IKLAN PENTERNAKAN


Contoh Kertas Kerja
Anda menghadapi masalah untuk membuat kertas kerja? Dapatkan contoh secara PERCUMA
1. Kertas Kerja
2. Rancangan Perniagaan
3. Rekod Ternakan
Sila muat-turun disini

INFO PILIHAN

Baka : Jamnapari (PE)
Induk : Bunting kali ke-2
Anak : 5 ekor
Ladang : De Utama Farm
Lokasi : Alor Gajah, Melaka.
Pemilik : Zalila & Mahathir
Maklumat lanjut, klik disini

MAKLUMAN SEMASA

Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 4 Ogos 2008
Masa : 8:00 pg ~ 5:00 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini

Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Skim : Belia Niaga dan Belia Tani
Maklumat lanjut klik disini


Pembiayaan Mudah
TEKUN Ternak

Jumlah Pinjaman : RM500~RM50,000
Pembayaran balik : 5 tahun
Maklumat lanjut klik disini


Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 2 Jun 2008
Masa : 8 pg ~ 5 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini


Peluang Niaga
Membekal Tinja
Agros Proline memerlukan bekalan tinja untuk dibekalkan kepada rangkaian AGROS di Kapar, Klang, Selangor.
Maklumat lanjut klik disini



Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Majlis Pembangunan Usahawan Daerah NEGERI PERLIS
Tarikh: 25~26 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Negeri Perlis
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pejabat Daerah&Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pantai Hiburan Rompin,Pahang
Maklumat lanjut, klik Jadual


Tarikh: 11 ~ 23 Ogos 2008
Masuk: 10:00 pg ~ 7:00 mlm
Lokasi: Serdang, Selangor
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini


CEPAT!!!!! TAWARAN ISTIMEWA kepada penternak dan pengusaha ternakan kambing untuk mengambil bahagian di dalam Lelongan Baka Kambing di Pameran MAHA 2008. Penternak BOLEH menentukan sendiri harga kambing yang ingin dilelong.

Tarikh: 11 ~20 Ogos 2008
Masa: 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan: Ditetapkan sendiri oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan: RM17.50/kambing
Maklumat lanjut, sila klik disini

KURSUS KAMBING-LEMBU

Kursus Ternak Kambing
Aliff Agrotech
Tarikh: Cuti Sekolah
Lokasi: Resort Hutan Lipur Sekayu, Trengganu
Bayaran: RM300.00
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
PUGM
Tarikh: 14~17 Nov 2008
Lokasi: Muar, Johor
Bayaran: -
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 04~09 Nov 2008
Lokasi: Meru, Klang, Sel.
Bayaran: RM700/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Kambing Jamnapari
U Keng farming Sdn Bhd
Tarikh: 13~15 Okt 2008
Lokasi: Yong Peng, JOHOR
Bayaran: RM780/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknologi Ternak Kambing
Ladang Infoternak Perak
Tarikh: 12~16 May 2008
Tarikh: 14~18 Jul 2008
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Tarikh: 01~05 Dis 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknikal Lembu Pedaging
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 20~24 Okt 2008
Tarikh: 03~07 Nov 200
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Proses Makanan Ternakan
MARDI
Tarikh: 20~23 Okt 2008
Lokasi: Serdang, Selangor
Bayaran: RM910/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pengurusan Kambing-Bebiri
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Integrasi Agro-Kambing
Rumpun Tani Enterprise
Tarikh: 23 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Sri M'sia,Alor Star,Kedah
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
PUGM
Tarikh: 15~18 Ogos 2008
Lokasi: PUGM Farm, Pagoh,Muar,Johor
Bayaran: RM20(ahli)+RM50(Kursus)
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Lembu
Safaworld Resources
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Proses Makanan Ternakan
Integrated Farm
Tarikh: 6~8 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Nilai,NS
Bayaran: RM20/=
Hubungi: 019-2272127
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Open Mind Training & Services
Tarikh: 27 Julai 2008
Lokasi: UKM, Bangi Selangor.
Bayaran: RM30/=
Hubungi En. Zul 013-912 6989
*********************************
Kursus Integrasi Agro
Rumpun Tani Enterprise
Kursus: Kambing,Jagung,Baja Cacing
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: Hotel Seri M'sia,Alor Star
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Kambing
Safaworld Resources
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan Graduan Teknik
Tarikh: 18~21 Julai 2008
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor.
Bayaran: RM80/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Boer Best Group
Tarikh: 19~20 Julai '08
Lokasi: Hotel De Palma Kuala Selangor, SELANGOR
Bayaran: RM1,500/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Lembu
Institut Usahawan Bumiputera
Tarikh: 11~16 Julai 2008
Lokasi: Selangor.
Bayaran: RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Anjuran PPUM
Makanan Ikan: 14Jun08
Cacing Kompos: 21Jun08
Kambing Pedaging: 22Jun08
Lembu Fidlot: 05Jul08
Lintah: 12Jul08
Ikan Dalam Kanvas: 19Jul08
Ayam Pedaging: 26Jul08
Cacing Kompos: 02Aug08
Makanan Ternakan: 03Aug08
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Lembu Pedaging
MARDI
Tarikh: 30Jun~3Jul 08
Lokasi: Kluang, Johor
Bayaran: RM975/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan usahawan Graduan Malaysia
Tarikh: 27~30 Jun 08
Lokasi: Sijangkang,Selangor
Bayaran: RM50/=
Daftar sebagai ahli RM20/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 24~29 Jun 08
Lokasi: Meru, Kelang,Selangor
Bayaran: RM600/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Bengkel Usahawan Kambing
Perfect Agro Sdn Bhd
Tarikh: 14~15 Jun 08
Lokasi: Banghuris Homestay, Sepang,Selangor
Bayaran: RM250/=
Maklumat lanjut, klik disini

KURSUS TERNAKAN LAIN

Ikan Siakap & Ketutu
SNH Agro
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Lokasi: Demong Beach Rst,Trengganu
Bayaran: RM350/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Cacing Kompos
AZR Agro Centre
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: Prescott Hotel, Klang, Selangor
Bayaran: RM450/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Lintah
APEEC
Tarikh: 2 Ogos 2008
Lokasi: UPM,Serdang,Selangor
Bayaran: RM400/=
Maklumat lanjut, klik disini

EXPO AGRO

Ekspo Industri Asas Tani NS 2008
FAMA Negeri Sembilan
Tarikh: 1~3 Ogos 2008
Lokasi: Pasar Tani Mega Ampangan
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Promosi Jualan Buah-buahan
Agrobazaar
Tarikh: 23~27 Julai 2008
Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

TAHUKAH ANDA?


