IKLAN PENTERNAKAN


Contoh Kertas Kerja
Anda menghadapi masalah untuk membuat kertas kerja? Dapatkan contoh secara PERCUMA
1. Kertas Kerja
2. Rancangan Perniagaan
3. Rekod Ternakan
Sila muat-turun disini

INFO PILIHAN

Baka : Jamnapari (PE)
Induk : Bunting kali ke-2
Anak : 5 ekor
Ladang : De Utama Farm
Lokasi : Alor Gajah, Melaka.
Pemilik : Zalila & Mahathir
Maklumat lanjut, klik disini

MAKLUMAN SEMASA

Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 4 Ogos 2008
Masa : 8:00 pg ~ 5:00 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini

Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Skim : Belia Niaga dan Belia Tani
Maklumat lanjut klik disini


Pembiayaan Mudah
TEKUN Ternak

Jumlah Pinjaman : RM500~RM50,000
Pembayaran balik : 5 tahun
Maklumat lanjut klik disini


Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 2 Jun 2008
Masa : 8 pg ~ 5 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini


Peluang Niaga
Membekal Tinja
Agros Proline memerlukan bekalan tinja untuk dibekalkan kepada rangkaian AGROS di Kapar, Klang, Selangor.
Maklumat lanjut klik disini



Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Majlis Pembangunan Usahawan Daerah NEGERI PERLIS
Tarikh: 25~26 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Negeri Perlis
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pejabat Daerah&Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pantai Hiburan Rompin,Pahang
Maklumat lanjut, klik Jadual


Tarikh: 11 ~ 23 Ogos 2008
Masuk: 10:00 pg ~ 7:00 mlm
Lokasi: Serdang, Selangor
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini


CEPAT!!!!! TAWARAN ISTIMEWA kepada penternak dan pengusaha ternakan kambing untuk mengambil bahagian di dalam Lelongan Baka Kambing di Pameran MAHA 2008. Penternak BOLEH menentukan sendiri harga kambing yang ingin dilelong.

Tarikh: 11 ~20 Ogos 2008
Masa: 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan: Ditetapkan sendiri oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan: RM17.50/kambing
Maklumat lanjut, sila klik disini

KURSUS KAMBING-LEMBU

Kursus Ternak Kambing
Aliff Agrotech
Tarikh: Cuti Sekolah
Lokasi: Resort Hutan Lipur Sekayu, Trengganu
Bayaran: RM300.00
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
PUGM
Tarikh: 14~17 Nov 2008
Lokasi: Muar, Johor
Bayaran: -
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 04~09 Nov 2008
Lokasi: Meru, Klang, Sel.
Bayaran: RM700/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Kambing Jamnapari
U Keng farming Sdn Bhd
Tarikh: 13~15 Okt 2008
Lokasi: Yong Peng, JOHOR
Bayaran: RM780/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknologi Ternak Kambing
Ladang Infoternak Perak
Tarikh: 12~16 May 2008
Tarikh: 14~18 Jul 2008
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Tarikh: 01~05 Dis 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknikal Lembu Pedaging
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 20~24 Okt 2008
Tarikh: 03~07 Nov 200
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Proses Makanan Ternakan
MARDI
Tarikh: 20~23 Okt 2008
Lokasi: Serdang, Selangor
Bayaran: RM910/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pengurusan Kambing-Bebiri
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Integrasi Agro-Kambing
Rumpun Tani Enterprise
Tarikh: 23 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Sri M'sia,Alor Star,Kedah
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
PUGM
Tarikh: 15~18 Ogos 2008
Lokasi: PUGM Farm, Pagoh,Muar,Johor
Bayaran: RM20(ahli)+RM50(Kursus)
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Lembu
Safaworld Resources
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Proses Makanan Ternakan
Integrated Farm
Tarikh: 6~8 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Nilai,NS
Bayaran: RM20/=
Hubungi: 019-2272127
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Open Mind Training & Services
Tarikh: 27 Julai 2008
Lokasi: UKM, Bangi Selangor.
Bayaran: RM30/=
Hubungi En. Zul 013-912 6989
*********************************
Kursus Integrasi Agro
Rumpun Tani Enterprise
Kursus: Kambing,Jagung,Baja Cacing
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: Hotel Seri M'sia,Alor Star
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Kambing
Safaworld Resources
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan Graduan Teknik
Tarikh: 18~21 Julai 2008
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor.
Bayaran: RM80/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Boer Best Group
Tarikh: 19~20 Julai '08
Lokasi: Hotel De Palma Kuala Selangor, SELANGOR
Bayaran: RM1,500/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Lembu
Institut Usahawan Bumiputera
Tarikh: 11~16 Julai 2008
Lokasi: Selangor.
Bayaran: RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Anjuran PPUM
Makanan Ikan: 14Jun08
Cacing Kompos: 21Jun08
Kambing Pedaging: 22Jun08
Lembu Fidlot: 05Jul08
Lintah: 12Jul08
Ikan Dalam Kanvas: 19Jul08
Ayam Pedaging: 26Jul08
Cacing Kompos: 02Aug08
Makanan Ternakan: 03Aug08
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Lembu Pedaging
MARDI
Tarikh: 30Jun~3Jul 08
Lokasi: Kluang, Johor
Bayaran: RM975/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan usahawan Graduan Malaysia
Tarikh: 27~30 Jun 08
Lokasi: Sijangkang,Selangor
Bayaran: RM50/=
Daftar sebagai ahli RM20/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 24~29 Jun 08
Lokasi: Meru, Kelang,Selangor
Bayaran: RM600/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Bengkel Usahawan Kambing
Perfect Agro Sdn Bhd
Tarikh: 14~15 Jun 08
Lokasi: Banghuris Homestay, Sepang,Selangor
Bayaran: RM250/=
Maklumat lanjut, klik disini

