kompos
AZR Agro Centre
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: Prescott Hotel, Klang, Selangor
Bayaran: RM450/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Lintah
APEEC
Tarikh: 2 Ogos 2008
Lokasi: UPM,Serdang,Selangor
Bayaran: RM400/=
Maklumat lanjut, klik disini

EXPO AGRO

Ekspo Industri Asas Tani NS 2008
FAMA Negeri Sembilan
Tarikh: 1~3 Ogos 2008
Lokasi: Pasar Tani Mega Ampangan
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Promosi Jualan Buah-buahan
Agrobazaar
Tarikh: 23~27 Julai 2008
Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

TAHUKAH ANDA?


Skim: Skim Pinjaman Ternakan
Ternakan: Lembu, Kerbau, Kambing dan Bebiri
Jenis: Baka dan Induk
Tempoh: 2 Tahun (percuma)
Borang: Muaturun
Maklumat lanjut, klik disini

INFO PEMBIAK-BAKAAN


Linebreeding - Pembiakan diantara subspesis yang sama. Contohnya Jamnapari dengan Jamnapari
Cross Breeding - Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan Saanen
Inbreeding - Pembiakan di dalam keluarga yang sama. Contohnya Pejantan dengan anak betinanya atau diantara adik-beradik (tak disarankan)

PAIP MINUMAN (NIPPLE DRINKER)


- Memudahkan kambing minum air.
- Lebih selesa dan dapat air bersih.
- Air akan keluar apabila kambing mengetip paip tersebut dgn mulut.
- Bentuk adalah standard.
- Harga lingkungan RM 17/=

INFO PELLET BIOPALMA FELDA


BioPalma adalah sejenis makanan haiwan ternakan ruminan seperti kambing dan lembu yang berbentuk pellet.
Pengeluar: Felda Farm Product Sdn Bhd
Lokasi: Serting, Negeri Sembilan.
Bahan Asas: PKE - Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Kelapa Sawit.
Bahan Lain: Polad Gandum,Jagung,Mil Kacang Soya,Starbio,Mineral & Vitamin.
Cara Guna: Sedia diberi terus kepada haiwan ternakan ruminan/kambing.
Kesesuaian: Umur 3 bulan ke atas.
Harga: Call 019-2262125 - Prof.
Spesifikasi Nutrien (Feeds):-

Protein: 15% (min)
Kelembapan: 11% (max)
Lemak: 6% (max)
Kalsium: 7g/kg (min)
Fosferus/Phosphorus: 5g/kg (min)
Tenaga: 11MJ/kg (min)

GARAM JILAT (MINERAL BLOCK)


- Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kambing.
- Digantung di dlm pen(kandang).
- Pelbagai saiz & bentuk.
- Harga dari RM10~ RM40.

EFFECTIVE MICRO-ORGANISMS (EM)


Agen: Bakteria Baik (Pro-Biotik)
Fungsi: Kultur tunggal atau campuran dari mikro-organisma hidup yang berpengaruh baik untuk merencatkan pertumbuhan bakteria jahat
Cara: Semburan dan Minuman
Harga: RM25 seliter
Maklumat lanjut, klik disini

JALAN-JALAN

PIKOM PC Fair(II) 2008
Tarikh: 1 Ogos~14 Sept '08
Masa: 11:00pg~9:00mlm
Lokasi: Seluruh Negara
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kempen Daftar Syarikat
Tarikh: 10~25 Jun 08
Masa: 9:00pg~3:00ptg
Lokasi: Melaka
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Senibina Haiwan
Tarikh: 29 Apr~29 Jul 08
Masa: 9:30pg~5:30ptg (kecuali Isnin)
Lokasi: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Pengantin 2008
Tarikh: 4~6 Jul 08
Lokasi: Mid Valley
Masa: 11pg~9mlm
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

BANK USAHAWAN

AKHBAR ANTARABANGSA

INFO IT

BICARA AGAMA

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.


IKLAN PENTERNAKAN KAMBING

Sunday, June 29, 2008

Kunjungan ke Cemerlang Tani


Saya berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Ladang Ternakan Cemerlang Tani Sdn Bhd (CTSB) pada Sabtu lalu 28 Jun 2008 yang terletak di Kota Tinggi Johor. Secara kebetulan adik ke-7 saya melangsungkan pertunangan pada hari tersebut di kawasan yang sama di mana terletaknya Ladang Ternakan CTSB. Selepas majlis pertunangan tersebut, saya dan rombongan ahli keluarga telah mengunjungi Kandang Pertama CTSB.