Skim: Skim Pinjaman Ternakan
Ternakan: Lembu, Kerbau, Kambing dan Bebiri
Jenis: Baka dan Induk
Tempoh: 2 Tahun (percuma)
Borang: Muaturun
Maklumat lanjut, klik disini

INFO PEMBIAK-BAKAAN


Linebreeding - Pembiakan diantara subspesis yang sama. Contohnya Jamnapari dengan Jamnapari
Cross Breeding - Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan Saanen
Inbreeding - Pembiakan di dalam keluarga yang sama. Contohnya Pejantan dengan anak betinanya atau diantara adik-beradik (tak disarankan)

PAIP MINUMAN (NIPPLE DRINKER)


- Memudahkan kambing minum air.
- Lebih selesa dan dapat air bersih.
- Air akan keluar apabila kambing mengetip paip tersebut dgn mulut.
- Bentuk adalah standard.
- Harga lingkungan RM 17/=

INFO PELLET BIOPALMA FELDA


BioPalma adalah sejenis makanan haiwan ternakan ruminan seperti kambing dan lembu yang berbentuk pellet.
Pengeluar: Felda Farm Product Sdn Bhd
Lokasi: Serting, Negeri Sembilan.
Bahan Asas: PKE - Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Kelapa Sawit.
Bahan Lain: Polad Gandum,Jagung,Mil Kacang Soya,Starbio,Mineral & Vitamin.
Cara Guna: Sedia diberi terus kepada haiwan ternakan ruminan/kambing.
Kesesuaian: Umur 3 bulan ke atas.
Harga: Call 019-2262125 - Prof.
Spesifikasi Nutrien (Feeds):-

Protein: 15% (min)
Kelembapan: 11% (max)
Lemak: 6% (max)
Kalsium: 7g/kg (min)
Fosferus/Phosphorus: 5g/kg (min)
Tenaga: 11MJ/kg (min)

GARAM JILAT (MINERAL BLOCK)


- Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kambing.
- Digantung di dlm pen(kandang).
- Pelbagai saiz & bentuk.
- Harga dari RM10~ RM40.

EFFECTIVE MICRO-ORGANISMS (EM)


Agen: Bakteria Baik (Pro-Biotik)
Fungsi: Kultur tunggal atau campuran dari mikro-organisma hidup yang berpengaruh baik untuk merencatkan pertumbuhan bakteria jahat
Cara: Semburan dan Minuman
Harga: RM25 seliter
Maklumat lanjut, klik disini

JALAN-JALAN

PIKOM PC Fair(II) 2008
Tarikh: 1 Ogos~14 Sept '08
Masa: 11:00pg~9:00mlm
Lokasi: Seluruh Negara
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kempen Daftar Syarikat
Tarikh: 10~25 Jun 08
Masa: 9:00pg~3:00ptg
Lokasi: Melaka
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Senibina Haiwan
Tarikh: 29 Apr~29 Jul 08
Masa: 9:30pg~5:30ptg (kecuali Isnin)
Lokasi: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Pengantin 2008
Tarikh: 4~6 Jul 08
Lokasi: Mid Valley
Masa: 11pg~9mlm
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

BANK USAHAWAN

AKHBAR ANTARABANGSA

INFO IT

BICARA AGAMA

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.


IKLAN PENTERNAKAN KAMBING

Wednesday, July 30, 2008

Kulit Kambing


Kulit kambing merupakan sisa yang seringkali menjadi buangan semua penternak yang menjalankan perkhidmatan menyembelih di ladang-ladang ternakan. Ini adalah kerana bilangan ternakan yang disembelih adalah agak kecil, maka ianya seringkali tidak dipedulikan oleh kita semua.

Namun tahukah kita bahawa bahan bahan buangan ini akan mendatangkan hasil dan pulangan yang kalau tidak banyakpun, sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit kos makanan ternakan kambing kita sepertimana penghasilan tinja yang dahulunya langsung tidak diambil peduli oleh penternak untuk dijadikan sebagai baja kompos yang bermutu tinggi.

Begitu juga dengan kulit kambing yang mana daripadanya dapat menghasilkan alat-alat muzik seperti kompang, rebana, beduk dan lain-lainnya. Malahan kita ini pembuatan peralatan ini banyak dipelopori oleh masyarakat Melayu di negara kita seperti Perusahaan Kompang Baki Abdullah , Perusahaan Kompang & Jidor Mokhtar

Selain daripada itu, kulit kambing juga turut digunakan untuk membuat pelbagai aksesori yang selalu kita gunakan seperti kasut , tas tangan, beg-duit, jaket dan sebagainya. Kulit kambing juga mempunyai ketahanan yang baik dan setidak-tidaknya dapat mengelakkan kita daripada menggunakan barangan daripada kulit haiwan yang dilarang oleh agama.

Malahan pada zaman dahulu, kulit kambing juga turut digunakan untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran dan di dalam kegunaan untuk pembelajaran (buku). Ianya banyak digunakan oleh kesultanan pada zaman dahulu untuk upacara perlantikan, watikah dan utusan raja. Malahan pada pertabalan DYM Sultan Mirzan pada 2007 yang lalu, kulit kambing turut digunakan sebagai watikah pertabalan serta surat jemputan kepada raja-raja dan sultan-sultan di negara kita.



Oleh yang demikian, sekiranya kita mempergunakan dengan baiknya segala hasil-hasil ternakan kambing ini, pasti ianya akan mendatangkan pulangan yang lumayan di dalam industri ternakan kambing. InsyaAllah.


Tuesday, July 29, 2008

MAHA 2008 - Tawaran Acara Lelongan Baka Kambing



TAWARAN...TAWARAN...TAWARAN ISTIMEWA...MAHA 2008
Perfect Agro Sdn Bhd
melalui usahasama diantara Tropical Camel Ranches Sdn Bhd dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menawarkan kepada semua penternak dan pengusaha ternakan kambing di negara ini untuk mengambil bahagian di dalam LELONGAN BAKA TERNAKAN KAMBING sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA 2008 yang akan berlangsung pada 11~23 Ogos 2008 ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Mardi, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Acara lelongan ini diharapkan dapat membantu usahawan ternakan kambing untuk memasarkan ternakan mereka disamping mempromosikan ternakan dan ladang ternakan yang diusahakan oleh penternak ke peringkat nasional. Konsep Lelongan Mobile juga akan diperkenalkan nanti dan dijangka akan dapat memberikan suntikan yang baru kepada usahawan dalam melebarkan lagi konsep pemasaran ternakan mereka.

Maklumat aturcara lelongan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 11 ~20 Ogos 2008
Masa : 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan : Ditetapkan oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan : RM17.50 seekor kambing

Penternak yang berjaya menyertai acara lelongan ini dikehendaki memastikan ternakan yang hendak dilelong tersebut sampai kepada Urusetia Lelongan pada malam sebelum hari lelongan yang dijadualkan. Ini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan upacara melelong ternakan kambing pada keesokan harinya.

