
Pada 31 Ogos 2008 saya mengambil kesempatan perjalanan pulang dari kampung di Alor Gajah ke Puchong Selangor untuk mengunjungi Ladang Ternakan De Utama Farm yang terletak di Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka. Kunjungan saya disambut oleh Sdri Zalila bersama rakan kongsinya Sdr Mahathir yang mengusahakan ternakan kambing sejak lebih 1 tahun yang lalu.
Menurut Sdr Mahathir, beliau amat bertuah dan bersyukur kerana kambing Jamnapari beliau yang bunting kali kedua telah melahirkan 5 ekor anak yang sihat. Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan kerana amat jarang sekali seseekor kambing Jamnapari melahirkan 5 ekor anak dalam satu-satu masa. Malahan beliau yang mendapat pendidikan dari IHK Kluang ini telah melakukan beberapa langkah dan kaedah yang baik kearah memajukan industri ternakan kambing.Biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kenaikan harga makanan ternakan, networking dan sebagainya, kegigihan kedua-dua usahawan muda ini harus dipuji dan diberikan perangsang agar industri ternakan kambing di negara kita bertambah maju.
Mereka yang juga telah mendaftarkan keahlian di dalam PPKM semasa pameran MAHA2008 yang lalu banyak memberikan idea dan pandangan yang baik untuk dilakukan oleh PPKM bagi menjamin kebaikan ahli di dalam PPKM.








Kemudian mereka berdua telah membawa saya ke satu lagi ladang ternakan kambing yang terletak di Air Tanai, Air Paabas, Alor Gajah Melaka yang di miliki seorang lagi usahawan. Namun saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan pemiliknya yang tiada di ladang ternakan tersebut.




Kunjungan ketiga saya adalah di Berjaya Goat Farm yang terletak di Kampong Mampong Hilir, Rembau , Negeri Sembilan. Kedatangan saya disambut oleh Sdr Shah Rull, Che Mat dan juga Ayahnya. Ladang ternakan mereka yang terletak di tepi jalan besar dan mula beroperasi pada Januari 2008 yang lalu telahpun mendatangkan hasil apabila beberapa ekor anak Jamnapari tulen telahpun dilahirkan di dalam kandang tersebut.
Tahniah kepada mereka bertiga yang telahpun mula memasarkan susu kambing Jamnapari dan saya diberitahu bahawa sambutannya amat menggalakkan. Mereka juga bercadang untuk mempelbagaikan jenis kambing seperti kambing Boer.
Walaubagaimanapun, seperti penternak kambing yang lain, harga makanan seperti pellet tetap menjadi masalah yang utama bagi penternak di negara kita. InsyaAllah, semua maklumat penternak ini akan dikumpulkan dan akan dibawa kepada PPKM untuk sama-sama berusaha mengatasinya.
























Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat memberitahu, banyak program seumpama itu dijalankan di kawasan Felda. Ia dijalankan melalui projek khas yang dipanggil Kawasan Tumpuan Sasaran (TAC) dan telah menempatkan seorang pegawai khas untuk membangunkan penternakan di Felda. Kawasan di daerah Jempol juga telah dipilih kerana ia berpotensi dimajukan sebagai kawasan pengeluaran makanan. Bagaimanapun selain kesesuaian kawasan, usia tanaman kelapa sawit dan hak milik tanah perlu juga diambil kira dalam memastikan aktiviti penternakan itu dapat dijalankan tanpa gangguan.
Saya berpeluang mendengar taklimat daripada 






Terkejut juga saya dibuatnya kerana Dewan Pameran kesemuanya berhawa dingin tidak seperti MAHA2006 yang lalu. Malahan booth yang disediakan amat banyak yang memberi ruang dan peluang kepada usahawan mempamerkan hasil produk masing-masing dan membuat jualan terutamanya di bahagian Agro-bazaar. Tapi harga yang ditawarkan lebih kurang sama dengan yang dijual diluar MAHA. Sepatutnya, sempena MAHA dan kuantiti jualan juga lebih banyak, maka sepatutnya harga yang dijual lebih rendah lagi. tetapi saya dimaklumkan bahawa peserta pameran dikenakan bayaran sewaan, tidak seperti di bahagian ternakan (di bawah JPV).













MAHA 2008 kali ini telah menemukan saya kepada sahabat yang telah lama terpisah sejak kami sama-sama menuntut di UTM Jalan Semarak pada 1986 yang lalu. 22 tahun terpisah, kali ini ditemukan di MAHA2008 ketika saya secara kebetulan melawat booth beliau. Sudahlah begitu, isterinya juga pernah bekerja di tempat saya bekerja sekarang dan saya memang mengenali isteri beliau yang bekerja di bahagian Finance. Dan yang menariknya. kami sama-sama membeli rumah di Selangor yang sekarang ini telah 



























