
TAWARAN...TAWARAN...TAWARAN ISTIMEWA...MAHA 2008
Perfect Agro Sdn Bhd melalui usahasama diantara Tropical Camel Ranches Sdn Bhd dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menawarkan kepada semua penternak dan pengusaha ternakan kambing di negara ini untuk mengambil bahagian di dalam LELONGAN BAKA TERNAKAN KAMBING sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA 2008 yang akan berlangsung pada 11~23 Ogos 2008 ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Mardi, Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Acara lelongan ini diharapkan dapat membantu usahawan ternakan kambing untuk memasarkan ternakan mereka disamping mempromosikan ternakan dan ladang ternakan yang diusahakan oleh penternak ke peringkat nasional. Konsep Lelongan Mobile juga akan diperkenalkan nanti dan dijangka akan dapat memberikan suntikan yang baru kepada usahawan dalam melebarkan lagi konsep pemasaran ternakan mereka.
Maklumat aturcara lelongan adalah seperti berikut :-
Tarikh : 11 ~20 Ogos 2008
Masa : 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan : Ditetapkan oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan : RM17.50 seekor kambing
Penternak yang berjaya menyertai acara lelongan ini dikehendaki memastikan ternakan yang hendak dilelong tersebut sampai kepada Urusetia Lelongan pada malam sebelum hari lelongan yang dijadualkan. Ini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan upacara melelong ternakan kambing pada keesokan harinya.

1. En. Nordin : 012-379 1239
2. En. Pian : 017-872 5716
Ayuh usahawan semua, bila lagi nak promosikan Baka Kambing tuan-tuan? Jamnapari, Boer, Kalahari, atau apa saja baka kambing. Manalah tau, kat kandang boleh jual setakat RM3,500 aje, tapi kat MAHA 2008 nanti harganya mencecah RM35,000...tak ke rezeki tu? Boleh jugak buat modal besarkan kandang atau beli lagi banyak baka yang lain...
Penternak yang tidak menyertai acara lelongan dijemput hadir sama untuk memeriahkan lagi acara lelongan. Dalam MAHA 2006 yang lalu, kita telah menyaksikan kepetahan pakar lelong dari JPV Pahang, Mohd Khairuddin Ismail, menggamatkan suasana dengan tarikan khusus kepada baka Jamnapari yang menggamit pembida untuk menawarkan harga yang cukup tinggi. Bagaimana dengan MAHA 2008 ini nanti setelah 2 tahun berlalu? Pastinya ia akan lebih menarik. JOM kita ke MAHA 2008....
Maklumat:-
Perfect Agro Sdn Bhd
Tropical Camel Ranchers Sdn Bhd
MAHA 2006: RezQ Resources dan Tropical Camel Ranches
No comments:
Post a Comment