IKLAN PENTERNAKAN


Contoh Kertas Kerja
Anda menghadapi masalah untuk membuat kertas kerja? Dapatkan contoh secara PERCUMA
1. Kertas Kerja
2. Rancangan Perniagaan
3. Rekod Ternakan
Sila muat-turun disini

INFO PILIHAN

Baka : Jamnapari (PE)
Induk : Bunting kali ke-2
Anak : 5 ekor
Ladang : De Utama Farm
Lokasi : Alor Gajah, Melaka.
Pemilik : Zalila & Mahathir
Maklumat lanjut, klik disini

MAKLUMAN SEMASA

Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 4 Ogos 2008
Masa : 8:00 pg ~ 5:00 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini

Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Skim : Belia Niaga dan Belia Tani
Maklumat lanjut klik disini


Pembiayaan Mudah
TEKUN Ternak

Jumlah Pinjaman : RM500~RM50,000
Pembayaran balik : 5 tahun
Maklumat lanjut klik disini


Pinjaman Tabung Ekonomi Belia
Pinjaman : RM5K~RM50K
Tarikh : 2 Jun 2008
Masa : 8 pg ~ 5 ptg
Tempat : Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya
Maklumat lanjut klik disini


Peluang Niaga
Membekal Tinja
Agros Proline memerlukan bekalan tinja untuk dibekalkan kepada rangkaian AGROS di Kapar, Klang, Selangor.
Maklumat lanjut klik disini



Program Gerak Usahawan 2008 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersama Majlis Pembangunan Usahawan Daerah NEGERI PERLIS
Tarikh: 25~26 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Negeri Perlis
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pejabat Daerah&Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat lanjut, klik Jadual
********************************
ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Masa: (Seperti Jadual)
Lokasi: Pantai Hiburan Rompin,Pahang
Maklumat lanjut, klik Jadual


Tarikh: 11 ~ 23 Ogos 2008
Masuk: 10:00 pg ~ 7:00 mlm
Lokasi: Serdang, Selangor
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini


CEPAT!!!!! TAWARAN ISTIMEWA kepada penternak dan pengusaha ternakan kambing untuk mengambil bahagian di dalam Lelongan Baka Kambing di Pameran MAHA 2008. Penternak BOLEH menentukan sendiri harga kambing yang ingin dilelong.

Tarikh: 11 ~20 Ogos 2008
Masa: 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan: Ditetapkan sendiri oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan: RM17.50/kambing
Maklumat lanjut, sila klik disini