KURSUS TERNAKAN LAIN

Ikan Siakap & Ketutu
SNH Agro
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Lokasi: Demong Beach Rst,Trengganu
Bayaran: RM350/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Cacing Kompos
AZR Agro Centre
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: Prescott Hotel, Klang, Selangor
Bayaran: RM450/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Lintah
APEEC
Tarikh: 2 Ogos 2008
Lokasi: UPM,Serdang,Selangor
Bayaran: RM400/=
Maklumat lanjut, klik disini

EXPO AGRO

Ekspo Industri Asas Tani NS 2008
FAMA Negeri Sembilan
Tarikh: 1~3 Ogos 2008
Lokasi: Pasar Tani Mega Ampangan
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Promosi Jualan Buah-buahan
Agrobazaar
Tarikh: 23~27 Julai 2008
Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

TAHUKAH ANDA?


Skim: Skim Pinjaman Ternakan
Ternakan: Lembu, Kerbau, Kambing dan Bebiri
Jenis: Baka dan Induk
Tempoh: 2 Tahun (percuma)
Borang: Muaturun
Maklumat lanjut, klik disini

INFO PEMBIAK-BAKAAN


Linebreeding - Pembiakan diantara subspesis yang sama. Contohnya Jamnapari dengan Jamnapari
Cross Breeding - Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan Saanen
Inbreeding - Pembiakan di dalam keluarga yang sama. Contohnya Pejantan dengan anak betinanya atau diantara adik-beradik (tak disarankan)

PAIP MINUMAN (NIPPLE DRINKER)


- Memudahkan kambing minum air.
- Lebih selesa dan dapat air bersih.
- Air akan keluar apabila kambing mengetip paip tersebut dgn mulut.
- Bentuk adalah standard.
- Harga lingkungan RM 17/=

INFO PELLET BIOPALMA FELDA


BioPalma adalah sejenis makanan haiwan ternakan ruminan seperti kambing dan lembu yang berbentuk pellet.
Pengeluar: Felda Farm Product Sdn Bhd
Lokasi: Serting, Negeri Sembilan.
Bahan Asas: PKE - Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Kelapa Sawit.
Bahan Lain: Polad Gandum,Jagung,Mil Kacang Soya,Starbio,Mineral & Vitamin.
Cara Guna: Sedia diberi terus kepada haiwan ternakan ruminan/kambing.
Kesesuaian: Umur 3 bulan ke atas.
Harga: Call 019-2262125 - Prof.
Spesifikasi Nutrien (Feeds):-

Protein: 15% (min)
Kelembapan: 11% (max)
Lemak: 6% (max)
Kalsium: 7g/kg (min)
Fosferus/Phosphorus: 5g/kg (min)
Tenaga: 11MJ/kg (min)

GARAM JILAT (MINERAL BLOCK)


- Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kambing.
- Digantung di dlm pen(kandang).
- Pelbagai saiz & bentuk.
- Harga dari RM10~ RM40.