Menurut En. Nordin bin Mat (Perfect Agro) yang merupakan salah seorang usahawan yang dipertanggungjawabkan dalam acara lelongan tersebut, jumlah ternakan yang diperuntukkan untuk sessi lelongan pada kali ini adalah agak terhad walaupun pameran tersebut berlangsung selama 2 minggu, maka penternak/usahawan yang berminat untuk menyertai acara lelongan ini bolehlah menghubungi Perfect Agro Sdn Bhd dengan seberapa SEGERA untuk tempahan. Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat terus kepada :-

1. En. Nordin : 012-379 1239
2. En. Pian : 017-872 5716

Ayuh usahawan semua, bila lagi nak promosikan Baka Kambing tuan-tuan? Jamnapari, Boer, Kalahari, atau apa saja baka kambing. Manalah tau, kat kandang boleh jual setakat RM3,500 aje, tapi kat MAHA 2008 nanti harganya mencecah RM35,000...tak ke rezeki tu? Boleh jugak buat modal besarkan kandang atau beli lagi banyak baka yang lain...

Penternak yang tidak menyertai acara lelongan dijemput hadir sama untuk memeriahkan lagi acara lelongan. Dalam MAHA 2006 yang lalu, kita telah menyaksikan kepetahan pakar lelong dari JPV Pahang, Mohd Khairuddin Ismail, menggamatkan suasana dengan tarikan khusus kepada baka Jamnapari yang menggamit pembida untuk menawarkan harga yang cukup tinggi. Bagaimana dengan MAHA 2008 ini nanti setelah 2 tahun berlalu? Pastinya ia akan lebih menarik. JOM kita ke MAHA 2008....

Maklumat:-
Perfect Agro Sdn Bhd
Tropical Camel Ranchers Sdn Bhd
MAHA 2006: RezQ Resources dan Tropical Camel Ranches


Monday, July 28, 2008

Insentif Tunai Untuk Penternak



Mulai Ogos 2008, penternak lembu, kambing dan ayam di negara ini akan diberikan insentif berbentuk wang tunai berdasarkan kepada jumlah pengeluaran. Pemberian insentif ini adalah bertujuan untuk meringankan beban penternak berikutan kenaikan kos operasi ekoran daripada kenaikan kos bahanapi baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed berkata, selain pemberian tersebut difokuskan kepada pengusaha dan penternak kecil, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan bekalan bahan makanan rakyat menerusi Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke ladang penternakan kambing Boer Ar-Raudah di Rawang, Selangor pada Ahad 27 Julai 2008 yang lalu.


"Kerajaan memperuntukkan RM213 juta bantuan untuk tempoh 6 bulan sehingga Disember ini supaya penternak dapat mengeluarkan produktiviti seperti biasa" - Datuk Mustapa Mohamed


Kriteria Pemberian Bantuan (Insentif) adalah seperti berikut :-
  • Penternak Ayam - kurang daripada 20,000 ekor ayam
  • Penternak Kambing - Semua
  • Penternak Lembu - Semua
Penternak Lembu
  1. 50 liter susu sehari = RM300 sebulan
  2. Pengeluaran susu lembu kecil-kecilan = 19.59 setiap liter
  3. Pengeluran susu lembu komersial = 6.55 sen setiap liter
Penternak Lembu Fidlot
  1. 30 ekor lembu & ladang 100 ekar = RM3,000 sebulan selama 3 bulan.
  2. Pengeluaran hasil = 75 sen ~ RM 1.12 setiap kg
Penternak Lembu Integrasi
  1. Pengeluaran hasil = 20 sen ~ 60 sen setiap kg
Penternak Kambing (Semua Kategori)
  1. Pengusaha kecil-kecilan = 90 sen setiap kg
  2. Pengusaha Komersial = 30 sen setiap kg
Penternak Ayam
  1. 78 sen setiap kali pusingan pengeluaran

Semua penternak di negara ini disaran agar mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan insentif tunai yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mudahan ianya secara tidak langsung dapat membantu penternak meringankan beban samada kos pemakanan mahupun kos operasi ekoran kenaikan harga bahanapi yang tinggi ini.

Usahawan ternakan bolehlah melayari laman web MOA atau JPV dalam beberapa hari yang akan datang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang skim insentif ini. Tinjuan saya di dalam laman web tersebut belum lagi memaparkan skim insentif ini.


Sistem Penternakan Kambing

Secara asasnya, penternakan kambing di negara kita boleh dikategorikan kepada beberapa kaedah pemeliharaan iaitu :-


Bertambat
Kaedah ini dimana tali digunakan untuk mengikat ternakan pada bahagian lehernya. Kambing akan dibiarkan meragut untuk beberapa ketika dan dialihkan ke tempat yang lain 2 atau 3 kali sehari. Kebiasaannya kaedah penternakan ini adalah bersesuaian untuk bilangan ternakan kambing 2~10 ekor dan diternak secara sambilan dan sekadar memenuhi masa atau hobi. Ianya banyak dipraktikkan di kampung-kampung.



Meragut lepas bebas (ekstensif)
Kaedah ini dimana kambing akan dibiarkan meragut dikawasan rumput di tepi-tepi jalan, tanah terbiar atau disekeliling kawasan kampung. Kaedah ini kurang baik kerana:-
  • Makanan/rumput mungkin tidak memadai terutama pada kumpulan yang banyak
  • Pengurusan tak sistematik dan pengawalan penyakit sukar dilaksanakan.
  • Pembiakan kambing tidak terancang kerana pergaulan secara bebas. Kaedah ini juga boleh menimbulkan masalah sosial apabila kambing yang dilepaskan bebas akan meragut dan memakan tanaman orang lain.



Semi intensif
Penternakan secara Semi-Intensif adalah di mana kambing akan dibiarkan meragut di kawasan ragutan berpagar pada waktu siang dan akan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Kaedah yang baik diamalkan adalah di mana kambing akan dikurung pada waktu malam dan pagi hari. Makanan samada pellet atau dedaun atau rerumput akan disediakan di dalam palung makanan. Kemudian, kambing akan dilepaskan di kawasan ragutan pada sebelah petang. Ini secara tidak langsung akan dapat mengelakkan kambing terkena penyakit seperti cacing yang menjangkitinya ketika meragut.

kaedah ini adalah lebih praktikal untuk diamalkan selain dapat menjimatkan kos makanan bagi penternak yang mempunyai kawasan ladang yang luas. Kaedah ragutan juga boleh dilakukan seperti berikut :-
  • Ragutan bebas bergembala di tepi jalan dan tanah terbiar.
  • Ragutan pusingan berpagar elektrik di kawasan integrasi dengan tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit.
  • Ragutan pusingan di kawasan pastura terbuka.



