IKLAN PENTERNAKAN


Contoh Kertas Kerja
Anda menghadapi masalah untuk membuat kertas kerja? Dapatkan contoh secara PERCUMA
1. Kertas Kerja
2. Rancangan Perniagaan
3. Rekod Ternakan
Sila muat-turun disini

INFO PILIHAN

Baka : Jamnapari (PE)
Induk : Bunting kali ke-2
Anak : 5 ekor
Ladang : De Utama Farm
Lokasi : Alor Gajah, Melaka.
Pemilik : Zalila & Mahathir
Maklumat lanjut, klik disini

MAKLUMAN SEMASA

Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 4 Ogos 2008
Masa : 8:00 pg ~ 5:00 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini

Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Skim : Belia Niaga dan Belia Tani
Maklumat lanjut klik disini


Pembiayaan Mudah
TEKUN Ternak

Jumlah Pinjaman : RM500~RM50,000
Pembayaran balik : 5 tahun
Maklumat lanjut klik disini


Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 2 Jun 2008
Masa : 8 pg ~ 5 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini


Peluang Niaga
Membekal Tinja
Agros Proline memerlukan bekalan tinja untuk dibekalkan kepada rangkaian AGROS di Kapar, Klang, Selangor.
Maklumat lanjut klik disini



Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Majlis Pembangunan Usahawan Daerah NEGERI PERLIS
Tarikh: 25~26 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Negeri Perlis
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pejabat Daerah&Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pantai Hiburan Rompin,Pahang
Maklumat lanjut, klik Jadual


Tarikh: 11 ~ 23 Ogos 2008
Masuk: 10:00 pg ~ 7:00 mlm
Lokasi: Serdang, Selangor
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini


CEPAT!!!!! TAWARAN ISTIMEWA kepada penternak dan pengusaha ternakan kambing untuk mengambil bahagian di dalam Lelongan Baka Kambing di Pameran MAHA 2008. Penternak BOLEH menentukan sendiri harga kambing yang ingin dilelong.

Tarikh: 11 ~20 Ogos 2008
Masa: 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan: Ditetapkan sendiri oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan: RM17.50/kambing
Maklumat lanjut, sila klik disini