EFFECTIVE MICRO-ORGANISMS (EM)


Agen: Bakteria Baik (Pro-Biotik)
Fungsi: Kultur tunggal atau campuran dari mikro-organisma hidup yang berpengaruh baik untuk merencatkan pertumbuhan bakteria jahat
Cara: Semburan dan Minuman
Harga: RM25 seliter
Maklumat lanjut, klik disini

JALAN-JALAN

PIKOM PC Fair(II) 2008
Tarikh: 1 Ogos~14 Sept '08
Masa: 11:00pg~9:00mlm
Lokasi: Seluruh Negara
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kempen Daftar Syarikat
Tarikh: 10~25 Jun 08
Masa: 9:00pg~3:00ptg
Lokasi: Melaka
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Senibina Haiwan
Tarikh: 29 Apr~29 Jul 08
Masa: 9:30pg~5:30ptg (kecuali Isnin)
Lokasi: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Pengantin 2008
Tarikh: 4~6 Jul 08
Lokasi: Mid Valley
Masa: 11pg~9mlm
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

BANK USAHAWAN

AKHBAR ANTARABANGSA

INFO IT

BICARA AGAMA

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.


IKLAN PENTERNAKAN KAMBING

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H/2008



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan dan usahawan.

Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kekasaran dari segi bahasa mahupun penampilan samada yang saya sedari mahupun tidak terhadap semua rakan-rakan usahawan.

Kepada yang sudi, jemputlah berkunjung di rumah saya di Kampung Baru Batu 14, Puchong, Selangor. InsyaAllah saya akan pulang beraya di kampung Alor Gajah, Melaka pada Isnin 29 September 2008, seterusnya akan pulang ke kampung isteri di Felda Lembah Klau, Raub Pahang pada hari raya kedua ataupun hari raya ketiga nanti.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, September 18, 2008

Jom Mendodol Di Alor Gajah



Aidil Fitri 1429H/2008 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang telah sudah, saya dan keluarga di Melaka tidak melepaskan peluang untuk menyediakan juadah hari raya iaitu DODOL yang merupakan raja segala kueh raya.

InsyaAllah pada tahun ini kami 9 beradik (seorang di Sabah) memutuskan atas persetujuan ayah dan emak untuk mendodol pada hari Sabtu 20 September 2008 di kampung yang terletak di MC117, Kampung Permai, Machap Umboo, Alor Gajah Melaka. Pada kebiasaannya, kami akan mendodol tidak kurang dari 1 1/2 gantang, banyak permintaan dari sanak saudara dan kawan-kawan yang lain. Proses mendodol ni memang meletihkan kerana ianya mengambil masa yang amat panjang, tambahan pula dengan cabaran di bulan puasa. [Mendodol 2007 ]

Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput kepada rakan-rakan usahawan terutamanya yang tinggal di sekitar Melaka, mana yang berkesempatan atau yang ingin merasai pengalaman mendodol
dan menikmati dodol panas sebelum dan selepas dicampur dengan gula kabung bolehlah datang ke rumah ayah saya di Alor Gajah, Melaka. InsyaAllah, saya akan balik ke kampung pada tengahari Sabtu 20 September 2008 nanti. Ianya akan bermula sekitar jam 3:00 petang dan dijangka akan berakhir jam 11:00 malam (8 jam).

Bolehlah juga nanti kita bersembang-sembang panjang pasal kambing.



Peta ke kampung saya, untuk lebih jelas,

View Larger Map


Monday, September 15, 2008

Bermula Dengan 5 Ekor Kambing Di Belakang Rumah



BALING, KEDAH 14 Sept 2008 - Minat mendalam terhadap bidang ternakan walaupun bermula dengan usaha kecil-kecilan ternyata menjadi kunci kejayaan kepada Wan Mahmud Wan Ibrahim dari Kampung Tiak, Kupang dekat sini yang kini menjadi penternak kambing berjaya.

Bermula dengan hanya lima ekor kambing yang diternak di belakang rumah, Wan Mahmud, 65, dan keluarganya kini memperoleh hasil lumayan apabila ternakannya kini meningkat 100 ekor.

Dengan tiga buah kandang berukuran 30 meter X 50 meter setiap satu, Wan Mahmud memulakan ternakan kambing baka Australia (F1) iaitu jenis Boer dan Jamnapari sejak dua tahun lalu bermodalkan duit simpanan sendiri.

Wan Mahmud berkata, pada permulaannya, percubaan menternak sebanyak lima ekor kambing Boer menunjukkan peningkatan memberansangkan apabila ada pihak berminat dengan teknik kacukan ternakan yang dijalankannya.

