IKLAN PENTERNAKAN


Contoh Kertas Kerja
Anda menghadapi masalah untuk membuat kertas kerja? Dapatkan contoh secara PERCUMA
1. Kertas Kerja
2. Rancangan Perniagaan
3. Rekod Ternakan
Sila muat-turun disini

INFO PILIHAN

Baka : Jamnapari (PE)
Induk : Bunting kali ke-2
Anak : 5 ekor
Ladang : De Utama Farm
Lokasi : Alor Gajah, Melaka.
Pemilik : Zalila & Mahathir
Maklumat lanjut, klik disini

MAKLUMAN SEMASA

Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 4 Ogos 2008
Masa : 8:00 pg ~ 5:00 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini

Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Skim : Belia Niaga dan Belia Tani
Maklumat lanjut klik disini


Pembiayaan Mudah
TEKUN Ternak

Jumlah Pinjaman : RM500~RM50,000
Pembayaran balik : 5 tahun
Maklumat lanjut klik disini


Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 2 Jun 2008
Masa : 8 pg ~ 5 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini


Peluang Niaga
Membekal Tinja
Agros Proline memerlukan bekalan tinja untuk dibekalkan kepada rangkaian AGROS di Kapar, Klang, Selangor.
Maklumat lanjut klik disini



Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Majlis Pembangunan Usahawan Daerah NEGERI PERLIS
Tarikh: 25~26 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Negeri Perlis
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pejabat Daerah&Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pantai Hiburan Rompin,Pahang
Maklumat lanjut, klik Jadual


Tarikh: 11 ~ 23 Ogos 2008
Masuk: 10:00 pg ~ 7:00 mlm
Lokasi: Serdang, Selangor
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini


CEPAT!!!!! TAWARAN ISTIMEWA kepada penternak dan pengusaha ternakan kambing untuk mengambil bahagian di dalam Lelongan Baka Kambing di Pameran MAHA 2008. Penternak BOLEH menentukan sendiri harga kambing yang ingin dilelong.

Tarikh: 11 ~20 Ogos 2008
Masa: 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan: Ditetapkan sendiri oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan: RM17.50/kambing
Maklumat lanjut, sila klik disini

KURSUS KAMBING-LEMBU

Kursus Ternak Kambing
Aliff Agrotech
Tarikh: Cuti Sekolah
Lokasi: Resort Hutan Lipur Sekayu, Trengganu
Bayaran: RM300.00
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
PUGM
Tarikh: 14~17 Nov 2008
Lokasi: Muar, Johor
Bayaran: -
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 04~09 Nov 2008
Lokasi: Meru, Klang, Sel.
Bayaran: RM700/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Kambing Jamnapari
U Keng farming Sdn Bhd
Tarikh: 13~15 Okt 2008
Lokasi: Yong Peng, JOHOR
Bayaran: RM780/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknologi Ternak Kambing
Ladang Infoternak Perak
Tarikh: 12~16 May 2008
Tarikh: 14~18 Jul 2008
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Tarikh: 01~05 Dis 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknikal Lembu Pedaging
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 20~24 Okt 2008
Tarikh: 03~07 Nov 200
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Proses Makanan Ternakan
MARDI
Tarikh: 20~23 Okt 2008
Lokasi: Serdang, Selangor
Bayaran: RM910/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pengurusan Kambing-Bebiri
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Integrasi Agro-Kambing
Rumpun Tani Enterprise
Tarikh: 23 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Sri M'sia,Alor Star,Kedah
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
PUGM
Tarikh: 15~18 Ogos 2008
Lokasi: PUGM Farm, Pagoh,Muar,Johor
Bayaran: RM20(ahli)+RM50(Kursus)
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Lembu
Safaworld Resources
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Proses Makanan Ternakan
Integrated Farm
Tarikh: 6~8 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Nilai,NS
Bayaran: RM20/=
Hubungi: 019-2272127
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Open Mind Training & Services
Tarikh: 27 Julai 2008
Lokasi: UKM, Bangi Selangor.
Bayaran: RM30/=
Hubungi En. Zul 013-912 6989
*********************************
Kursus Integrasi Agro
Rumpun Tani Enterprise
Kursus: Kambing,Jagung,Baja Cacing
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: Hotel Seri M'sia,Alor Star
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Kambing
Safaworld Resources
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan Graduan Teknik
Tarikh: 18~21 Julai 2008
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor.
Bayaran: RM80/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Boer Best Group
Tarikh: 19~20 Julai '08
Lokasi: Hotel De Palma Kuala Selangor, SELANGOR
Bayaran: RM1,500/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Lembu
Institut Usahawan Bumiputera
Tarikh: 11~16 Julai 2008
Lokasi: Selangor.
Bayaran: RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Anjuran PPUM
Makanan Ikan: 14Jun08
Cacing Kompos: 21Jun08
Kambing Pedaging: 22Jun08
Lembu Fidlot: 05Jul08
Lintah: 12Jul08
Ikan Dalam Kanvas: 19Jul08
Ayam Pedaging: 26Jul08
Cacing Kompos: 02Aug08
Makanan Ternakan: 03Aug08
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Lembu Pedaging
MARDI
Tarikh: 30Jun~3Jul 08
Lokasi: Kluang, Johor
Bayaran: RM975/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan usahawan Graduan Malaysia
Tarikh: 27~30 Jun 08
Lokasi: Sijangkang,Selangor
Bayaran: RM50/=
Daftar sebagai ahli RM20/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 24~29 Jun 08
Lokasi: Meru, Kelang,Selangor
Bayaran: RM600/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Bengkel Usahawan Kambing
Perfect Agro Sdn Bhd
Tarikh: 14~15 Jun 08
Lokasi: Banghuris Homestay, Sepang,Selangor
Bayaran: RM250/=
Maklumat lanjut, klik disini