Intensif (Fidlot)
Kaedah pemeliharaan ini adalah bagi tujuan untuk penggemukan dan dipelihara di dalam kandang sepenuh masa. Kambing akan diberi makan secukupnya untuk digemukkan dalam jangka masa tertentu sehingga mencapai berat pasaran yang diperlukan.

kaedah ini banyak dipraktikkan di negara kita yang mana pengusaha ternakan tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menyediakan padang ragut. Kawasan yang ada hanya mencukupi untuk tanaman rumput Napier atau Guinea yang akan dipotong dan diberikan kepada kambing di dalam kandang.

Oleh yang demikian, penternak hendaklah menjadualkan pemberian makanan secara lebih efektif agar kos pemberian pellet, rumput ataupun silaj dapat diseimbangkan dengan hasil yang akan diperolehi kelak.

Kaedah ini juga akan dapat mengawal dan menghindarkan ternakan kambing daripada mudah terkena penyakit yang mana pemakanan dan kesihatan kambing lebih mudah dikawal dengan berpandukan kepada jadual yang lebih baik. Malahan pembiakan kambing juga akan dapat direncanakan untuk mendapatkan hasil yang optimum.



Intergasi
Kaedah penternakan ini adalah di mana kambing diternak di dalam kawasan ladang seperti ladang getah atau ladang kelapa sawit. Ianya secara tidak langsung dapat mengoptimumkan pendapatan kepada hasil ladang dan juga hasil ternakan kambing.

Kebiasaanya, kambing akan dibiarkan meragut dan bergerak secara berkumpulan di dalam kawasan ladang yang berpagar. Ini akan dapat mengurangkan kos merumpai. Tambahan pula hasil daripada ternakan dan najis yang boleh dijual. Ataupun, najis kambing itu tadi menjadi sebagai sumber baja organik dapat mengurang hasil kos pembajaan pokok.

Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya bersesuai kepada tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit yang berusia lebih daripda 3 tahun bagi mengelakkan kambing memakan tanaman tersebut.


Friday, July 25, 2008

Permanian Berhadas-Terengganu Hasrat Jadi Pengeluar



BESUT 23 Julai 2008 - Terengganu berhasrat untuk mengkomersialkan pengeluaran air mani beku kambing baka untuk memenuhi permintaan penternak bagi mendapatkan baka kambing bermutu di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, langkah itu juga bertujuan meningkatkan pengeluaran ternakan itu di negeri ini. Katanya, pada masa ini pusat yang mengumpul air mani, memproses dan menghasilkan kambing baka untuk penternak tempatan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri di Kampung Jenang, Marang.

Menurutnya, penggunaan kaedah bioteknologi oleh jabatan itu lebih menjimatkan kerana sebelum ini air mani kambing untuk program permanian beradas di negeri ini terpaksa diimport.
[ Selanjutnya... ]


Thursday, July 24, 2008

Raja Boer Dari Australia



Bermula sebagai seorang penternak biasa dengan beberapa ekor kambing dan diantaranya 2 ekor kambing Boer Induk dan seekor Boer Pejantan, Jim Maya Gilgandra, 55 tahun yang memiliki jiwa yang besar memulakan tekad untuk membiak-baka kambing Boer di sebuah ladang dikenali dengan nama Jimboer Boer Goat Stud di New South Wales, Australia pada tahun 1995.

Beliau melalui liku-liku kehidupan sebagai usahawan ternakan kambing Boer yang berjaya bersama dengan isterinya Lyn Mayall, tanpa berlatar-belakangkan pengetahuan sains dan ilmu genetik, anak jati keluarga peladang ini memasang strategi mencatur pembiak bakaannya sendiri. Ladangnya kini merupakan ladang kambing Boer pertama di Australia yang mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kambing Boer Afrika Selatan yang cukup berprestij seawal tahun 2004 lagi.

Beliau telah memenangi beberapa anugerah terhadap penghasilan baka BOER yang bermutu itinggi diantaranya memenangi kejohanan Canberra Royal 2008. Malahan beliau juga telah menerima permintaan terhadap embrio baka Boer dari Afrika Selatan, negara asal Kambing Boer dan dijangka akan mengeksportnya ke sana pada tahun hadapan.

Apa yang paling mengagumkan ialah sifat feminin yang ketara kambing-kambing Boer betina dan kegagahan kambing-kambing Boer jantan yang dihasilkan olehnya mencakupi segenap segi. Tidak hairan mengapa beliau juga dikenali sebagai JimBoer seolah-olah namanya cukup sinonim dengan Boer.

Lebih menarik lagi tentang Raja Boer ini ialah sifatnya yang tidak lokek ilmu kepada sesiapa yang memerlukan nasihat dan pandangan daripada beliau sendiri.
[ Selanjutnya... ]


Wednesday, July 23, 2008

Sabah Yakin Capai Sasaran Daging Kambing Menjelang 2011



KOTA KINABALU 22 Julai 2008 - Sabah yakin program memperluaskan sektor ternakan yang dilakukan di negeri ini dapat membantu sasaran kerajaan untuk mencapai tahap sara diri bagi bekalan daging kambing menjelang tahun 2011.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Yahya Hussin berkata, sasaran itu dijangka mampu dicapai berdasarkan kepada peningkatan jumlah kambing yang diternak pada masa ini termasuk baka yang diimport atau dikacukkan. Kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM40 juta setiap tahun untuk mengimport daging kambing, lembu dan kerbau dari negara seperti Australia, New Zealand dan sebagainya.

"Melalui hasil penternakan kambing di Sabah, kita mampu mencapai tahap sara diri selewat-lewatnya pada 2011" - Datuk Yahya Hussin


Beliau yang juga Timbalan Ketua Menterii Sabah berkata, kambing-kambing yang sedang diternak di seluruh Sabah mempunyai kualiti yang lebih tinggi berbanding kambing yang diimport. Kambing-kambing di sini kurang lemak, mempunyai lebih banyak daging dan bebas daripada sebarang penyakit berbahaya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke
Projek Ternakan Kambing Jambo Mengatal.

Menurutnya, setakat ini jumlah kelahiran baka anak kambing dan lembu di ladang projek seluruh negeri mencapai lebih 2,000 ekor sebulan. Sebagai contoh katanya Projek Ladang Kambing Jambo, Menggatal sahaja mampu mengeluarkan lebih 40 ekor anak kambing sebulan dan menjadi contoh ternakan hasil anak kambing yang berjaya di bawah kawal selia JHPT,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau yakin industri ternakan tempatan bukan sahaja perlu terus berkembang, malah mampu melahirkan penternak yang berjaya dan maju. Beliau menaruh keyakinan yang tinggi terhadap JPHT untuk memastikan industri ternakan di negeri ini terus mencapai matlamatanya pada tiga tahun akan datang.
[ Baca Lagi... ]

Ulasan :-
Mudah-mudahan apa yang diperkatakan dan disasarkan oleh Datuk Yahya Husin ini akan menjadi kenyataan pada tahun 2011 nanti walaupun ianya adalah amat sukar untuk mencapainya memandangkan tahap sara-diri daging kambing pada hari ini berada di bawah 20% sahaja berbanding dengan permintaan yang sebenarnya.