Kedatangan saya bersama ahli keluarga telah disambut mesra oleh Cik Liyana yang telah agak lama menunggu kedatangan saya ada hari tersebut. Maaf la yea..Cik Liyana, kerana agak lewat tiba memandangkan majlis pertunangan tersebut agak panjang. Sempatlah juga saya berbincang perkara-perkara yang bersangkutan dengan penternakan kambing di CTSB ini.

Kesemua ahli keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk melihat-lihat kambing milik CTSB yang mempunyai 2 buah kandang penempatan kambing untuk tujuan penjualan kepada pembeli. Saya tidak berkesempatan untuk melawat kandang baru CTSB kerana kesuntukan masa.

Pujian harus diberikan kepada CTSB kerana dari pengamatan saya, kandang milik CTSB ini bersih, kering dan ketinggian kandang menepati konsep penternakan komersial. Malahan keadaan fizikal kambing-kambing CTSB adalah bersih dan sihat. Tak rugi kalau membeli baka dari CTSB ni....Tahniah





Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cik Liyana dan pengurusan CTSB kerana usaha-usaha yang dijalankan di dalam meniti kejayaan sebagai usahawan Ternakan Kambing di Johor ini. Semoga maju jaya di masa hadapan.



Friday, June 27, 2008

Ejen Rangkaian Pemasaran Ladang Olak Lempit


Sambil menumpukan perhatian terhadap penternakan kambing yang semakin popular pada hari ini, usahawan boleh juga menambah pendapatan selain hasil ternakan kambing melalui promosi rangkaian ternakan lembu dengan Ladang Ternakan Olak Lempit yang terletak di Selangor.

Selain imbuhan yang ditawarkan oleh pengusaha Ladang Olak Lempit kepada rakan-rakan yang memperkenalkan pembeli ternakan lembu, kita juga akan dapat meluaskan lagi rangkaian ternakan kerana kambing dan lembu adalah ternakan ruminan yang sering mendapat permintaan terutamanya menjelang sambutan perayaan dan dalam memenuhi tuntutan agama. [ Baca Lagi ...]


Tuesday, June 24, 2008

Tanah Ladang Machap




Kata orang menceburi bidang keusahawanan pada masa kini bukan sahaja memerlukan modal kewangan malahan ianya mengajar kita erti kesabaran kerana apa sahaja yang kita hajati belum tentu boleh terbentang di depan mata. Inilah yang saya alami semasa berusaha mendapatkan sebidang tanah kedua yang terletak di Jalan Besar Alor Gajah-Machap (Melaka).

Walaupun keluasannya hanya 1 ekar, tetapi kedudukan yang startegik di tepi jalan besar dan berdekatan pula dengan Pusat Pembiakan Kambing Muda (Kaprima) di Alor Gajah ini telah mendorong saya untuk membeli tanah tersebut. Tambahan pula jaraknya hanya sekitar 100 meter dari rumah ayah. Dan Ayah pulak memang meminati penternakan kambing.

Kandang tak jadi soal kerana ayah juga merupakan tukang rumah. Bab nak buat kira-kira pelan kandang tak jadi masalah walaupun ayah dan bersara dari pekerjaan tersebut, katanya.

Tanah yang pada masa sekarang ditanam dengan kelapa sawit memiliki sebatang anak sungai yang mengalirkan air yang jernih dan amat sesuai untuk penternakan. Harga yang ditawarkan amat tinggi iaitu RM70K, mungkin kerana telah ada tanaman kelapa sawit yang sesetengahnya telah mengeluarkan hasil. Menurut kata pemiliknya, lebar tanah tersebut melebihi 120 kaki dan panjangnya melebihi 360 kaki,
kira ok la tu....sekadar permulaan untuk bertapak di cawangan Melaka.

Setelah perundingan harga dibuat, saya telah mendapatkan seorang Jurunilai untuk menilaikan tanah tersebut kerana saya bakal membuat sedikit pinjaman dari Agro Bank. Kira letih jugak berulang alik dari Puchong ke Alor Gajah, dengan kos minyak yang tinggi ini. Tapi pasal bisness...saya pejamkan mata je....

Perbincangan dengan jurunilai menimbulkan keraguan kerana pelan tanah besar menunjukkan tanah tersebut kurang dari 100 kaki lebar...Tersentak saya dibuatnya. Kemudian saya minta Jurunilai untuk membuat semakan di Pejabat Tanah untuk memastikan saiz sebenar tanah tersebut.