KURSUS TERNAKAN LAIN

Ikan Siakap & Ketutu
SNH Agro
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Lokasi: Demong Beach Rst,Trengganu
Bayaran: RM350/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Cacing Kompos
AZR Agro Centre
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: Prescott Hotel, Klang, Selangor
Bayaran: RM450/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Lintah
APEEC
Tarikh: 2 Ogos 2008
Lokasi: UPM,Serdang,Selangor
Bayaran: RM400/=
Maklumat lanjut, klik disini

EXPO AGRO

Ekspo Industri Asas Tani NS 2008
FAMA Negeri Sembilan
Tarikh: 1~3 Ogos 2008
Lokasi: Pasar Tani Mega Ampangan
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Promosi Jualan Buah-buahan
Agrobazaar
Tarikh: 23~27 Julai 2008
Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

TAHUKAH ANDA?


Skim: Skim Pinjaman Ternakan
Ternakan: Lembu, Kerbau, Kambing dan Bebiri
Jenis: Baka dan Induk
Tempoh: 2 Tahun (percuma)
Borang: Muaturun
Maklumat lanjut, klik disini

INFO PEMBIAK-BAKAAN


Linebreeding - Pembiakan diantara subspesis yang sama. Contohnya Jamnapari dengan Jamnapari
Cross Breeding - Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan Saanen
Inbreeding - Pembiakan di dalam keluarga yang sama. Contohnya Pejantan dengan anak betinanya atau diantara adik-beradik (tak disarankan)

PAIP MINUMAN (NIPPLE DRINKER)


- Memudahkan kambing minum air.
- Lebih selesa dan dapat air bersih.
- Air akan keluar apabila kambing mengetip paip tersebut dgn mulut.
- Bentuk adalah standard.
- Harga lingkungan RM 17/=

INFO PELLET BIOPALMA FELDA


BioPalma adalah sejenis makanan haiwan ternakan ruminan seperti kambing dan lembu yang berbentuk pellet.
Pengeluar: Felda Farm Product Sdn Bhd
Lokasi: Serting, Negeri Sembilan.
Bahan Asas: PKE - Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Kelapa Sawit.
Bahan Lain: Polad Gandum,Jagung,Mil Kacang Soya,Starbio,Mineral & Vitamin.
Cara Guna: Sedia diberi terus kepada haiwan ternakan ruminan/kambing.
Kesesuaian: Umur 3 bulan ke atas.
Harga: Call 019-2262125 - Prof.
Spesifikasi Nutrien (Feeds):-

Protein: 15% (min)
Kelembapan: 11% (max)
Lemak: 6% (max)
Kalsium: 7g/kg (min)
Fosferus/Phosphorus: 5g/kg (min)
Tenaga: 11MJ/kg (min)

GARAM JILAT (MINERAL BLOCK)


- Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kambing.
- Digantung di dlm pen(kandang).
- Pelbagai saiz & bentuk.
- Harga dari RM10~ RM40.