KURSUS KAMBING-LEMBU

Kursus Ternak Kambing
Aliff Agrotech
Tarikh: Cuti Sekolah
Lokasi: Resort Hutan Lipur Sekayu, Trengganu
Bayaran: RM300.00
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
PUGM
Tarikh: 14~17 Nov 2008
Lokasi: Muar, Johor
Bayaran: -
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 04~09 Nov 2008
Lokasi: Meru, Klang, Sel.
Bayaran: RM700/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Kambing Jamnapari
U Keng farming Sdn Bhd
Tarikh: 13~15 Okt 2008
Lokasi: Yong Peng, JOHOR
Bayaran: RM780/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknologi Ternak Kambing
Ladang Infoternak Perak
Tarikh: 12~16 May 2008
Tarikh: 14~18 Jul 2008
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Tarikh: 01~05 Dis 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknikal Lembu Pedaging
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 20~24 Okt 2008
Tarikh: 03~07 Nov 200
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Proses Makanan Ternakan
MARDI
Tarikh: 20~23 Okt 2008
Lokasi: Serdang, Selangor
Bayaran: RM910/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pengurusan Kambing-Bebiri
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Integrasi Agro-Kambing
Rumpun Tani Enterprise
Tarikh: 23 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Sri M'sia,Alor Star,Kedah
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
PUGM
Tarikh: 15~18 Ogos 2008
Lokasi: PUGM Farm, Pagoh,Muar,Johor
Bayaran: RM20(ahli)+RM50(Kursus)
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Lembu
Safaworld Resources
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Proses Makanan Ternakan
Integrated Farm
Tarikh: 6~8 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Nilai,NS
Bayaran: RM20/=
Hubungi: 019-2272127
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Open Mind Training & Services
Tarikh: 27 Julai 2008
Lokasi: UKM, Bangi Selangor.
Bayaran: RM30/=
Hubungi En. Zul 013-912 6989
*********************************
Kursus Integrasi Agro
Rumpun Tani Enterprise
Kursus: Kambing,Jagung,Baja Cacing
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: Hotel Seri M'sia,Alor Star
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Kambing
Safaworld Resources
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan Graduan Teknik
Tarikh: 18~21 Julai 2008
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor.
Bayaran: RM80/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Boer Best Group
Tarikh: 19~20 Julai '08
Lokasi: Hotel De Palma Kuala Selangor, SELANGOR
Bayaran: RM1,500/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Lembu
Institut Usahawan Bumiputera
Tarikh: 11~16 Julai 2008
Lokasi: Selangor.
Bayaran: RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Anjuran PPUM
Makanan Ikan: 14Jun08
Cacing Kompos: 21Jun08
Kambing Pedaging: 22Jun08
Lembu Fidlot: 05Jul08
Lintah: 12Jul08
Ikan Dalam Kanvas: 19Jul08
Ayam Pedaging: 26Jul08
Cacing Kompos: 02Aug08
Makanan Ternakan: 03Aug08
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Lembu Pedaging
MARDI
Tarikh: 30Jun~3Jul 08
Lokasi: Kluang, Johor
Bayaran: RM975/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan usahawan Graduan Malaysia
Tarikh: 27~30 Jun 08
Lokasi: Sijangkang,Selangor
Bayaran: RM50/=
Daftar sebagai ahli RM20/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 24~29 Jun 08
Lokasi: Meru, Kelang,Selangor
Bayaran: RM600/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Bengkel Usahawan Kambing
Perfect Agro Sdn Bhd
Tarikh: 14~15 Jun 08
Lokasi: Banghuris Homestay, Sepang,Selangor
Bayaran: RM250/=
Maklumat lanjut, klik disini

KURSUS TERNAKAN LAIN

Ikan Siakap & Ketutu
SNH Agro
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Lokasi: Demong Beach Rst,Trengganu
Bayaran: RM350/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Cacing Kompos
AZR Agro Centre
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: Prescott Hotel, Klang, Selangor
Bayaran: RM450/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Lintah
APEEC
Tarikh: 2 Ogos 2008
Lokasi: UPM,Serdang,Selangor
Bayaran: RM400/=
Maklumat lanjut, klik disini

EXPO AGRO

Ekspo Industri Asas Tani NS 2008
FAMA Negeri Sembilan
Tarikh: 1~3 Ogos 2008
Lokasi: Pasar Tani Mega Ampangan
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Promosi Jualan Buah-buahan
Agrobazaar
Tarikh: 23~27 Julai 2008
Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

TAHUKAH ANDA?


Skim: Skim Pinjaman Ternakan
Ternakan: Lembu, Kerbau, Kambing dan Bebiri
Jenis: Baka dan Induk
Tempoh: 2 Tahun (percuma)
Borang: Muaturun
Maklumat lanjut, klik disini

INFO PEMBIAK-BAKAAN


Linebreeding - Pembiakan diantara subspesis yang sama. Contohnya Jamnapari dengan Jamnapari
Cross Breeding - Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan Saanen
Inbreeding - Pembiakan di dalam keluarga yang sama. Contohnya Pejantan dengan anak betinanya atau diantara adik-beradik (tak disarankan)

PAIP MINUMAN (NIPPLE DRINKER)


- Memudahkan kambing minum air.
- Lebih selesa dan dapat air bersih.
- Air akan keluar apabila kambing mengetip paip tersebut dgn mulut.
- Bentuk adalah standard.
- Harga lingkungan RM 17/=