Memang sah...lebar tanah tersebut hanya 99 kaki aje dan memanjang ke belakang. Setelah berbincang dengan ayah, saya memutuskan untuk membatalkan pembelian tanah tersebut walaupun telah mengeluarkan perbelanjaan beberapa ratus ringgit.

Lebar tanah sedemikian amat menyukarkan pembinaan kandang, rumah pekerja, setor dan lain-lainnya. Tambahan pula keadaan tanah yang tidak serata akan menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk kerja-kerja penambakan. Tapi...tula...pemilik tanah sekarang ni memujuk saya untuk membeli tanah tersebut dengan memberikan potongan harga lagi...Tak tahulah...saya dah 80% tak nak dah tanah tu....

Kalau ada pandangan dari rakan usahawan, bolehlah maklumkan kepada saya..


Sunday, June 22, 2008

Kenali Penyakit Kambing


Memiliki ternakan kambing yang sihat dan cergas bukan sahaja menjadi impian semua penternak malahan setiap pelanggan akan turut sama untuk memilih kambing yang sihat untuk dibeli samada untuk dijadikan santapan keluarga terutamanya apabila kenduri kendara, aqiqah, korban dan untuk dijadikan baka.

Oleh yang demikian, mengenali penyakit kambing adalah mustahak bagi setiap usahawan ternak agar ianya dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada menimpa kambing mereka.


1. Cirit-birit (Diarrhoea)
Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis). Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Kaedah Rawatan :-
  • Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.
  • Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
  • Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
  • Amalkan sistem ragutan bergilir


2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan. Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir. Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari. kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak

Kaedah Rawatan :-

  • Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
  • Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
  • Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
  • Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
  • Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin.

3. Kembung (Tyumpang)
kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang. Di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil.

Penyebab Kembung :-
  • Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
  • Terlalu banyak makan PKC,
  • Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
  • Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
Tanda-Tanda Klinikal :-
  • Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
  • Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
  • Tidak mahu makan.
  • Terbaring dan kesakitan.
  • Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
Kaedah Rawatan :-
  • Stomach tubing.
  • Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
  • Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
  • Uruskan bahan makanan dengan betul.

4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. Batuk basah adalah tanda awal. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.

Antara faktor-faktor penyebab adalah:-
  • Stress / tegasan cuaca (sejuk).
  • Pemakanan tidakbermutu.
  • Bebanan cacing.
  • Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
  • Kandang terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia.
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :-
  • Pernafasan cepat / sesak nafas.
  • Suhu tinggi / demam.
  • Bunyi pernafasan tidak normal.
  • Batuk, bersin, cecair dari hidung.
  • Lemah, kurus, tiada selera makan.
Kaedah Rawatan :-
  • Gunakan antibiotik spektrum luas
  • Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
  • Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
  • Eakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
  • Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
  • Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).

5. Penyakit-penyakit lain
Diantara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku. Keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus. Amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan penyakit.

Selain daripada itu terdapat juga rawatan secara tradisional yang telah diguna-pakai sejak dahulu oleh masyarakat kita sebelum kedatangan ubatan moden ini. Sila rujuk panduan.


Thursday, June 19, 2008

Usahawan Makanan Tambahan Ternakan


MUAR 18 Jun - Minat yang mendalam terhadap projek haiwan ternakan mendorong tiga sahabat bergabung tenaga membuka sebuah kilang memproses makanan tambahan untuk lembu, kambing, ayam dan itik yang mula dipasarkan sejak tiga bulan lepas.

Salah seorang rakan kongsi itu, Abdul Latif Baba, 54, berkata, mereka menubuhkan syarikat Prestige Blitz Sdn. Bhd., yang kini memasarkan produk makanan tambahan itu di selatan tanah air.

Dengan bermodalkan RM50,000, mereka menyewa sebuah kilang di Jalan Jeram, Bakri di sini bagi menjalankan perniagaan makanan tambahan itu sejak April lalu.

"Sebagai usaha permulaan, kami berharap permintaan terhadap makanan tambahan ini bertambah kerana bahan ini mendapat pengiktirafan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi)" - Abdul Latif


Proses menghasilkan makanan tambahan haiwan kambing dan lembu, ia dihasilkan daripada campuran sekam padi, bahan buangan minyak sawit, hampas kelapa, garam dan gula merah, manakala bagi makanan ayam dan itik, ia memerlukan campuran dedak ikan yang siap dikisar.