EFFECTIVE MICRO-ORGANISMS (EM)


Agen: Bakteria Baik (Pro-Biotik)
Fungsi: Kultur tunggal atau campuran dari mikro-organisma hidup yang berpengaruh baik untuk merencatkan pertumbuhan bakteria jahat
Cara: Semburan dan Minuman
Harga: RM25 seliter
Maklumat lanjut, klik disini

JALAN-JALAN

PIKOM PC Fair(II) 2008
Tarikh: 1 Ogos~14 Sept '08
Masa: 11:00pg~9:00mlm
Lokasi: Seluruh Negara
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kempen Daftar Syarikat
Tarikh: 10~25 Jun 08
Masa: 9:00pg~3:00ptg
Lokasi: Melaka
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Senibina Haiwan
Tarikh: 29 Apr~29 Jul 08
Masa: 9:30pg~5:30ptg (kecuali Isnin)
Lokasi: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Pengantin 2008
Tarikh: 4~6 Jul 08
Lokasi: Mid Valley
Masa: 11pg~9mlm
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

BANK USAHAWAN

AKHBAR ANTARABANGSA

INFO IT

BICARA AGAMA

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.


IKLAN PENTERNAKAN KAMBING

Sunday, August 31, 2008

Kunjungan ke 3 Ladang Ternakan


Pada 31 Ogos 2008 saya mengambil kesempatan perjalanan pulang dari kampung di Alor Gajah ke Puchong Selangor untuk mengunjungi Ladang Ternakan De Utama Farm yang terletak di Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka. Kunjungan saya disambut oleh Sdri Zalila bersama rakan kongsinya Sdr Mahathir yang mengusahakan ternakan kambing sejak lebih 1 tahun yang lalu.

Menurut Sdr Mahathir, beliau amat bertuah dan bersyukur kerana kambing Jamnapari beliau yang bunting kali kedua telah melahirkan 5 ekor anak yang sihat. Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan kerana amat jarang sekali seseekor kambing Jamnapari melahirkan 5 ekor anak dalam satu-satu masa. Malahan beliau yang mendapat pendidikan dari IHK Kluang ini telah melakukan beberapa langkah dan kaedah yang baik kearah memajukan industri ternakan kambing.

Biarpun berhadapan
dengan pelbagai cabaran seperti kenaikan harga makanan ternakan, networking dan sebagainya, kegigihan kedua-dua usahawan muda ini harus dipuji dan diberikan perangsang agar industri ternakan kambing di negara kita bertambah maju.

Mereka yang juga telah mendaftarkan keahlian di dalam PPKM semasa pameran MAHA2008 yang lalu banyak memberikan idea dan pandangan yang baik untuk dilakukan oleh PPKM bagi menjamin kebaikan ahli di dalam PPKM.






Kemudian mereka berdua telah membawa saya ke satu lagi ladang ternakan kambing yang terletak di Air Tanai, Air Paabas, Alor Gajah Melaka yang di miliki seorang lagi usahawan. Namun saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan pemiliknya yang tiada di ladang ternakan tersebut.




Kunjungan ketiga saya adalah di Berjaya Goat Farm yang terletak di Kampong Mampong Hilir, Rembau , Negeri Sembilan. Kedatangan saya disambut oleh Sdr Shah Rull, Che Mat dan juga Ayahnya. Ladang ternakan mereka yang terletak di tepi jalan besar dan mula beroperasi pada Januari 2008 yang lalu telahpun mendatangkan hasil apabila beberapa ekor anak Jamnapari tulen telahpun dilahirkan di dalam kandang tersebut.

Tahniah kepada mereka bertiga yang telahpun mula memasarkan susu kambing Jamnapari dan saya diberitahu bahawa sambutannya amat menggalakkan. Mereka juga bercadang untuk mempelbagaikan jenis kambing seperti kambing Boer.

Walaubagaimanapun, seperti penternak kambing yang lain, harga makanan seperti pellet tetap menjadi masalah yang utama bagi penternak di negara kita. InsyaAllah, semua maklumat penternak ini akan dikumpulkan dan akan dibawa kepada PPKM untuk sama-sama berusaha mengatasinya.