Berdasarkan kepada rekod kajian Jabatan Veterinar yang menganggarkan permintaan daging kambing menjelang tahun 2010 adalah sebanyak 21.30 metrik tan sedangkan pengeluaran yang dijangkakan adalah sekitar 4.30 metrik tan sahaja.

Seperti kata orang, hendak seribu daya, tak hendak macam-macam dalih....Ayuh usahawan semua, kita mampu lakukannya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi dapat juga menyekat pengaliran keluar wang negara dengan pengimportan kambing (baka) dan daging mentah.


Tuesday, July 22, 2008

Bekalan Daging Lembu Menjelang Tahun 2010



ROMPIN, 21 Julai 2008 - Bekalan daging lembu dalam negara dijangka meningkat daripada 23% kepada 28% pada tahun 2010 apabila bangunan penyelidikan baru Stesen Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) di Muadzam Shah di sini siap dibina.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris berkata negara ketika ini mengimport kira-kira 250,000 tan metrik daging lembu bagi menampung keperluan permintaan yang mencecah 300,000 tan metrik setahun. Dengan adanya lebih banyak kajian dan penyelidikan, stesen terbabit dijangka akan menghasilkan baka jantan sebanyak 100 ekor pada 2010 berbanding 30 ekor sekarang dengan nisbah untuk tujuan pembiakan ialah seekor lembu jantan bagi 25 lembu betina.

"Pusat penyelidikan baru itu mampu menghasilkan lebih 100 ekor lembu penjantan baka kacukan untuk dibekalkan kepada penternak tempatan" - Datuk Dr Zulkifli


Stesen Mardi Muadzam Shah yang dibina pada 1972 merupakan sebuah stesen yang menjalankan penyelidikan berkaitan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Penyelidikan dalam pembiak bakaan lembu pedaging telah berjaya menghasilkan baka baru kacukan lembu pedaging yang dinamakan Brakmas pada tahun 1999.
[ Baca Lagi... ]

Komen
Walaupun pihak kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan pengeluaran daging negara dari masa ke semasa, namun ianya belum lagi dapat memenuhi permintaan di dalam negara. Jumlah sasaran 28% itu sebenarnya adalah terlalu kecil berbanding dengan pengeluaran daging ayam yang telah menjangkau hampir 125% daripada permintaan di dalam negara dan terpaksa dieksport ke luar negara. Apakah punca yang telah menyebabkan keadaan ini berlaku?

Saya percaya, kebanyakan usahawan kita menyedari faktor yang menyumbang kepada kegagalan ini. Mungkin kita berkata bahawa ternakan ayam ini memerlukan masa untuk mendapatkan hasil kurang daripada 45 hari sahaja, berbanding dengan ternakan lembu dan kambing, maka masyarakat cina lebih menggemari ternakan ayam.

Sebenarnya menternak ayam (daging) lebih rumit daripada ternakan kambing dan lembu disebabkan oleh masalah kesihatan seperti jangkitan penyakit dan kematian. Malahan makanan ayam juga semakin meningkat dengan kekurangan atau ketiadaan bahan makanan alternatif.

Berbanding dengan kambing dan lembu yang mana selain makanan berbentuk pellet, kita juga boleh memberikan makanan berbentuk dedaun dan rerumput yang lebih menjimatkan dan boleh didapati di mana-mana di negara kita ini.

Semuanya bergantung kita kita sendiri untuk menjadikan industri ternakan kambing dan lembu ini sebagai satu industri yang berdaya saing seperti industri ternakan ayam. Wallahualam.


Saturday, July 19, 2008

Startegi Pemasaran Ternakan


Rancangan pemasaran merupakan satu elemen terpenting di dalam penternakan kerana tanpanya ia tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan sepertimana yang diharapkan oleh setiap usahawan yang menceburi industri ternakan ini. Diantara skop pemasaran yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut :-

Jualan Terus Kepada Pembeli
Ternakan kambing boleh dijual secara terus kepada pembeli melalui kaedah :-
  • Menjual ternakan hidup secara runding-terus dengan pembeli yang datang sendiri ke ladang ternakan.
  • Mengadakan program dan promosi Aqiqah dan korban dengan menawarkan potongan harga yang menarik.
  • Adalah lebih baik sekiranya usahawan dapat menyediakan perkhidmatan menyembelih, melapah dan sebagainya di ladang ternakan. Pada masa sekarang ianya adalah perlu terutamanya di kawasan bandar bagi pembeli ingin melakukan ibadah aqiqah dan korban.

Jualan Hasil Ternakan Di Pasar Besar
Semua hasil ternakan kambing boleh dijual di pasar-pasar besar dan pasar-pasar basah yang terdapat berhampiran dengan ladang ternakan usahawan. Pada masa sekarang amat jarang sekali kita menjumpai mana-mana pasar yang terdapatnya jualan hasil kambing. Kalau adapun, jumlahnya adalah terlalu kecil sekali dan kebiasaannya dimonopoli oleh penjual berketurunan India. Antara yang boleh dilakukan oleh usahawan adalah :-
  • Menjual sendiri keratan daging di pasar-pasar. Kebiasaannya, penjualan ini akan memerlukan masa pada sebelah pagi hingga tengah hari sahaja atau;
  • Mengupah peniaga di pasar yang sedia ada untuk menjualkan daging kambing tersebut. Ini akan dapat menjimatkan masa usahawan dan dapat masa yang mencukupi menguruskan ladang ternakan.
Restoran-Restoran
Pertumbuhan restoran-restoran terutamanya restoran mamak semakin bertambah banyak di negara kita. Malahan ada yang menjalankan perniagaan mereka sehingga 24 jam. Oleh itu permintaan terhadap daging kambing juga semakin bertambah. Daging kambing segar boleh juga dijual di restoran-restoran dengan cara mendapatkan tempahan secara tetap.

Pasar Tani/Pasar Minggu
Satu lagi ruang pemasaran hasil ternakan yang menarik adalah melalui Pasar Tani dan Pasar Minggu yang banyak terdapat di seluruh negara kita. Kebiasaannya ia diadakan seminggu sekali. Usahawan boleh mengambil bahagian untuk menjual hasil ternakan seperti daging, susu dan baja kompos. Selain daripada itu, secara tidak langsung ianya dapat mempromosikan ladang ternakan usahawan itu sendiri.