Senarai Harga Makanan Tambahan (25kg setiap guni) :-
  • Lembu - RM16
  • Kambing - RM18
  • Ayam & Itik - RM38
Menurutnya, produk keluaran mereka mengandungi bahan-bahan terbaik untuk membantu menambahkan pembesaran haiwan ternakan kerana mengandungi tenaga, kalsium, zat besi, serat serta protein.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai makanan tambahan itu boleh menghubunginya di 012-3410222 atau 016-3418222.
[ Baca Lagi ... ]


Tuesday, June 17, 2008

Rumput Kering-Hay




Rumput Kering (Hay)
Rumput kering ialah rumput yang dipotong dan dijemur hingga kandungan airnya dalam lingkungan 12 - 14 %. Rumput kering ini boleh disimpan beberapa lama dan dikekalkan mutunya.

Pengunaan jentera untuk memotong dan membuat rumput kering telah lama dijalankan di ladang-ladang ternakan yang besar terutama di luar negara. Cara ini agak sukar dipraktikkan di kawasan penternak kecil kerana kawasan yang kecil dan tidak setempat. Penternak-penternak yang menanam rumput secara kecilan dan jika terdapat hasil rumput berlebihan, penternak-penternak disyorkan membuat rumput kering sendiri dengan menjemurnya mengunakan cahaya suria.

Faedah Rumput Kering (Hay)
  • Menyediakan makanan yang berkualiti dan bahan kering yang terjamin kesediaannya.
  • Boleh disimpan lama sekiranya disimpan ditempat yang sesuai.
  • Senang diangkut dan digunakan.
Untuk membuat rumput kering yang berkualiti, rumput yang digunakan mestilah:-
  • Segar dan bebas dari rumpai.
  • Di potong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbunga).
  • Hendaklah dikeringkan (kandungan air 12-14 %).
Di Malaysia penggunaan jerami padi juga dikenali sebagai Rumput Kering dijadikan sebagai makanan ternakan kambing yang berkhasiat dan amat amat meluas penggunaannya kerana harga yang murah dan banyak didapati di kawasan pertanian yang mana terdapatnya penanaman padi. Ianya boleh didapati di Sekinchan dan juga di negeri Jelapang padi Kedah. Harganya di bawah RM100 bagi setiap satu gelungan bulat sekitar 450kg~500kg. Pada kebiasaannya, pembeli dikehendaki mengambilnya dengan menggunakan kenderaan sendiri seperti lori dan sebagainya.

Selain memberi jerami padi terus kepada kambing sebagai makanan, jerami padi boleh juga dijadikan sebagai salah satu penghasilan silaj. Cara pemprosesannya adalah sama seperti silaj rumput Napier dan sebagainya.



Monday, June 9, 2008

Info Tentang Silaj


APA ITU SILAJ?
Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic).

Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.

PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ
Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35 % akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65 – 75 % (25 – 35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

KAEDAH MEMBUAT SILAJ
Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek di antara 3 – 15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organik (sulfuric, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga menggunakan asid organik (formic, propionik) tetapi bahan-bahan tersebut sangat mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh di dapati dengan lebih murah seperti molas dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan ini bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

KENAPA SILAJ DIPERLUKAN?
Kefahaman mengenai asas keperlan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak berwap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha untuk menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.

PEMERAMAN SILAJ
Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.

Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, baunya tidak menyenangkan dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.

Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.

Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta system penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan aerobic. Disamping itu jenis silo yang digunakan ini, tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa diisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang akan dihasilkan.

SILAJ TONG PLASTIK
Penggunakan tong plastik sebagai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastkc yang mampu bertahan mengikut cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.

Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan mendapatkan bahan silaj ke dalam silo, menggunakan tenaga manusia, di mana seseorang pekerja perlu memijak bahan silaj sehingga padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya. Memampatkan bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kualiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.

Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan.

Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan ini dapat menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fementasi silaj berlaku dengan sempurna.

Mesin ini juga dilengkapi dengan penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.

Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan adalah terjamin.

Sumber:JPH
Akan Datang...Jenis-jenis Silaj dan pembuatannya.

Sunday, June 8, 2008

Seludup Lembu dan Kerbau


KOTA BHARU 7 Jun - Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Negeri Kelantan merampas sebanyak 110 ekor kerbau dan 60 ekor lembu bernilai RM790,000 dalam serbuan di dua kandang di Kampung Tasik Berangan, Repek dekat Pasir Mas yang turut disertai oleh Pegawai JPH Kelantan.