Thursday, August 28, 2008

RM5.4 juta Pembangunan Industri Ternakan Kambing

SEREMBAN 27 Ogos - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah menjalankan aktiviti penternakan lembu di bawah projek tanaman kelapa sawit dan kambing biri-biri di bawah tanaman getah sejak tahun 1995.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat memberitahu, banyak program seumpama itu dijalankan di kawasan Felda. Ia dijalankan melalui projek khas yang dipanggil Kawasan Tumpuan Sasaran (TAC) dan telah menempatkan seorang pegawai khas untuk membangunkan penternakan di Felda. Kawasan di daerah Jempol juga telah dipilih kerana ia berpotensi dimajukan sebagai kawasan pengeluaran makanan. Bagaimanapun selain kesesuaian kawasan, usia tanaman kelapa sawit dan hak milik tanah perlu juga diambil kira dalam memastikan aktiviti penternakan itu dapat dijalankan tanpa gangguan.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), JPV telah diberi peruntukan sebanyak RM12.4 juta dan daripada jumlah itu RM5.4 juta digunakan untuk pembangunan industri ternakan kambing biri-biri" - Datuk Yunus Rahmat


Kesemua peruntukan itu, katanya, untuk perolehan ternakan, peralatan ternakan dan ubatan ternakan selain aktiviti ragutan. Peruntukan ini digunakan untuk keseluruhan pembangunan ternakan seluruh negeri (enam daerah) dan tidak hanya tertumpu di kawasan Felda sahaja.
[Sumber : Utusan Malaysia ]


Sunday, August 24, 2008

Casserose Animal Management System-CAMS

24 Ogos 2008 - Saya mengambil kesempatan hari terakhir Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia, MAHA 2008 yang berlangsung di Serdang, Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Casserose Animal Management System (CAMS) iaitu satu perisian komputer untuk menyimpan dan menguruskan semua data-data ternakan kambing sesebuah ladang ternakan.

Saya berpeluang mendengar taklimat daripada Tuan Haji Othman Mohamad sendiri yang merupakan pemilik hakcipta perisian tersebut di Booth Casserose. Menurut beliau, CAMS merupakan perisian pengurusan ternakan kambing yang pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh beliau sendiri setelah menyedari bahawa industri ternakan kambing di negara kita memerlukan satu sistem pengurusan ternakan yang lebih effisien dan mudah berbanding dengan sistem merekodkan ternakan pada masa sekarang yang dibuat secara manual dan memerlukan banyak masa dan penelitian dan amat menyukarkan penternak untuk kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan pen dan kertas.

Malahan dengan pengunaan sistem manual (pen dan kertas), kesilapan lebih mudah berlaku jika penternak mengabaikan atau kurang peka dengan proses kemaskini rekod ternakan. Ini bukan sahaja akan menjejaskan sistem pengurusan ternakan, malahan akan menyebabkan kos pengurusan meningkat bilamana penternak terpaksa mengeluarkan kos tambahan seperti alatulis seperti pen, kertas, dakwat alat pencetak, kos pemeriksaan oleh pekerja ladang dan sebagainya.

Antara isi kandungan perisian yang amat berfaedah untuk penternak kambing ialah :-

Rekod Ternakan
Merokeodkan butiran terperinci ternakan seperti Nama, kelahiran, umur, baka, salasilah, gambar ternakan dan sejarah terperinci sesekor kambing dan sebagainya.







Rekod Kesihatan
Merekodkan butiran kesihatan ternakan seperti suntikan, sejarah penyakit dan lain-lain lagi.









Rekod Pembekal
Merekodkan butiran tentang pembekal yang berurusan dengan penternak.










Rekod Kematian
Merekodkan butiran kematian ternakan, sebab-sebab kematian dan sebagainya.










Rekod Bil
Merekodkan harga pembelian, jualan ternakan kambing dan sebagainya. Ianya juga merupakan invoice untuk rujukan penternak.








Reminder - Penternak boleh membuat "reminder" (peringatan) sendiri seperti tarikh suntikan yang akan datang. Butang peringatan akan berkelip di kaca skrin komputer setiap kali perisian CAMS ini dibuka. Ianya amat memudahkan penternak dan tidak akan lupa atau tersilap tentang tarikh tersebut.




Program
- Turut disertakan juga ialah program pengiraan (calculatian system) seperti kuantiti suntikan yang diperlukan berdasarkan kepada keperluan kambing, jadual pemakanan dan lain-lain lagi.