KURSUS KAMBING-LEMBU

Kursus Ternak Kambing
Aliff Agrotech
Tarikh: Cuti Sekolah
Lokasi: Resort Hutan Lipur Sekayu, Trengganu
Bayaran: RM300.00
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
PUGM
Tarikh: 14~17 Nov 2008
Lokasi: Muar, Johor
Bayaran: -
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternak Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 04~09 Nov 2008
Lokasi: Meru, Klang, Sel.
Bayaran: RM700/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Kambing Jamnapari
U Keng farming Sdn Bhd
Tarikh: 13~15 Okt 2008
Lokasi: Yong Peng, JOHOR
Bayaran: RM780/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknologi Ternak Kambing
Ladang Infoternak Perak
Tarikh: 12~16 May 2008
Tarikh: 14~18 Jul 2008
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Tarikh: 01~05 Dis 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknikal Lembu Pedaging
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 20~24 Okt 2008
Tarikh: 03~07 Nov 200
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Proses Makanan Ternakan
MARDI
Tarikh: 20~23 Okt 2008
Lokasi: Serdang, Selangor
Bayaran: RM910/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pengurusan Kambing-Bebiri
Institut Haiwan Kluang
Tarikh: 13~17 Okt 2008
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Integrasi Agro-Kambing
Rumpun Tani Enterprise
Tarikh: 23 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Sri M'sia,Alor Star,Kedah
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
PUGM
Tarikh: 15~18 Ogos 2008
Lokasi: PUGM Farm, Pagoh,Muar,Johor
Bayaran: RM20(ahli)+RM50(Kursus)
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Lembu
Safaworld Resources
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Proses Makanan Ternakan
Integrated Farm
Tarikh: 6~8 Ogos 2008
Lokasi: Hotel Nilai,NS
Bayaran: RM20/=
Hubungi: 019-2272127
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Open Mind Training & Services
Tarikh: 27 Julai 2008
Lokasi: UKM, Bangi Selangor.
Bayaran: RM30/=
Hubungi En. Zul 013-912 6989
*********************************
Kursus Integrasi Agro
Rumpun Tani Enterprise
Kursus: Kambing,Jagung,Baja Cacing
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: Hotel Seri M'sia,Alor Star
Bayaran: RM280/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Teknik Ternakan Kambing
Safaworld Resources
Tarikh: 26 Julai 2008
Lokasi: JPV SS15,Shah Alam
Bayaran: RM200/=
Hubungi 016-758 3974
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan Graduan Teknik
Tarikh: 18~21 Julai 2008
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor.
Bayaran: RM80/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Boer
Boer Best Group
Tarikh: 19~20 Julai '08
Lokasi: Hotel De Palma Kuala Selangor, SELANGOR
Bayaran: RM1,500/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Lembu
Institut Usahawan Bumiputera
Tarikh: 11~16 Julai 2008
Lokasi: Selangor.
Bayaran: RM150/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Anjuran PPUM
Makanan Ikan: 14Jun08
Cacing Kompos: 21Jun08
Kambing Pedaging: 22Jun08
Lembu Fidlot: 05Jul08
Lintah: 12Jul08
Ikan Dalam Kanvas: 19Jul08
Ayam Pedaging: 26Jul08
Cacing Kompos: 02Aug08
Makanan Ternakan: 03Aug08
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Lembu Pedaging
MARDI
Tarikh: 30Jun~3Jul 08
Lokasi: Kluang, Johor
Bayaran: RM975/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Persatuan usahawan Graduan Malaysia
Tarikh: 27~30 Jun 08
Lokasi: Sijangkang,Selangor
Bayaran: RM50/=
Daftar sebagai ahli RM20/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kursus Ternakan Kambing
Teguh Ternak Sdn Bhd
Tarikh: 24~29 Jun 08
Lokasi: Meru, Kelang,Selangor
Bayaran: RM600/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Bengkel Usahawan Kambing
Perfect Agro Sdn Bhd
Tarikh: 14~15 Jun 08
Lokasi: Banghuris Homestay, Sepang,Selangor
Bayaran: RM250/=
Maklumat lanjut, klik disini

KURSUS TERNAKAN LAIN

Ikan Siakap & Ketutu
SNH Agro
Tarikh: 23~24 Ogos 2008
Lokasi: Demong Beach Rst,Trengganu
Bayaran: RM350/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Cacing Kompos
AZR Agro Centre
Tarikh: 9 Ogos 2008
Lokasi: Prescott Hotel, Klang, Selangor
Bayaran: RM450/=
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Ternakan Lintah
APEEC
Tarikh: 2 Ogos 2008
Lokasi: UPM,Serdang,Selangor
Bayaran: RM400/=
Maklumat lanjut, klik disini

EXPO AGRO

Ekspo Industri Asas Tani NS 2008
FAMA Negeri Sembilan
Tarikh: 1~3 Ogos 2008
Lokasi: Pasar Tani Mega Ampangan
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Promosi Jualan Buah-buahan
Agrobazaar
Tarikh: 23~27 Julai 2008
Lokasi: Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

TAHUKAH ANDA?