Jalinan Perhubungan Antara Usahawan Lain

Hubungan Pemasaran Setempat
Ada penting bagi usahawan ternakan untuk mengadakan rangkaian (networking) ternakan diantara penternak-penternak sedia-ada di sekitar kawasan ladang. Ianya akan dapat membantu usahawan untuk memasarkan hasil ternakan melalui promosi dari mulut ke mulut. Selain daripada itu, sekiranya ladang ternakan rangkaian kita menghadapi masalah bekalan, maka secara tidak langsung kita akan dapat memenuhi permintaan bekalan tersebut. Oleh yang demikian perhubungan yang baik diantara usahawan adalah amat penting.

Hubungan Pemasaran Luar
Hubungan Pemasaran dengan penternak-penternak di luar kawasan ternakan juga secara tidak langsung akan dapat membantu melebarkan lagi sempadan pemasaran dan perkongsian ilmu pengetahuan serta pengalaman disamping memahami permasalahan yang dihadapi oleh penternak-penternak lain.

Pemasaran Secara ON-LINE
Pemasaran secara online (internet) juga merupakan salah satu agen ataupun media pengiklanan dalam mempromosikan produk ladang ternakan. Ini dibuktikan dengan kejayaan usahawan-usahawan yang dapat memasarkan hasil ternakan mereka melalui laman-laman web.

Malahan pada masa sekarang, usahawan tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal untuk mengujudkan laman web atau laman blog yang mana kebanyakannya adalah secara PERCUMA. Apa yang perlu adalah sebuah komputer dan talian internet. Atau usahawan boleh juga mengupah seseorang untuk mempromosikan hasil ternakan mereka.



Thursday, July 17, 2008

Kubur Islam Lama Bakal Jadi Tanah Pertanian



TEMERLOH 17 Julai 2008 - Penduduk Kampung Kemuning, Lanchang dekat ini mendakwa tanah perkuburan lama seluas kira-kira enam hektar di kampung itu diluluskan untuk dimajukan dengan projek pertanian. Penduduk mendakwa bahawa Pejabat Tanah Daerah Temerloh telah memberikan kelulusan tanah lesen pendudukan sementara (TOL) seluas 50 ekar termasuk tanah perkuburan berkenaan kepada individu tertentu bagi mengusahakan projek pertanian terbabit.

Seorang wakil penduduk mendakwa pernah membuat bantahan pada dua tahun lepas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin agar kawasan berkenaan tidak dimajukan, namun tiada sebarang tindakan diambil.
[ Baca Lagi... ]


NOTA: Sekiranya ini menjadi kenyataan, siapakah yang sanggup bekerja di tanah pertanian tersebut? Seramm.....

Streamyx...ooo...Streamyx



Sejak 4 Julai 2008 yang lalu saya mengalami gangguan pada sambungan Streamyx yang asyik putus-putus sejak modem terdahulu (Riger) yang dibekalkan oleh TMnet telah terkena kilat pada 5 Mei 2008 lalu yang menyebabkan ianya mengalami kerosakan. Kemudian pihak TMnet telah menggantikanya dengan modem lain berjenama Billion. Pada peringkat awal penggunaanya, saya tidak menghadapi, tetapi ianya semakin hari semakin melembabkan akses saya ke talian internet.

Saya yang telah membuat aduan ketalian 100 yang pada mulanya mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada pihak TMnet bilamana pihak egen yang diberikan tugas untuk mengenalpasti masalah sambungan yang sering terputus-putus ini telah tidak menjalankan tugas dengan baik dan GAGAL mengenalpasti masalah yang berlaku.

Dari sehari ke sehari, saya cukup sabar menunggu dan membuat laporan ke talian 100, namun tindakan pihak TMnet yang sekadar mengambil laporan dan sering berjanji untuk menyelesaikanya dengan segera masalah, namun masih tidak lagi selesai. Kemuncaknya berlaku pada 16 Julai 2008 (semalam) bilamana saya yang telah mengadu hal kepada 2 orang Pengurus TMnet dan lebih daripada 10 operator telah memberi kata dua kepada mereka samada menyelesaikan masalah gangguan pada sambungan saya dalam masa 24 jam atau saya melaporkannya kepada pihak atasan ataupun melalui akhbar.

Tak sampai 2 jam lepas tu, isteri saya memberitahu bahawa 10 orang yang terdiri daripada kakitangan TMnet dan Telekom Malaysia berada di rumah saya. Nak tau apa yang diaorang buat...?

Pegawai TMnet Center menghubungi saya pada hari itu, tak kurang 5~6 kali untuk memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja berjalan dengan lancar.

Telekom Malaysia menggantikan tiang telefon yang senget dengan tiang yang baru pulak tu. Kemudian mereka ganti kesemua "drop wire" dari "main line" terus ke rumah saya...bagus la tu..walaupun saya tak minta.

Manakala TMnet pula membuat pemeriksaan modem di dalam rumah saya...then membuat pemeriksaan di "port" yang kemudiannya mereka dapati ada berlaku kesilapan di dalam sambungan pada "port". Sepatutnya saya dapat sambungan "fiber" dan bukannya "copper". itu semua mereka dah betulkan..heh..heh..

Kemudian pagi ini (17 Julai 2008), seawal jam 9:30 pagi pula, agen TMnet menghubungi dan saya untuk menggantikan keseluruhan unit modem di dalam rumah iaitu modem, splitter dan LAN cable yang baru... Kemudian bila saya pulang dari kerja saya terus test sambungan streamyx...Wow...macam tak caya pulak...semuanya serba baru dan sambungan ke streamyx bukan sahaja tak putus-putus lagi, malahan lebih laju dari yang biasa....Hari ini je...pegawai TMnet telefon sebanyak 2 kali untuk memastikan saya berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan selama 2 hari itu.

Walaubagaimanapun beliau berjanji untuk follow-up beberapa hari akan datang untuk memastikan tidak ada lagi sambungan terputus-putus.

Harap-harap lepas ni tak ada masalah lagi. Syabas dan sekalung tahniah dan terima kasih kepada mereka (pekerja) yang telah menyelesaikan masalah saya ini.



Saturday, July 12, 2008

Projek Pembangunan Usahawan Hadhari Cattle-MeCD



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dengan kerjasama Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. (HCISB) telah mengujudkan program yang bertujuan untuk melatih dan melahirkan usahawan terutamanya Bumiputera di dalam pelbagai bidang sektor industri LEMBU. Pemilihan HICSB adalah kerana penglibatan dan inisiatif syarikat tersebut yang bukan sahaja menjalankan aktiviti penternakan lembu, tetapi turut menyumbang sebanyak 22% keperluan daging negara disamping menjalankan aktiviti penyembelihan, penanaman rumput dan menjadi pusat pembiakan baka lembu.

