

Malahan dengan pengunaan sistem manual (pen dan kertas), kesilapan lebih mudah berlaku jika penternak mengabaikan atau kurang peka dengan proses kemaskini rekod ternakan. Ini bukan sahaja akan menjejaskan sistem pengurusan ternakan, malahan akan menyebabkan kos pengurusan meningkat bilamana penternak terpaksa mengeluarkan kos tambahan seperti alatulis seperti pen, kertas, dakwat alat pencetak, kos pemeriksaan oleh pekerja ladang dan sebagainya.
Antara isi kandungan perisian yang amat berfaedah untuk penternak kambing ialah :-

Merokeodkan butiran terperinci ternakan seperti Nama, kelahiran, umur, baka, salasilah, gambar ternakan dan sejarah terperinci sesekor kambing dan sebagainya.

Merekodkan butiran kesihatan ternakan seperti suntikan, sejarah penyakit dan lain-lain lagi.

Merekodkan butiran tentang pembekal yang berurusan dengan penternak.

Merekodkan butiran kematian ternakan, sebab-sebab kematian dan sebagainya.

Merekodkan harga pembelian, jualan ternakan kambing dan sebagainya. Ianya juga merupakan invoice untuk rujukan penternak.

Program - Turut disertakan juga ialah program pengiraan (calculatian system) seperti kuantiti suntikan yang diperlukan berdasarkan kepada keperluan kambing, jadual pemakanan dan lain-lain lagi.
Apa yang lebih menariknya, kesemua data-data tersebut boleh dimuaturun ke dalam perisian Microsfoft Office untuk tujuan output berbentuk carta pie, grafik dan sebagainya. Ianya juga boleh dicetak di dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki oleh penternak.
Saya amat berpuas hati dengan perisian ini. Ianya amat berguna dalam menguruskan ternakan kambing dengan lebih effisien lagi tanpa perlu bersusah payah menguruskan secara manual. Ianya juga dilengkapi dengan pin keselamatan bagi mengelakkan penyalinan secara tidak sah (duplicate).
Sekalung tahniah diucapkan Tuan Haji Othman yang telah bertungkus lumus membangunkan dan menghasilkan perisian CAMS ini lebih 1 tahun yang lalu. Sambutan daripada penternak kambing pada masa sekarang amat menggalakkan. Respon daripada Jabatan Perkhidmatan Verteriner (JPV) dan MARDI sendiri yang sedang merancang untuk mengiktiraf CAMS sebagai perisian pengurusan ternakan kambing di Malaysia.
Penternak yang ingin mendapatkan perisian CAMS ini boleh menghubungi Casserose yang mendapat hak pengedarannya :-

No. 8, Jalan Astaka U8/83,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-7845 3236
Rozalafri : 012-296 9763
Razali : 019-308 7729
Selamat : 012-225 0603 (Ladang Segamat)
No comments:
Post a Comment