INFO PELLET BIOPALMA FELDA


BioPalma adalah sejenis makanan haiwan ternakan ruminan seperti kambing dan lembu yang berbentuk pellet.
Pengeluar: Felda Farm Product Sdn Bhd
Lokasi: Serting, Negeri Sembilan.
Bahan Asas: PKE - Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Kelapa Sawit.
Bahan Lain: Polad Gandum,Jagung,Mil Kacang Soya,Starbio,Mineral & Vitamin.
Cara Guna: Sedia diberi terus kepada haiwan ternakan ruminan/kambing.
Kesesuaian: Umur 3 bulan ke atas.
Harga: Call 019-2262125 - Prof.
Spesifikasi Nutrien (Feeds):-

Protein: 15% (min)
Kelembapan: 11% (max)
Lemak: 6% (max)
Kalsium: 7g/kg (min)
Fosferus/Phosphorus: 5g/kg (min)
Tenaga: 11MJ/kg (min)

GARAM JILAT (MINERAL BLOCK)


- Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kambing.
- Digantung di dlm pen(kandang).
- Pelbagai saiz & bentuk.
- Harga dari RM10~ RM40.

EFFECTIVE MICRO-ORGANISMS (EM)


Agen: Bakteria Baik (Pro-Biotik)
Fungsi: Kultur tunggal atau campuran dari mikro-organisma hidup yang berpengaruh baik untuk merencatkan pertumbuhan bakteria jahat
Cara: Semburan dan Minuman
Harga: RM25 seliter
Maklumat lanjut, klik disini

JALAN-JALAN

PIKOM PC Fair(II) 2008
Tarikh: 1 Ogos~14 Sept '08
Masa: 11:00pg~9:00mlm
Lokasi: Seluruh Negara
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kempen Daftar Syarikat
Tarikh: 10~25 Jun 08
Masa: 9:00pg~3:00ptg
Lokasi: Melaka
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Senibina Haiwan
Tarikh: 29 Apr~29 Jul 08
Masa: 9:30pg~5:30ptg (kecuali Isnin)
Lokasi: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Pengantin 2008
Tarikh: 4~6 Jul 08
Lokasi: Mid Valley
Masa: 11pg~9mlm
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

BANK USAHAWAN

AKHBAR ANTARABANGSA

INFO IT

BICARA AGAMA

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.


IKLAN PENTERNAKAN KAMBING

Tuesday, May 27, 2008

Sistem dan Keperluan Pemakanan Ternakan

Ternakan Ruminan mempunyai sistem pencernaan makanan yang terdiri daripada Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan Perut. Pada perut ternakan ruminan ini terdapat 4 bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan ruminan "monogestrik". Kategori ternakan ruminan adalah lembu, kerbau, kambing dan bebiri.

Urutan proses pencernaan adalah seperti berikut :-
  1. Apabila makanan berada didalam rumen dan retikulum, ia akan dicernakan oleh mikro-organisma, berjuta-juta bakteria dan protozoa jenis anaerobik akan menyerang selulosa dalam makanan bagi mendapatkan nutrien yang seterusnya digunakan untuk keperluan mikro-organisma itu sendiri. Bakteria mengeluarkan enzim selulosa bagi mencerna selulosa dan menghasilkan monosakarida. Suhu dan pH dalam rumen sesuai untuk menjalankan fermentasi. Bahan makanan berada didalam rumen selama lebih kurang 60 jam. Hasil daripada proses ini daripada proses fermentasi ini meruapkan asid-asid lemak, contohnya seperti asid asetik, propionik dan asid butirik. Asid-asid ini diserap kedalam sistem darah melalui dinding rumen dan dibawa kehati. Fementasi juga menghasilkan gas, kebanyakanya karbon dioksida ( CO2 ) dan metana dikeluarkan melaluai proses sendawa.
  2. Setelah beberapa lama berada didalam retikulum dan apabila campuran makanan tadi menjadi bendalir, retikulum akan mengecut dan ini akan menggerakan campuran makanan tersebut (berserta dengan bakteria) ke bahagian Omasum iaitu bahagian ketiga perut. Omasum juga dipangil perut kitab, mengandungai lebeh kurang 100 lipatan yang permukaanya mengandungi unjuran papila.
  3. Bahan bendalir terus memasuki Abomasum. Bahan makanan yang kasar akan tersangkut pada lipatan diantara papila dan disini berlaku lagi proses penceranaan. Akhir sekali semua makanan (termasuk bakteria) akan sampai ke Abomasum. Di Abomasum pencernaan dijalankan oleh enzim yang dikeluarkan oleh haiwan sendiri.
Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis pencernaan iaitu:-
  • Pencernaan oleh mikro-organisma yang berlaku didalam Rumen dan Retikulum.
  • Penceranaan oleh enzim yang berlaku didalam Abomasum dan usus kecil.
Manakala pada haiwan monogestrik (manusia dikategorikan sebagai monogestrik) sebahagian besar proses pencernaan dilakukan oleh enzim oleh yang demikian haiwan-haiwan tersebut tidak mampu mencerna makanan yang berserabut tinggi.

Ternakan memerlukan nutrien untuk terus hidup serta mengeluarkan hasil, nutrien yang diperlukan itu terdiri daripada Protein, Kabohidrat, Lemak, Vitamin dan Mineral disamping Air. Nutrien ini diperolehi didalam bentuk makanan, makanan dihadamkan dan diserap masuk kedalam darah untuk digunakan oleh tisu badan ternakan.


PROTEIN
Merupakan bahan organik yang mengandungi unsur-unsur nitrogen, karbon dan oksigen yang terdapat didalam semua jenis organisma.

Protein berfungsi sebagai struktur bagi sel dan tisu, penting bagi mengendalikan pelbagai proses metabolisma didalam badan organisma. Fungsi utama protein ialah untuk pembinaan tisu, iaitu untuk pertumbuhan, pengeluaran susu, telur, bulu dan pembiakan, selain fungsi-fungsi ini, protein yang dimakan dan diserap oleh haiwan digunakan untuk penggantian dan pembaikan tisu-tisu yang rosak dan lama. Tisu-tisu didalam badan haiwan sentiasa berada didalam keadaan dinamik dan berubah, tisu lama diserap dan tisu baru yang mengantikan tisu lama sentiasa dibina. Jadi proses pembinaan dan penyerapan protein sentiasa berlaku dan perlu dibekalkan dari semasa ke semasa melalui makanan.

Hasil penguraian tisu dan protein ialah sebatian-sebatian yang bernitrogen, seperti urea dan lain-lain yang perlu dibebaskan dari badan setiap hari. maka haiwan perlu memakan makanan berunsur protein untuk mengantikan protein yang hilang. Protein yang diperlukan untuk proses-proses tersebut dipanggil protein untuk keperluan asas atau saraan dan merupakan keperluan yang paling minimum setiap hari.

Protein juga diperlukan pembinaan hormon dan enzim yang penting dalam mengawal dan mengendalikan berbagai-bagai jenis proses metabolisma yang sentiasa berlaku didalam badan. Antibodi iaitu bahan pelindung utama yang menjaga haiwan daripada diserang penyakit, juga dibina daripada protein. Jika keadaan memerlukan protein juga boleh diuraikan dalam badan untuk dijadikan tenaga, Hal ini berlaku misalnya jika haiwan kekurangan karbohaidrat dalam makanan atau apabila tenaga simpanan dalam bentuk kabohidrat dan lemak telah habis digunakan. Dalam keadaan biasa haiwan tidak mengunakan protein untuk menghasilkan tenaga..

Sebenarnya kumpulan protein bagi haiwan mengambil kira keperluan asid-asid amino yang terdapat dalam protein tersebut. Ini telah terbukti didalam kajian yang menunjukan bahawa haiwan yang diberi campuran ‘asid amino perlu’ tetapi tidak diberi protein, memberikan kadar pertumbuhan yang setara dengan haiwan yang diberi makan protein.

Haiwan ruminan tidak memerlukan asid amino perlu dalam makanan kerana ikroorganisma didalam rumen berupaya mensintesis asid amino tersebut. Ruminan memperolehi asid amino dengan menceranakan sel-sel mikro-organisma

KARBOHIDRAT
Ia adalah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen, ianya merupakan bahan yang terbanyak sekali terdapat didalam tumbuhan-tumbuhan dan haiwan ruminan memerlukannya sebagai sumber tenaga. Tumbuhan-tumbuhan berupaya mensintesis karbohaidrat melalui klorofil didalam proses fotosintesis. Apabila haiwan memakan karbohaidrat, molekul glukos digunakan untuk menghasilkan tenaga didalam berbagai proses metabolisma. Apabila dioksidakan, glukos membebaskan CO2 dan H2O.

Sebahagian besar lemak dalam tisu disintesis daripada karbohaidrat yang berlebihan. Tetapi kandungan lemak yang ada dalam makanan boleh juga mempengaruhi jenis lemak yang dibina didalam badan. Jika asid lemak yang dihasilkan terdiri daripada asid lemak tak tepu, maka lemak yang terkumpul akan mengandungi asid lemak tak tepu. Ini akan menjadi daging kelihatan berminyak dan mudah menjadi busuk. Bahkan makanan yang boleh menghasilkan kesan-kesan ini ialah seperti jagung, hampas sawit dan hampas kekacang, terutama sekali apabila diberi pada aras yang tinggi.

LEMAK
Lemak (Lipid) dan minyak, wujud secara semula jadi pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia Merupakan rezab atau tenaga simpanan yang berlebihan sesudah digunakan untuk keperluan asas dan pertumbuhan haiwan atau tumbuh-tumbuhan tersebut. Kandungan tenaga didalam didalam lipid 2.25 kaliganda jika dibandingkan dengan karbohidrat.

Rezab ini akan dikeluarkan dari simpanan dan digunakan apabila haiwan atau tumbuh-tumbuhan menghadapi kekurangan tenaga. Lemak didalam telur haiwan adalah untuk pertumbuhan janin semasa peringkat awal. Ternakan yang dipelihara dinegara sejuk membina tisu-tisu adipos (tisu lemak) sewaktu musim panas supaya "tenaga" ini dapat digunakan dalam musim sejuk apabila makanan sukar didapati.

Apabila merumus ransum, pastikan bahan makanan yang mengandungi lemak diberi pada aras rendah kerana aras yang terlalu tinggi menjadikan makanan mudah rosak dan cepat berbau tengit.

Sebahagian besar lemak dalam tisu disintesis daripada karbohaidrat yang berlebihan. Tetapi kandungan lemak yang ada dalam makanan boleh juga mempengaruhi jenis lemak yang dibina didalam badan. Jika asid lemak yang dihasilkan terdiri daripada asid lemak tak tepu, maka lemak yang terkumpul akan mengandungi asid lemak tak tepu. Ini akan menjadi daging kelihatan berminyak dan mudah menjadi busuk. bahkan makanan yang boleh menghasilkan kesan-kesan ini ialah seperti jagung, hampas sawit dan hampas kekacang, terutama sekali apabila diberi pada aras yang tinggi.

VITAMIN
Vitamin amat berguna untuk sistem penghadaman makanan yang baik, kesejahteraan kesihatan, pembesaran yang seimbang dan reproduktif. Ianya boleh di dapati samada di dalam serat (rumput) mahupun bakteria yang terdapat di dalam rumen. Namun begitu pada hari ini ianya amat mudah di dapati melalui ubat-ubatan yang boleh diberikan kepada ternakan secara terkawal.

MINERAL
Mineral atau galian adalah perlu untuk pembinaan tulang yang terdiri daripada kandungan kalsium dan fosforus. Ianya boleh di dapati di dalam bentuk blok jilatan (bersegi atau bulat). Kebiasaannya berwarna kemerahan. [ Pembekal ]

AIR
Air adalah mekanisma yang amat penting di dalam kehidupan haiwan. Ianya berfungsi untuk menambah dan mengekalkan cecair di dalam badan ternakan itu sendiri. Pada masa dahulu, penternak memberi minum kepada ternakan melalui bekas-bekas takungan seperti baldi dan sebagainya. Tetapi ianya mempunyai risiko terhadap pencemaran dan kotoran. Namun pada hari ini, kebanyakan penternak telah menggunakan "Water Nipple" yang berbentuk seperti kepala pili air. Ia lebih mudah dan selamat daripada pencemaran dan kotoran.


Monday, May 26, 2008

RM7.5 Juta Untuk Jamnapari dan Kaprima di Terengganu


TERENGGANU 26 Mei 2008 -- Kerajaan Terengganu akan menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM7.5 juta untuk projek ternakan kambing termasuk pelaksanaan projek Lembah Kambing Prime Malaysia (Kaprima). Sehubungan dengan itu, sebanyak 2,000 ekor kambing Jamnapari akan diimport tahun ini dari Asia Tenggara terutama Indonesia.

"Seramai 10 peserta akan terlibat dengan Kaprima di setiap lapan daerah di mana kira-kira 1,000 ekor kambing baka Jamnapari akan diternak" - YB Rozi Mamat


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat juga dilaporkan berkata, peruntukan sebanyak RM2 juta adalah bagi membina kilang makanan bagi ternakan kambing di Besol, Dungun.

Kilang itu sedang dalam proses pembinaan tersebut adalah untuk memproses makanan kambing yang berasaskan daun kelapa sawit dengan menggunakan teknologi dari Jerman. [Sumber Bernama]

KOMEN :

Kalau macam ni kira baguslah...di Terengganu ada peruntukan yang begitu besar. Tapi harap-harap janganlah nanti projek yang bagus ini terhenti separuh jalan.

Atau golongan penternak pula yang buat hal seperti yang banyak berlaku bilamana ada peruntukan atau sesuatu itu dapat secara mudah atau percuma, maka ada tiada kesungguhan untuk menjayakannya.

Hai...kalaulah dapat ke saya, peluang ini pasti tak akan saya lepaskan.



Sunday, May 25, 2008

Penjenamaan JPH kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar



MELAKA, Sabtu 24 Mei 2008 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan meningkatkan peranannya dalam usaha menambah pengeluaran makanan negara. Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memberi tumpuan kepada usaha memajukan projek-projek ternakan haiwan berskala besar dan industri asas tani yang mampu memberikan hasil berganda, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed, selepas merasmikan majlis pelancaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang merupakan nama baru bagi Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Keutamaan yang diberikan adalah bagi menambah pengeluaran daging lembu, kambing dan produk tenusu, di samping ternakan lain dalam negara. Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga akan mencari pendekatan baru bagi menghadapi pelbagai cabaran seperti mengatasi masalah keluasan tanah pertanian yang semakin kecil, kos pengeluaran yang tinggi dan penggunaan teknologi tinggi.

"Malaysia mengimport daging lembu bernilai RM750 juta setahun manakala daging kambing RM120 juta dan hasil tenusu RM2.2 bilion setahun" - Datuk Mustapa Mohamed

Mengenai penjenamaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mustapa berkata Jabatan itu sudah mencapai usia 120 tahun dan penjenamaan semula ini adalah satu langkah yang diambil untuk memastikan namanya melambangkan peranan jabatan dengan skop yang lebih luas.

Disamping itu juga, jabatan itu juga sedang berusaha untuk melahirkan kira-kira 1,000 usahawan industri asas tani dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Beliau seterusnya meminta semua warga jabatan itu menggembleng tenaga bagi membantu negara dalam menghadapi krisis makanan yang melanda seluruh dunia.


Friday, May 23, 2008

Perkembangan Projek Dengan EG



Projek Pembiak-Bakaan Jamnapari Tulen yang sedang saya jalankan bersama dengan EG Plantation di Felda Trolak Timur, walaupun berjalan agak perlahan sedikit, namun saya gembira apabila kesemua 28 batang tiang bagi kandang baru telah siap sedia didirikan oleh Hj Amir sewaktu melihatnya pada 21 Mei 2008 yang lalu.

Kandang baru ini berkeluasan 30'x60' bakal mempunyai sekurang-kurangnya 10 pen (petak). Setiap satu pen berkeluasan 10'x10' dapat memuatkan antara 10~12 ekor Jamnapari dewasa. Pen rawatan juga akan dibina bagi tujuan memudahkan merawat kambing yang sakit atau kambing yang sedang menanti kelahiran atau kambing yang baru melahirkan anak.

Disamping itu juga sebuah setor untuk menyimpan peralatan dan kemudahan pengurusan kandang telah hampir 40% siap. Bila dah siap nanti, bolehlah menempatkan beberapa peralatan seperti Mesin Chopper, Tong Silaj, kelengkapan ubat-ubatan dan sebagainya.


Bagi pembinaan kandang yang baru ini, kami menggunakan kayu-kayu terpakai dan yang telah "reject" kerana ianya adalah lebih baik dan tahan lama berbanding kayu yang baru bukan sahaja ianya jauh lebih mahal, malahan tidak tahan lama disebabkan belum cukup kering (matang). Kami juga berharap kos pembinaan kandang baru ini tidak melebihi RM20K atau tidak melebihi jangkaan RM12 sekaki persegi.



InsyaAllah, apabila telah siap nanti, bolehlah kami mula memasukkan Kambing Jamnapari Induk dan memulakan secara aktif Sistem Pawah Kambing. Pada masa sekarang telah ada beberapa tempahan daripada mereka yang ingin menyertai, tetapi kami terpaksa meminta mereka untuk bersabar sehingga selewat-lewatnya bulan Ogos 2008 nanti.

Kami juga di dalam proses akhir untuk menyiapkan program Sistem Pawah Kambing Jamnapari ini dengan kos yang berpatutan sebanyak RM10,000 sahaja dengan pulangan yang amat menarik selama 2 tahun.

Pada masa yang saya telah menyiapkan satu Kertas Cadangan Sistem Pawah dan telahpun diserahkan kepada pihak bank untuk kelulusan bagi mendapatkan pembiayaan kepada peserta Sistem Pawah EG Plantation yang layak. Pada hari yang sama wakil pihak bank sendiri telahpun mengadakan lawatan ke Ladang Ternakan EG Plantation untuk meninjau lokasi ladang dan kemudahan yang akan disediakan nanti.




Saturday, May 17, 2008

1,000 Usahawan Setahun



Temerloh, 17 Mei 2008 - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD ) mensasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan setahun melalui program kursus usahawan hujung minggu yang akan diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah berkata program itu mensasarkan pelajar dan penduduk setempat yang berminat untuk menjadi usahawan.


"Pelaksanaannya sedang diteliti kedua-dua kementerian dan InsyaAllah akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kaedah pelaksanaannya akan diumumkan nanti" - Dato' Saifuddin Abdullah


Saifuddin berkata kementeriannya akan menyediakan peruntukan bagi melaksanakan program itu manakala Kementerian Pelajaran menyediakan tempat dan tenaga pengajar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Jaya, Temerloh, Pahang Darul Makmur

"Kita yakin melalui program itu akan dapat melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 usahawan terlatih dalam pelbagai bidang kemahiran yang boleh memenuhi pelbagai peluang pekerjaan ataupun perniagaan," katanya.
>> Selanjutnya

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama :
Telefon :
E-mail :
Web/Blog :
Usahawan : Kambing Lembu Kerbau
Unggas (Ayam,burung dll..)
Lintah Ikan
Pertanian
Lain-Lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.