
Saya berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Ladang Ternakan Cemerlang Tani Sdn Bhd (CTSB) pada Sabtu lalu 28 Jun 2008 yang terletak di Kota Tinggi Johor. Secara kebetulan adik ke-7 saya melangsungkan pertunangan pada hari tersebut di kawasan yang sama di mana terletaknya Ladang Ternakan CTSB. Selepas majlis pertunangan tersebut, saya dan rombongan ahli keluarga telah mengunjungi Kandang Pertama CTSB.
Kedatangan saya bersama ahli keluarga telah disambut mesra oleh Cik Liyana yang telah agak lama menunggu kedatangan saya ada hari tersebut. Maaf la yea..Cik Liyana, kerana agak lewat tiba memandangkan majlis pertunangan tersebut agak panjang. Sempatlah juga saya berbincang perkara-perkara yang bersangkutan dengan penternakan kambing di CTSB ini.Kesemua ahli keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk melihat-lihat kambing milik CTSB yang mempunyai 2 buah kandang penempatan kambing untuk tujuan penjualan kepada pembeli. Saya tidak berkesempatan untuk melawat kandang baru CTSB kerana kesuntukan masa.
Pujian harus diberikan kepada CTSB kerana dari pengamatan saya, kandang milik CTSB ini bersih, kering dan ketinggian kandang menepati konsep penternakan komersial. Malahan keadaan fizikal kambing-kambing CTSB adalah bersih dan sihat. Tak rugi kalau membeli baka dari CTSB ni....Tahniah






Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cik Liyana dan pengurusan CTSB kerana usaha-usaha yang dijalankan di dalam meniti kejayaan sebagai usahawan Ternakan Kambing di Johor ini. Semoga maju jaya di masa hadapan.





















Tanah yang pada masa sekarang ditanam dengan kelapa sawit memiliki sebatang anak sungai yang mengalirkan air yang jernih dan amat sesuai untuk penternakan. Harga yang ditawarkan amat tinggi iaitu RM70K, mungkin kerana telah ada tanaman kelapa sawit yang sesetengahnya telah mengeluarkan hasil. Menurut kata pemiliknya, lebar tanah tersebut melebihi 120 kaki dan panjangnya melebihi 360 kaki, 











Di Malaysia penggunaan jerami padi juga dikenali sebagai Rumput Kering dijadikan sebagai makanan ternakan kambing yang berkhasiat dan amat amat meluas penggunaannya kerana harga yang murah dan banyak didapati di kawasan pertanian yang mana terdapatnya penanaman padi. Ianya boleh didapati di Sekinchan dan juga di negeri Jelapang padi Kedah. Harganya di bawah RM100 bagi setiap satu gelungan bulat sekitar 450kg~500kg. Pada kebiasaannya, pembeli dikehendaki mengambilnya dengan menggunakan kenderaan sendiri seperti lori dan sebagainya.
Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
Penggunakan tong plastik sebagai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastkc yang mampu bertahan mengikut cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.
Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan mendapatkan bahan silaj ke dalam silo, menggunakan tenaga manusia, di mana seseorang pekerja perlu memijak bahan silaj sehingga padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya. Memampatkan bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kualiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.
Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan.
Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan ini dapat menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fementasi silaj berlaku dengan sempurna.



Kota Bahru, Kelantan 2 Jun 2008 -- Konsep Buku Hijau yang pernah di perkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Razak pada 20 Disember 1974 lalu dihidupkan semula oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata "Menerusi kegiatan itu mereka secara langsung mengamalkan cara hidup sihat selain dapat memakan bahan-bahan makanan yang segar dan dijamin bersih". 