Pegawai Pemerintah Batalion Kelapan PGA, Supritendan Rooslan Radzi berkata, ketika serbuan kira-kira pukul 2 pagi, pihaknya mendapati pemiliknya tiada di kandang berkenaan. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya mendapati pemilik kandang terbabit telah menyalahgunakan permit pendaftaran haiwan berkenaan.

"Mengikut pendaftaran yang dibuat, kerbau dan lembu berkenaan didaftar di Bachok dan Pasir Puteh tetapi haiwan berkenaan diletakkan di dalam kadang di kawasan Pasir Mas" - Rooslan Radzi


Menurut beliau, pihaknya terpaksa merampas kesemua 110 kerbau dan 60 ekor lembu jenis Brahma yang dipercayai diseludup dari negara jiran itu.

Rooslan berkata, kerbau dan lembu yang dirampas itu berada di dalam kandang berkenaan sejak tiga hari lalu dan dipercayai menunggu kenderaan untuk dibawa keluar dari negeri ini hari ini.
[Baca lagi...]

Berhati-hatilah ketika ingin membeli ternakan daripada mana-mana penjual yang menawarkan harga yang terlalu rendah agar tidak terbeli ternakan yang diseludup yang tidak mempunyai permit daripada JPH. Dikhuatiri ianya akan mendatangkan masalah dimasa hadapan seperti jangkitan penyakit dan sebagainya.

Sekiranya kegiatan ini tidak dibendung, maka ianya secara tidak langsung merugikan golongan penternak dan negara kita akan kehilangan sumber pendapatan daripada hasil ternakan.


Saturday, June 7, 2008

Seludup Kambing Dari Thailand


Rantau Panjang Kelantan - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup masuk 70 ekor kambing bernilai RM20,000 dalam serbuan di pangkalan haram Tualang oleh UPP Pengkalan Kubor, setelah terserempak dengan beberapa lelaki sedang mengumpul haiwan berkenaan di tebing Sungai Golok pada 3 Jun 2008 yang lalu.

Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, mereka dipercayai sedang menunggu kenderaan untuk mengangkut haiwan itu setelah berjaya dibawa masuk menggunakan bot.
[Baca lagi...]

Bukannya senang nak seluduk kambing ni. sekali dia mengembek, semua orang akan perasan. Mana nak sorok...Siapalah yang gamaknya nak beli kambing seludup tu?



Friday, June 6, 2008

Kempen Daftar Syarikat - Melaka


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuka Kaunter Bergerak bermula 10 hingga 25 Jun ini dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang di beberapa lokasi sekitar Negeri Melaka iaitu di Alor Gajah dan Jasin bagi memudahkan peniaga atau penjaja di daerah itu mendaftarkan perniagaan masing-masing.

Lokasi :-
1. Pejabat Japerun Kuala Linggi (10 dan 11 Jun)
2. Kompleks Japerun Rim, Jasin (17 dan 18 Jun)
3. Balai Bomba Alor Gajah (24 dan 25 Jun)

Perkhidmatan yang disediakan:-
1. Pendaftaran perniagaan baru
2. Perubahan butiran perniagaan
3. Pembaharuan pendaftaran perniagaan
4. Penamatan perniagaan

Keperluan untuk mendaftarkan perniagaan:-
1. Salinan kad pengenalan
2. Sijil pendaftaran perniagaan (untuk perubahan maklumat perniagaan)

Golongan penternak di sekitar Alor Gajah dan Jasin digalakkan mengambil kesempatan ini untuk mendaftarkan perniagaan masing-masing samada perniagaan "Enterprise" ataupun "Sdn.Bhd" bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan yang mereka jalankan.
[Baca lagi...]


Wednesday, June 4, 2008

Konsep Buku Hijau Dihidupkan Semula

Kota Bahru, Kelantan 2 Jun 2008 -- Konsep Buku Hijau yang pernah di perkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Razak pada 20 Disember 1974 lalu dihidupkan semula oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Datuk Mustapa Mohamed berkata semasa merasmikan Ekspo Pemakanan Sihat di sini.

Dalam ucapan Tun Razak pada 1974 itu, beliau telah menjelaskan bahawa Rancangan Buku Hijau ini ialah satu-satunya tindakan positif untuk membantu rakyat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi akibat inflasi, walaupun keadaan inflasi di Malaysia ketika itu tidaklah begitu berat. Bagaimanapun Malaysia perlulah mengembelingkan seluruh tenaga untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanannya.