"Selepas menunjukkan perkembangan baik, saya mula menambah induk kambing bagi mendapatkan benih untuk dijadikan baka" - Wan Mahmud


Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, walaupun menternak di belakang rumah, ternyata penjagaan persekitaran, makanan dan kawalan binatang ternakan itu tidak mendatangkan masalah kerana minat mendalam mengatasi segala-galanya.

Jelasnya, harga kambingnya mengikut jenis iaitu antara RM500 hingga RM6,000 seekor yang turut bergantung kepada saiznya.

Lebih menarik, keluarga tersebut tidak mendapat kursus penternakan secara intensif daripada mana-mana pihak namun mereka mahir menyediakan pemakanan dan pengawalan penyakit termasuk penggunaan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak bagi membolehkan baka yang dihasilkan terhindar daripada serangan penyakit mulut.

"Kami menggunakan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak sebagai makanan kambing supaya ia dapat membesar dengan baik dan terhindar daripada penyakit" - Wan Mahmud



FAKTA ANGKA
Permulaan:5 ekor
Sekarang:100 ekor
Kandang:3 buah
Kambing:Boer/Jamnapari

Tidak cukup dengan itu, keluarga Wan Mahmud turut menjadikan kawasan lapang bersebelahan rumah mereka sebagai kawasan tanaman rumput jenis Napier yang menjadi makanan utama kepada ternakan mereka. Berkat kesungguhan keluarga itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menyediakan peruntukan bagi membesarkan lagi projek ternakan.

[Sumber Berita : Utusan Malaysia ]


Sunday, September 14, 2008

Kunjungan Ke Gombak Agro Farm


Pada 14 September 2008 saya mengambil kesempatan perjalanan pulang dari menghantar anak yang bersekolah di Karak, Bentong, Pahang untuk mengunjungi Ladang Ternakan Gombak Agro Farm yang terletak di Kampung Sungai Mulia, Batu 5, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Kunjungan saya disambut oleh pemiliknya iaitu Tuan Haji Din.

Tuan Haji Din yang juga seorang guru, telah lama berkecimpung dengan ternakan lembu secara fidlot di Kuala Lumpur ini di samping membekalkan daging lembu secara konsisten di sekitar Lembah Klang terutamanya di pasar-pasar basah. Malahan bekalan lembu beliau telah diklasifikasikan secara teratur mengikut saiz dan umur ternakan untuk bekalan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Korban nanti.

Ternakan Kambing
Beliau yang amat ramah, juga mempunyai sebuah kandang ternakan kambing yang agak besar yang menempatkan kambing kampung dan kambing biri-biri untuk tujuan akikah dan korban. Malahan kedatangan saya pada hari ini juga menyaksikan ada pelanggan yang datang membeli kambing biri-biri. Beliau juga menyediakan khidmat menyembelih di ladang ternakan tersebut.

Dengan keluasan ladang tidak sampai 1/2 ekar dan terletak di tengah kepesatan bandaraya Kuala Lumpur, maka beliau tidak mempunyai kawasan tanaman rumput dan menjalankan penternakan secara fidlot sahaja. Ternakan yang ditempatkan di ladang beliau adalah secara transit dan trading. Beliau juga mempunyai ladang ternakan yang lebih besar di Bilut, Bentong, Pahang.

Pemakanan Ternakan
Seperti penternak kambing yang lain, makanan ternakan seringkali menjadi masalah utama di dalam penternakan kambing dan lembu ekoran peningkatan kos yang semakin ketara sejak kebelakangan ini. Soya dan Pellet Ternakan menjadi makanan utama ternakan beliau di sini selain diselang-selikan dengan makanan hijauan.

Walaubagaimanapun, sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada Tuan Haji Din yang telah berjaya menjadi seorang usahawan ternakan di Kuala Lumpur.

Ternakan Kambing Kampung




Ternakan Kambing Biri-biri



Ternakan Lembu




Makanan Ternakan


Khidmat Sembelihan di Ladang Ternakan



Monday, September 8, 2008

JPV Kelantan Raih RM344K Hasil Jualan Ternakan Seludup


KOTA BHARU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan mengutip hasil jualan ternakan seludup yang dirampas dari negara jiran berjumlah RM344,000 sepanjang Januari hingga Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan berkata, pihaknya mendapati kes rampasan lembu dan kerbau meningkat tahun ini iaitu 2,612 ekor berbanding hanya 157 ekor sepanjang tahun lalu kerana sebelum ini pengusaha di negeri ini banyak mengimport bekalan daging dari Australia. Dalam tempoh yang sama sebanyak 31 kes rampasan dihadapkan ke mahkamah manakala 83 kes dikenakan tindakan kompaun.