Skim: Skim Pinjaman Ternakan
Ternakan: Lembu, Kerbau, Kambing dan Bebiri
Jenis: Baka dan Induk
Tempoh: 2 Tahun (percuma)
Borang: Muaturun
Maklumat lanjut, klik disini

INFO PEMBIAK-BAKAAN


Linebreeding - Pembiakan diantara subspesis yang sama. Contohnya Jamnapari dengan Jamnapari
Cross Breeding - Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan Saanen
Inbreeding - Pembiakan di dalam keluarga yang sama. Contohnya Pejantan dengan anak betinanya atau diantara adik-beradik (tak disarankan)

PAIP MINUMAN (NIPPLE DRINKER)


- Memudahkan kambing minum air.
- Lebih selesa dan dapat air bersih.
- Air akan keluar apabila kambing mengetip paip tersebut dgn mulut.
- Bentuk adalah standard.
- Harga lingkungan RM 17/=

INFO PELLET BIOPALMA FELDA


BioPalma adalah sejenis makanan haiwan ternakan ruminan seperti kambing dan lembu yang berbentuk pellet.
Pengeluar: Felda Farm Product Sdn Bhd
Lokasi: Serting, Negeri Sembilan.
Bahan Asas: PKE - Palm Kernel Expeller @ Dedak Isirong Kelapa Sawit.
Bahan Lain: Polad Gandum,Jagung,Mil Kacang Soya,Starbio,Mineral & Vitamin.
Cara Guna: Sedia diberi terus kepada haiwan ternakan ruminan/kambing.
Kesesuaian: Umur 3 bulan ke atas.
Harga: Call 019-2262125 - Prof.
Spesifikasi Nutrien (Feeds):-

Protein: 15% (min)
Kelembapan: 11% (max)
Lemak: 6% (max)
Kalsium: 7g/kg (min)
Fosferus/Phosphorus: 5g/kg (min)
Tenaga: 11MJ/kg (min)

GARAM JILAT (MINERAL BLOCK)


- Mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kambing.
- Digantung di dlm pen(kandang).
- Pelbagai saiz & bentuk.
- Harga dari RM10~ RM40.

EFFECTIVE MICRO-ORGANISMS (EM)


Agen: Bakteria Baik (Pro-Biotik)
Fungsi: Kultur tunggal atau campuran dari mikro-organisma hidup yang berpengaruh baik untuk merencatkan pertumbuhan bakteria jahat
Cara: Semburan dan Minuman
Harga: RM25 seliter
Maklumat lanjut, klik disini

JALAN-JALAN

PIKOM PC Fair(II) 2008
Tarikh: 1 Ogos~14 Sept '08
Masa: 11:00pg~9:00mlm
Lokasi: Seluruh Negara
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Kempen Daftar Syarikat
Tarikh: 10~25 Jun 08
Masa: 9:00pg~3:00ptg
Lokasi: Melaka
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Senibina Haiwan
Tarikh: 29 Apr~29 Jul 08
Masa: 9:30pg~5:30ptg (kecuali Isnin)
Lokasi: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini
*********************************
Pameran Pengantin 2008
Tarikh: 4~6 Jul 08
Lokasi: Mid Valley
Masa: 11pg~9mlm
Masuk: Percuma
Maklumat lanjut, klik disini

BANK USAHAWAN

AKHBAR ANTARABANGSA

INFO IT

BICARA AGAMA

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.


IKLAN PENTERNAKAN KAMBING

Friday, August 15, 2008

Kunjungan ke MAHA 2008

Hari ke-empat 14 Ogos 2008 saya mengunjungi MAHA 2008 di bahagian ternakan (livestock) pada lewat petang. Suasana agak lengang sedikit memandangkan ianya adalah hari bekerja. Mungkin ramai yang berkira-kira untuk melawat pada hari cuti hujung minggu, tambahan pula anak-anak yang bersekolah telahpun mula bercuti dari Sabtu 16 Ogos 2008 nanti.