Timbalan Presiden Kanan HICSB, Dr Rashid Tang Abdullah berkata, syarikatnya mensasarkan untuk memenuhi keperluan permintaan daging negara di dalam masa 2 tahun yang akan datang, pengimportan lembu dari China dan mengujudkan lebih banyak rumah-rumah sembelihan yang baru. Untuk itu HCISB berharap dapat melatih 3,640 Usahawan menjelang Oktober 2009 yang melibatkan 7 program bersepadu ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk menceburi industri lembu ini. Diantara program-program yang telah ditawarkan adalah :-
  1. Ladang Pembiakan (500 Usahawan)
  2. Ternakan Lembu Feedlot ((1,000 Usahawan)
  3. Perusahaan Kecil dan Sederhana (20 Usahawan)
  4. Pengedar Utama (20 Usahawan)
  5. Pengedar Daerah (100 Usahawan)
  6. Pengusaha Meat Shop (1,000 Usahawan)
  7. Kiosk Hadhari Burger (1,000 Usahawan)
HICSB yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa Kerajaan Negeri. Perak dan Pahang telah telah menyatakan sokongan tersebut. Pada masa ini, Kerajaan Pahang telah meluluskan 104 hektar tanah untuk HCISB mengujudkan sebuah rumah sembelihan di samping 2,000 hektar tanah di bawah program usahawan ternakan.

Maklumat lanjut untuk menyertai Projek Pembangunan Usahawan ini boleh di dapati disini.

Berita terdahulu.
Projek Memproses Daging Korban 2008
Kilang Proses Daging di China
Hadhari Cattle teroka bidang ternakan
Hadhari Cattle kuasai pasaran dalam 3 bulan
Susulan jayakan Mihas



Wednesday, July 9, 2008

Kertas Kerja dan Rancangan Perniagaan



Penternakan Kambing pada hari ini telah jauh berbeza berbanding dengan penternakan kambing 10 atau 20 tahun yang lalu. Pada masa dahulu, penternakan kambing dijalankan secara kecil-kecilan berhampiran dengan kawasan rumah.

Tetapi pada hari ini, penternakan kambing telah menjadi satu industri yang berkembang maju seiring dengan permintaan pasaran terhadap ternakan ini yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Malahan ramai diantara penternak-penternak telah menjadi usahawan yang berjaya dengan meraih pendapatan yang tinggi pada setiap bulan.

Industri (maaf, saya lebih mengemari penternakan kambing ini sebagai satu industri) Penternakan Kambing ini telah mengangkat martabat golongan penternak ini ke arah yang lebih baik pada masa sekarang. Pelbagai kemudahan, latihan dan pembiayaan yang diberikan oleh pihak Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun seperti Agro Bank, MARA dan sebagainya.

Malahan semakin hari semakin ramai daripada kita yang telah menceburi industri penternakan ini kerana pulangan yang cukup menarik daripada hasil ternakan kambing ini. Maka tidak hairanlah mengapa setiap penghasilan kambing mendapat jolokan nama seperti :-
  • Daging – Mas Merah
  • Susu – Mas Putih
  • Tinja – Mas Hitam
Namun begitu menceburi penternakan kambing ini bukanlah SEMUDAH yang disangkakan dan bukanlah SESUSAH seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak terutamanya perkara-perkara yang melibatkan pemakanan, penjagaan kesihatan dan pemasaran.

Walaupun sesetengah daripada kita yang telah menghadiri kursus-kursus dan seminar penternakan, namun masih lagi gusar untuk memulakan penternakan ini kerana faktor keyakinan, kekurangan bahan rujukan dan sebagainya.

Malahan ada yang bercadang untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank ataupun agensi-agensi lain seperti MARA, TEKUN, Kementerian Belia dan Sukan, FELDA, RISDA dan sebagainya, tetapi menghadapi masalah untuk menyediakan Kertas Kerja dan Rancangan Perniagaan.

Kertas Kerja dan Rancangan Perniagaan adalah satu elemen yang terpenting kerana ianya bukan sahaja perlu untuk mendapatkan pinjaman, TETAPI ianya sebagai satu panduan untuk kita menjalankan penternakan kambing ini dan merancang masa depan di dalam industri penternakan ini.

Atas dasar keperihatinan ini, maka saya ingin berkongsi maklumat kepada sesiapa juga yang ingin mendapatkan Contoh Kertas Kerja dan Rancangan Perniagaan bagi memulakan penternakan. Alhamdulillah, mereka yang telah menggunakannya mendapat hasil yang positif dengan kelulusan pihak bank yang membiayai pinjaman. Ianya juga adalah hasil-usaha saya sendiri menulisnya berpandukan kepada nasihat dan tunjuk ajar daripada beberapa orang usahawan yang telah berjaya.

Anda boleh muat-turun secara PERCUMA.

1. Kertas Kerja (Muka Hadapan) - Muat-turun (57KB)
2. Kertas Kerja (Isi Kandungan) - Muat-turun (328KB)
3. Rancangan Perniagaan - Muat-turun (38KB)
4. Rekod Ternakan - Muat-turun (98KB)

Sekiranya anda berpuas hati dengan Contoh Kertas Kerja dan Rancangan Perniagaan ini, anda boleh menyalurkan sedikit sumbangan IKHLAS sebanyak RM5.00 kepada saya. InsyaAllah, ianya sekurang-kurangnya dapat membantu saya untuk menghasilkan lebih banyak lagi bahan-bahan berbentuk rujukan ilmu di dalam industri penternakan kambing ini.


Bank : Maybank
No. Akaun : 1-12101-54442-1
Nama : Kamarolzaman Bin Ismail




Tuesday, July 8, 2008

Program Usahawan Ternakan Ayam dan Itik



JOHOR 7 Julai 2008 - Kerajaan negeri akan menubuhkan Tabung Tanah Berpotensi Johor dalam memajukan sektor pertanian khususnya bagi pengeluaran bahan makanan menerusi peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM1.2 juta untuk projek tanaman dan RM0.8 juta untuk projek akuakultur di bawah Pelan Jaminan Bekalan Makanan Negara dengan membangunkan tanah kepada aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Abdul Aziz Kaprawi berkata, usaha tersebut dijalankan dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi negeri dan bakal dilaksanakan Jabatan Pertanian. Menerusi Pelan Tindakan Dasar Jaminan Bekalan Makanan, Jabatan Pertanian pada tahun ini menyasarkan penyertaan seramai 66,000 orang termasuk individu dan komuniti bagi menjalankan projek tanaman sayuran dan herba.

"Melalui tabung ini, dicadangkan akan ditawarkan sewaan atau pajakan kepada individu atau syarikat yang ingin menjalankan aktiviti pertanian untuk pengeluaran bahan makanan" - Abdul Aziz Kaprawi


Menurutnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Haiwan pula menyasarkan 262 peserta ternakan ayam kampung, 100 peserta itik daging dan 50 peserta ternakan itik telur.

"Kerajaan akan terus memberi sokongan dan bantuan yang sesuai kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh petani-petani untuk menjalankan projek pertanian dan pemulihan tanah terbiar, khususnya bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan," katanya. [ Seterusnya ... ]

Usahawan-usahawan di Johor disarankan agar merebut peluang yang diberikan oleh Kerajaan untuk meningkatkan lagi industri penternakan di negara kita ini. Peluang yang sebegini bukannya datang selalu sepertimana peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi Projek Penternakan Kambing di Terengganu baru-baru ini.



Thursday, July 3, 2008

Pengusaha Napier Secara Komersial



KUALA KANGSAR 2 Julai - Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan dengan pendapatan mencecah RM12,000 sebulan.

Walaupun tanah yang terletak di 'pulau jadian' di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.

Menurut Mustafa yang juga bekas Kontraktor Kelas F, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.

Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, beliau berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.

Harga Jualan :-
  • Batang = RM1.60/kg
  • Daun = RM0.10/kg
Selain daripada itu, beliau juga ada memproses dan menjual makanan berbentuk pellet yang terdiri daripada bahan campuran Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.

''Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli," ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.

Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.

Penternak yang ingin mendapatkan bekalan rumput Napier dan pallet tersebuit bolehlah menghubungi Sdr Mustafa Ali di talian 012-5049000.
[ Baca lagi... ]


Lesenkan Ternakan Lembu dan Kerbau



ALOR GAJAH 2 Julai - Semua penternak lembu dan kerbau yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (Melaka) diberi tempoh sehingga Ogos ini untuk melesenkan ternakan mereka ataupun berhadapan risiko ternakan dirampas. Penguatkuasaan ini akan dilakukan di bawah lesen Undang-undang Kecil Ternakan Lembu dan Kerbau Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) 1987.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tuan Haji Baharom Bin Majid berkata, arahan tersebut bagaimana pun hanya diwajibkan kepada mereka yang menternak lebih daripada enam ekor lembu atau kerbau. Adalah diharap tindakan ini akan dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan ternakan yang dibiar berkeliaran di sekitar Alor Gajah. Sebelum ini, MPAG hanya mengeluarkan kompaun RM250 untuk seekor lembu yang dijumpai berkeliaran dan penternak dikehendaki membayar jumlah kompaun tersebut jika ingin mengambilnya semula.

Dengan adanya lesen pada ternakan, pihak MPAG akan lebih mudah untuk mengesan pemilik lembu atau kerbau yang dibiarkan berkeliaran sebelum tindakan tegas akan diambil.

"Kita akan menguatkuasakan semula undang-undang sedia ada ini bertujuan supaya penternak lebih bertanggung jawab terhadap ternakan mereka" - Hj. Baharom Bin Majid


Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan lesen tersebut, mereka yang berkenaan boleh menghubungi Jabatan Perlesenan MPAG di talian 06-5561600 sambungan 220. [ Seterusnya ... ]

Kalau yang tinggal di Alor Gajah, pasti tahu Pekan Gadek yang mendapat jolokan Pekan Koboi kerana kebanyakan penternak di situ membiarkan ternakan lembu mereka berkeliaran. Bila malam pula ternakan ini akan "lepak" di atas jalanraya dan amat menyusahkan pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut. Ini akan mengundang bahaya sekiranya pemandu tidak dapat melihat lembu-lembu tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi penternak kambing, mereka masih lagi dikecualikan daripada melesenkan ternakan mereka. Kalau kena bayar lesen ternakan, susahlah sedikit bagi mereka yang menjalankan penternakan secara fidlot kerana ternakan mereka tidak akan berkeliaran di merata tempat. Bagi yang memiliki jumlah kambing yang banyak, pastinya jumlah yang kena bayar nanti tentulah banyak juga.

Semoga permasalahan ini tidak akan melibatkan penternak yang mengamalkan penternakan secara berhemah.



Wednesday, July 2, 2008

Makanan Pellet - Palm Kernel





PALM KERNEL CAKE (PKC)
Makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit sangat popular di kalangan penternak ternakan ruminan. Adalah dipercayai bahawa makanan berbentuk pellet ini yang pertama dihasilkan adalah daripada Palm Kernal Cake (PKC). Ianya dihasilkan dari proses penghasilan minyak kelapa sawit yang menggunakan kaedah pemerahan tekanan (screw pressing method) bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit. Kaedah ini mengakibatkan penjanaan haba yang tinggi dan menyebabkan pengurangan kandungan protein dan khasiat. Jangkahayat PKC adalah tidak tahan lama disebabkan lebihan minyak yang teroksida yang terhasil dari proses tersebut. Selain itu, keadaan rupa bentuk PKC adalah kasar, tajam dan keras boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan makanan haiwan ternakan.

PALM KERNEL DE-OIL MEAL (PKM)
Manakala Palm Kernel De-Oil Meal (PKM) pula adalah merupakan satu ramuan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang dihasilkan khas bagi meningkatkan produktiviti ternakan. Ianya sangat berkhasiat untuk tumbesaran ternakan kerana kaya dengan nutrisi dan serat.

Penghasilan PKM adalah berbeza dari PKC iaitu ianya melalui kaedah pengekstrakan larutan (solvent extraction method) yang menjamin kandungan mineral dan khasiat dalam PKM. Isirong kelapa sawit dikisar sehalus 0.3 mm, sebelum proses pengekstrakan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dilakukan. Kaedah ini hanya menghasilkan haba yang minimum, lantas mengekalkan kandungan nutrisi seperti protein dan menghasilkan makanan ternakan berbentuk serbuk yang halus dan lembut. Jangkahayat PKM adalah lebih lama berbanding dengan PKC.

Pallet Biopalma Felda (Feedlot dan Goat/Sheep) adalah pallet makan ternakan hasil kajian dan keluaran Felda. Ianya menggunakan PKE sebagai bahan asas dan dicampurkan dengan Gandum, Jagung , Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan ruminan. Penghasilan pallet makanan Biopalma adalah berasaskan tumbuhan dan bebas dari sebarang penggunaan lelemak haiwan, bahan kimia dan antibiotik terlarang.

Kedua-duanya mengunakan PKE@Dedak Isirong Sawit sebagai bahan asas dan dirumus secara saintifik dengan Polad Gandum, Jagung , Mil Kacang Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan. Pallet Biopalma juga diperkayakan dengan protein, tenaga, asid amino dan agen probiotik. Pallet Biopalma boleh diberi terus kepada ternakan ruminan tanpa perlu dicampur dengan bahan bahan-bahan lain.


Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama :
Telefon :
E-mail :
Web/Blog :
Usahawan : Kambing Lembu Kerbau
Unggas (Ayam,burung dll..)
Lintah Ikan
Pertanian
Lain-Lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.