Apa yang lebih menariknya, kesemua data-data tersebut boleh dimuaturun ke dalam perisian Microsfoft Office untuk tujuan output berbentuk carta pie, grafik dan sebagainya. Ianya juga boleh dicetak di dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki oleh penternak.


Saya amat berpuas hati dengan perisian ini. Ianya amat berguna dalam menguruskan ternakan kambing dengan lebih effisien lagi tanpa perlu bersusah payah menguruskan secara manual. Ianya juga dilengkapi dengan pin keselamatan bagi mengelakkan penyalinan secara tidak sah (duplicate).

Sekalung tahniah diucapkan Tuan Haji Othman yang telah bertungkus lumus membangunkan dan menghasilkan perisian CAMS ini lebih 1 tahun yang lalu. Sambutan daripada penternak kambing pada masa sekarang amat menggalakkan. Respon daripada Jabatan Perkhidmatan Verteriner (JPV) dan MARDI sendiri yang sedang merancang untuk mengiktiraf CAMS sebagai perisian pengurusan ternakan kambing di Malaysia.

Penternak yang ingin mendapatkan perisian CAMS ini boleh menghubungi
Casserose yang mendapat hak pengedarannya :-

Casserose Agrofarm Sdn Bhd
No. 8, Jalan Astaka U8/83,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-7845 3236
Rozalafri : 012-296 9763
Razali : 019-308 7729
Selamat : 012-225 0603 (Ladang Segamat)



Wednesday, August 20, 2008

Kunjungan ke Dewan Pameran MAHA2008

19 Ogos 2008 - Saya mengambil kesempatan cuti separuh hari untuk membawa keluarga mengunjungi MAHA2008 lagi. Kali ini kami mengunjungi Dewan Pameran A,B,C dan D.

Terkejut juga saya dibuatnya kerana Dewan Pameran kesemuanya berhawa dingin tidak seperti MAHA2006 yang lalu. Malahan booth yang disediakan amat banyak yang memberi ruang dan peluang kepada usahawan mempamerkan hasil produk masing-masing dan membuat jualan terutamanya di bahagian Agro-bazaar. Tapi harga yang ditawarkan lebih kurang sama dengan yang dijual diluar MAHA. Sepatutnya, sempena MAHA dan kuantiti jualan juga lebih banyak, maka sepatutnya harga yang dijual lebih rendah lagi. tetapi saya dimaklumkan bahawa peserta pameran dikenakan bayaran sewaan, tidak seperti di bahagian ternakan (di bawah JPV).

Disebabkan musim MAHA, maka kali ini saya lebih bercerita kepada kunjungan ke MAHA2008 ini. InsyaAllah, selepas selesai MAHA nanti, kita sambung cerita penternakan...










Monday, August 18, 2008

MAHA 2008 dan Kawan Lama

Hari ke-7 17 Ogos 2008 kunjungan saya ke MAHA 2008 menyaksikan keadaan pameran penuh sesak dengan pengunjung yang datang sejak awal pagi sehingga ke lewat petang. Malahan MAHA kali ini dibuka sehingga jam 9:00 malam masih terdapat ramai pengunjung. Mungkin keadaan cuaca yang panas terik pada waktu siang, menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk datang pada lewat petang.

MAHA 2008 kali ini telah menemukan saya kepada sahabat yang telah lama terpisah sejak kami sama-sama menuntut di UTM Jalan Semarak pada 1986 yang lalu. 22 tahun terpisah, kali ini ditemukan di MAHA2008 ketika saya secara kebetulan melawat booth beliau. Sudahlah begitu, isterinya juga pernah bekerja di tempat saya bekerja sekarang dan saya memang mengenali isteri beliau yang bekerja di bahagian Finance. Dan yang menariknya. kami sama-sama membeli rumah di Selangor yang sekarang ini telah terbengkalai sepenuhnya. Pelik...pelik...tapi kuasa Allah SWT, siapa tahu...kami ditemukan kembali.

Sempat juga saya merakam beberapa booth rakan-rakan ternak yang mempamerkan product masing-masing. Meriah sungguh kali ini....















Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama :
Telefon :
E-mail :
Web/Blog :
Usahawan : Kambing Lembu Kerbau
Unggas (Ayam,burung dll..)
Lintah Ikan
Pertanian
Lain-Lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.