MAHA2008 kali ini lebih bersih dan tersusun dengan banyak kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan. Kalau pada 2006 yang lalu, keadaan agak bersesak-sesak dan booth terlalu hampir antara satu sama lain. Tapi kali ini ianya tersusun kemas.

Rata-rata saya merasai, MAHA 2008 ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan oleh pihak penganjur. Namun ramai pengunjung bersunggut terutamanya harga barangan makanan yang agak mahal, contohnya burger kosong berharga RM2/= (tak tau la saya kalau itulah harganya, sebab dah lama tak makan burger), air minuman RM1.50. Dan yang tak seronoknya bayaran letak kereta sebanyak RM5.00 sekali masuk (mahal tu...).

Walaubagaimanapun, hari ini saya tak kena parking sebab saya terlibat dengan urusan pendaftaran persatuan
.













Sunday, August 10, 2008

Daftar Ahli Persatuan Penternak Kambing Malaysia


Kempen Pendaftaran Keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) sedang giat dijalankan sempena dengan pameran MAHA2008 di Serdang, Selangor. Persiapan telah dimulakan dengan menggunakan Booth Agro Sdn Bhd sebagai tempat untuk mendaftar keahlian di dalam persatuan ini.

Alhamdulillah, sambutan daripada penternak amat menggalakkan dengan disusuli perbincangan secara tidak rasmi dengan pegawai daripada kementerian yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) seperti Pengarahnya iaitu Dr
Abu Hassan b Mohammad Ali yang menggalakkan agar persatuan ini disegerakan untuk membangunkan industri ternakan kambing.

Ketua Pengarah JPV, Dato' Dr Abd. Aziz Jamaluddin yang ditemui semasa beliau melawat tapak pameran mendapat respond yang baik dan beliau juga akan memberikan sokongan ke arah memantapkan lagi fungsi persatuan untuk membantu penternak dan usahawan ternakan kambing di negara kita.

Marilah kita beramai-ramai mengisi borang keahlian yang disediakan di pameran tersebut. Kaunter penerangan juga disediakan untuk mendapat makluman dan cadangan daripada semua penternak kambing. Saya juga berkesempatan untuk berbual dengan Bob Jutawantani yang juga ada mengambil bahagian di dalam MAHA2008 ini. InsyaAllah, kita perlu teruskan usaha untuk membolehkan usahawan ternakan kambing mendapat faedah yang terbaik. Selanjutnya ...



Thursday, August 7, 2008

Kandang Kambing


Perumahan atau kandang untuk penempatan kambing adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di negara kita. Ini adalah kerana keadaan keadaan cuaca seperti hujan dan panas terik menyebabkan kambing-kambing perlukan tempat perlindungan.

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
  1. Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
  2. Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  3. Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  4. Tidak terkena angin yang kencang
  5. Terpelihara dari hujan dan panas
  6. Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  7. Ruang makan dan minum mencukupi
  8. Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.
KETINGGIAN/ARAS KANDANG
Aras/ketinggian sesebuah kandang adalah amat penting sekiranya mendirikan kandang bertingkat. Tinggi yang lebih ideal adalah 5~6 kaki daripda tapak kandang. Ini adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja mudah dilakukan.

Tiang kandang hendaklah diperbuat daripada binaan yang kuku seperti konkrit kerana ianya tahan lebih lama berbanding dengan tiang kayu yang mudah reput.



KELUASAN PETAK (PEN)
Dalam pemeliharaan 10 ekor kambing di dalam satu-satu petak, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 100 kaki persegi. Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.



LANTAI
Lantai hendaklah diperbuat daripada kayu yang sesuai seperti beroti yang berukuran 0.5~1 inci (tebal) dan 1.5 ~ 2 inci (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Ini memudahkan kencing dan najis kambing jatuh ke bawah. Kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 0.5 inci tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit). Luas kawasan lantai yang ideal untuk satu pen bagi 10 ekor kambing dewasa ialah 100 kaki persegi.