"Harga daging import yang mahal menyebabkan ramai pengusaha beralih mendapat bekalan dari utara sempadan berikutan perbezaan harga yang ketara" - Datuk Dr Mohd Zairi


Menurutnya, jumlah denda yang dikutip hasil pendakwaan di mahkamah sebanyak RM8,450 dan jumlah kompaun pula RM28,600 manakala jualan ternakan yang dirampas sebanyak RM344,000.

Katanya, bagi menangani kegiatan itu pihaknya akan mengadakan pemantauan bersama agensi penguat kuasa termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

Tambahnya, bekalan lembu, kerbau, kambing, ayam dan telur menjelang musim perayaan nanti mencukupi dan dijangka mencukupi walaupun permintaan dijangka meningkat 30 peratus daripada biasa.

Beliau memberi jaminan bekalan daging menjelang Hari Raya mencukupi dan orang ramai tidak harus bimbang sehingga terdorong untuk membeli daging ternakan yang diseludup.

Tambahnya, sebanyak 3,000 ekor lembu dan kerbau dari ladang-ladang tradisional dan fidlot di negeri ini disediakan untuk membekalkan 360 tan metrik daging segar.

"Daging lembu sembelihan tempatan pada harga RM15 sekilogram, daging kerbau import (beku dari India) RM8 sekilogram manakala daging kambing sembelihan tempatan berharga RM18 sekilogram" - Datuk Dr Mohd Zairi


Selain dari itu katanya, 30 tan metrik daging beku dari India telah diimport untuk menampung bekalan. Bekalan kambing dan biri-biri baka kacukan tempatan hidup juga disediakan sebanyak 500 ekor yang akan menghasilkan 60 tan metrik daging segar. [Sumber : Utusan dan Sinar Harian]


Penternak Lembu Integrasi Hadapi Risiko



MUAR 6 Sept 2008 - Seorang penternak lembu dalam skim bersepadu di sebuah ladang di Kundang Ulu, Grisek dekat sini mendakwa ada pihak tertentu yang seolah-olah cuba menghalangnya daripada terus mengerjakan usaha menternak kira-kira 600 ekor lembu di kawasan itu sejak empat tahun lalu.

Barnin Sawo, 46, berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat pihak yang menyembur racun rumpai di kawasan rumput ladang tersebut yang dikhuatiri akan membahayakan lembu-lembu ternakannya.

Meskipun racun rumpai itu hanya bertujuan menghapuskan semak samun di ladang berkenaan, dakwa Barnin, perbuatan itu seolah-olah cuba 'menghalau' dirinya supaya berpindah ke tempat lain.

"Apa yang berlaku mengejutkan kerana sebelum ini tidak pernah ada orang meracun di kawasan padang ragut lembu-lembu ternakan saya" - Barnin Sawo


Barnin memberitahu, dia telah menandatangani perjanjian untuk menternak di kawasan seluas 500 hektar di ladang tersebut mulai tahun 2004 dan kontrak itu tamat pada penghujung Oktober ini.

Menurutnya, sejak mengusahakan ternakan itu, kesemuanya berjalan lancar, malah pekerja ladang terbabit tidak pernah meracun di mana-mana kawasan ragut ternakannya.

Berikutan masalah itu, kata Barnin, dia terpaksa memindahkan sebahagian kecil lembu ternakannya ke satu kawasan seluas 1.2 hektar di Felcra Kundang Ulu atas alasan keselamatan.

"Kawasan rumput di Felcra itu tidak mampu memenuhi keperluan 600 ekor lembu ternakan saya kerana jumlah itu memerlukan sekurang-kurangnya 400 hektar kawasan rumput" - Barnin Sawo


Justeru, beliau merayu pihak berkaitan supaya mengatasi masalah tersebut bagi memastikan ternakannya mempunyai tempat meragut rumput yang mencukupi. [Sumber Berita : Utusan Malaysia ]



Thursday, September 4, 2008

Tawaran Daftar Perkhidmatan Dalam PPKM



Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.
Maklumat lanjut disini.



Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama :
Telefon :
E-mail :
Web/Blog :
Usahawan : Kambing Lembu Kerbau
Unggas (Ayam,burung dll..)
Lintah Ikan
Pertanian
Lain-Lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.