Tujuan utama Rancangan Buku Hijau ini ialah untuk menambahkan hasil makanan. Perkara yang dipentingkan ialah penggunaan tanah dan bukanlah hak milik atas tanah. [Baca lagi..]

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata "Menerusi kegiatan itu mereka secara langsung mengamalkan cara hidup sihat selain dapat memakan bahan-bahan makanan yang segar dan dijamin bersih".
[Baca lagi..]

Pihak kerajaan pada masa sekarang begitu menitikberatkan pertanian dan industri yang melibatkan makanan untuk rakyat dengan memberikan pelbagai peruntukan dan pembiayaan untuk menjalankan projek-projek pertanian, penternakan dan perikanan. Yang menjadi masalahnya pada masa ini ialah kurangnya sambutan daripada rakyat kita yang mahu menceburkan diri dengan bidang keusahawan ini. Mudah-mudahan negara kita tidak akan berterusan menghadapi krisis makanan seperti kekurangan beras, gula, tepung dan sebagainya.



Tuesday, June 3, 2008

Kunjungan 4 Ladang Ternakan

Saya menghabiskan hujung minggu Ahad 1 Jun 2008 yang lalu dengan mengadakan lawatan ke beberapa ladang ternakan yang terdapat di sekitar Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Kunjungan pertama adalah di Ladang Ternakan Kaprima milik Sdr Jasmin yang terletak di Jalan Menggong, Alor Gajah Melaka. Kunjungan pada pagi tersebut bersama ayah saya yang memang meminati ternakan kambing ini disambut oleh seorang pekerja En Jasmin yang kebetulan berada di situ. Laluan masuk ke ladang telah dilengkapi dengan jalan bertar, bekalan elektrik, air dan lampu jalan. Selama ini saya langsung tidak mengetahui keujudan Kaprima di kawasan tersebut yang terletak tidak sampai 10 minit dari rumah ayah saya. Saya dan ayah sempat juga meninjau-ninjau sekitar kawasan ladang sekitar 1 jam sebelum bergerak ke ladang ternakan seterusnya.


Kunjungan kedua pula adalah di Ladang Ternakan Kaifna yang juga merupakan rakan sekampung saya (Bukit Bulat) yang mengusahakan ternakan kambing pedaging iaitu Sdr Kamaruddin Mustafa. Beliau yang tinggal di dalam ladang ternakan tersebut ada juga menanam rumput Napier. Kebanyakan kambing yang diternak adalah kacukan dengan pejantan Jamna (Cross). Saya tak sempat berbual panjang kerana beliau ada urusan lain masa tersebut. Saya juga ada berbual dengannya untuk mengujudkan network di luar kawasan Melaka ini secara ON-LINE. InsyaAllah.


Petangnya pula sekitar jam 3:30 petang, dalam perjalanan balik ke Puchong, saya telah mengunjungi ladang ternakan Cikgu Ab Halim di Samiah Goat Farm di Alor Gajah. Perbualan saya dengan Cikgu Halim yang peramah itu berlangsung sekitar 45 minit. Banyak juga ilmu yang diperolehi termasuk pemakanan, kesihatan dan juga pemasaran. Memang Cikgu Halim ni banyak ilmu dalam penternakan. Cuma sekitar kawasan Melaka ni, tidak ramai penternak yang menternak kambing Jamnapari atau Boer secara aktif. Kebanyakan mereka mengusahakan ternakan kambing pedaging secara kacukan.


Kemudian saya terus ke Sri Menanti, Negeri Sembilan di mana terletaknya ladang ternakan Farzem Farm. Kedatangan saya yang telah dirancang ini disambut oleh pemiliknya Sdr Abdul Talib. Kawasan ladang beliau agak luas membolehkannya menanam rumput Napier. Tetapi disebabkan kawasan tersebut adalah bekas sawah dan digenangi air, maka sesetengah Napier tidak menjadi. Cadangnya nak cari Jamna (Cross) untuk dibuat Skim Pawah sekitar bulan Ogos atau September nanti.

Kunjungan ke 4 ladang ternakan ini membuatkan saya teramatlah letih, namun banyak ilmu yang saya perolehi daripada mereka yang saya kunjungi ini.



Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama :
Telefon :
E-mail :
Web/Blog :
Usahawan : Kambing Lembu Kerbau
Unggas (Ayam,burung dll..)
Lintah Ikan
Pertanian
Lain-Lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.