Diantara perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan sebelum membuat lantai kandang adalah seperti berikut :-
  1. Tahan lama - contohnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  2. Mudah dicuci
  3. Tidak licin yang menyebabkan tergelincir
  4. Tidak mencederakan (tersepit kaki)
  5. Tidak mudah lembab
Selain daripada itu, beroti tambahan boleh diletakkan diantara celahan lantai (kedudukan di atas gelegar lantai) bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan lantai kandang. Ini adalah kerana kotoran seperti najis kambing atau sisa-sisa makanan tidak akan tersangkut pada celah lantai tersebut.



DINDING
Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.

Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:-
  • Dari lantai sehingga kira-kira 4 kaki ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 0.5~1 inci yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 3~5 inci.



BUMBUNG/ATAP KANDANG
Bumbung/Atap kandang jenis Double Roofing (Bertingkat) dicadangkan bagi memastikan sistem pengudaraan yang lebih baik. Ini terutamanya ketika cuaca panas pada waktu siang. Udara panas akan lebih mudah beredar keluar dari dalam kandang melalui Double Roofing (udara panas akan naik ke atas) berbanding dengan bumbung yang tertutup menyebabkan suhu di dalam kandang menjadi panas hingga memudaratkan kesihatan kambing.

Selain daripada itu, berbagai jenis bumbung rekaan lain seperti pisang sesikat, bersilang dan tetingkap boleh digunakan bergantung kepada keadaan persekitaran dan kos yang dilaburkan.

Ketinggian lantai dengan alang hendaklah sekurang-kurangnya 8 kaki (2 meter) bagi mendapatkan keselesaan dan peredaran udara lebih lancar di dalam kandang.

Diantara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat bumbung termasuklah:
  1. Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
  2. Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
  3. Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
  4. Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.



PALUNG MAKANAN
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Sebaiknya gunakan palung selinder yang dibelah dua bersaiz 1 kaki. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 1.5 kaki dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.



AIR MINUMAN
Penyediaan air minuman adalah satu kemestian untuk kegunaan kambing minum. Cara lama yang digunakan adalah dengan meletakkan air di dalam sebuah bekas seperti baldi dan perlu ditukar setiap kali memberi kambing minum. Cara ini kurang praktikal dan kadang-kala akan menyebabkan masalah kesihatan kepada kambing apabila air yang digunakan tercemar oleh kekotoran.

Pada masa sekarang penternak lebih gemar menggunakan paip minuman khas yang lebih bersih dan dapat menjimatkan penggunaan air. Sebuah tangki berisi air diletakkan di dalam kandang dan disalurkan kesetiap petak/pen dengan menggunakan saluran paip pvc dan diletakkan paip minuman bagi setiap petak/pen.





Sunday, August 3, 2008

Penyeludupan 250 Ekor Kambing


Kelantan, 3 Ogos 2008 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan dua orang lelaki untuk menyeludup masuk ke Malaysia 250 ekor kambing bernilai kira-kira RM125,000 di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, Kelantan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion Sembilan Supt Kamaruddin Yusof berkata rampasan berkenaan dibuat kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah kandang dengan sebahagian kambing-kambing jenis Anglo Cross itu dimuatkan dalam sebuah lori. Adalah dipercayai kambing-kambing berkenaan diseludup dari negara jiran dan ditempatkan di kandang tersebut dan untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.

"Kambing berkenaan dibeli dengan harga RM500 seekor manakala harga jualannya lebih tinggi menjadikannya tarikan kepada para penyeludup" - Supt Kamaruddin Yusof


Kamaruddin berkata kedua-dua lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu dipercayai sekadar mengambil upah untuk membawa kambing berkenaan ke lokasi yang ditetapkan. Serbuan ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Veterinar Kelantan dan kedua-dua lelaki dan semua kambing yang dirampas akan diserahkan kepada jabatan itu untuk tindakan lanjut. