
Namun tahukah kita bahawa bahan bahan buangan ini akan mendatangkan hasil dan pulangan yang kalau tidak banyakpun, sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit kos makanan ternakan kambing kita sepertimana penghasilan tinja yang dahulunya langsung tidak diambil peduli oleh penternak untuk dijadikan sebagai baja kompos yang bermutu tinggi.
Begitu juga dengan kulit kambing yang mana daripadanya dapat menghasilkan alat-alat muzik seperti kompang, rebana, beduk dan lain-lainnya. Malahan kita ini pembuatan peralatan ini banyak dipelopori oleh masyarakat Melayu di negara kita seperti Perusahaan Kompang Baki Abdullah , Perusahaan Kompang & Jidor Mokhtar
Selain daripada itu, kulit kambing juga turut digunakan untuk membuat pelbagai aksesori yang selalu kita gunakan seperti kasut , tas tangan, beg-duit, jaket dan sebagainya. Kulit kambing juga mempunyai ketahanan yang baik dan setidak-tidaknya dapat mengelakkan kita daripada menggunakan barangan daripada kulit haiwan yang dilarang oleh agama.
Malahan pada zaman dahulu, kulit kambing juga turut digunakan untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran dan di dalam kegunaan untuk pembelajaran (buku). Ianya banyak digunakan oleh kesultanan pada zaman dahulu untuk upacara perlantikan, watikah dan utusan raja. Malahan pada pertabalan DYM Sultan Mirzan pada 2007 yang lalu, kulit kambing turut digunakan sebagai watikah pertabalan serta surat jemputan kepada raja-raja dan sultan-sultan di negara kita.
Oleh yang demikian, sekiranya kita mempergunakan dengan baiknya segala hasil-hasil ternakan kambing ini, pasti ianya akan mendatangkan pulangan yang lumayan di dalam industri ternakan kambing. InsyaAllah.

















Menurut En. Nordin bin Mat (Perfect Agro) yang merupakan salah seorang usahawan yang dipertanggungjawabkan dalam acara lelongan tersebut, jumlah ternakan yang diperuntukkan untuk sessi lelongan pada kali ini adalah agak terhad walaupun pameran tersebut berlangsung selama 2 minggu, maka penternak/usahawan yang berminat untuk menyertai acara lelongan ini bolehlah menghubungi 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed berkata, selain pemberian tersebut difokuskan kepada pengusaha dan penternak kecil, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan bekalan bahan makanan rakyat menerusi Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke ladang penternakan kambing Boer 



kaedah ini banyak dipraktikkan di negara kita yang mana pengusaha ternakan tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menyediakan padang ragut. Kawasan yang ada hanya mencukupi untuk tanaman rumput Napier atau Guinea yang akan dipotong dan diberikan kepada kambing di dalam kandang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, langkah itu juga bertujuan meningkatkan pengeluaran ternakan itu di negeri ini. Katanya, pada masa ini pusat yang mengumpul air mani, memproses dan menghasilkan kambing baka untuk penternak tempatan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri di Kampung Jenang, Marang.




Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris berkata negara ketika ini mengimport kira-kira 250,000 tan metrik daging lembu bagi menampung keperluan permintaan yang mencecah 300,000 tan metrik setahun. Dengan adanya lebih banyak kajian dan penyelidikan, stesen terbabit dijangka akan menghasilkan baka jantan sebanyak 100 ekor pada 2010 berbanding 30 ekor sekarang dengan nisbah untuk tujuan pembiakan ialah seekor lembu jantan bagi 25 lembu betina.






TEMERLOH 17 Julai 2008 - Penduduk Kampung Kemuning, Lanchang dekat ini mendakwa tanah perkuburan lama seluas kira-kira enam hektar di kampung itu diluluskan untuk dimajukan dengan projek pertanian. Penduduk mendakwa bahawa Pejabat Tanah Daerah Temerloh telah memberikan kelulusan tanah lesen pendudukan sementara (TOL) seluas 50 ekar termasuk tanah perkuburan berkenaan kepada individu tertentu bagi mengusahakan projek pertanian terbabit.
Sejak 4 Julai 2008 yang lalu saya mengalami gangguan pada sambungan Streamyx yang asyik putus-putus sejak modem terdahulu (Riger) yang dibekalkan oleh TMnet telah terkena kilat pada 5 Mei 2008 lalu yang menyebabkan ianya mengalami kerosakan. Kemudian pihak TMnet telah menggantikanya dengan modem lain berjenama Billion. Pada peringkat awal penggunaanya, saya tidak menghadapi, tetapi ianya semakin hari semakin melembabkan akses saya ke talian internet.


Timbalan Presiden Kanan HICSB, Dr Rashid Tang Abdullah berkata, syarikatnya mensasarkan untuk memenuhi keperluan permintaan daging negara di dalam masa 2 tahun yang akan datang, pengimportan lembu dari China dan mengujudkan lebih banyak rumah-rumah sembelihan yang baru. Untuk itu HCISB berharap dapat melatih 3,640 Usahawan menjelang Oktober 2009 yang melibatkan 7 program bersepadu ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk menceburi industri lembu ini. Diantara program-program yang telah ditawarkan adalah :-




ALOR GAJAH 2 Julai - Semua penternak lembu dan kerbau yang berada di dalam kawasan pentadbiran
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tuan Haji Baharom Bin Majid berkata, arahan tersebut bagaimana pun hanya diwajibkan kepada mereka yang menternak lebih daripada enam ekor lembu atau kerbau. Adalah diharap tindakan ini akan dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan ternakan yang dibiar berkeliaran di sekitar Alor Gajah. Sebelum ini, MPAG hanya mengeluarkan kompaun RM250 untuk seekor lembu yang dijumpai berkeliaran dan penternak dikehendaki membayar jumlah kompaun tersebut jika ingin mengambilnya semula.












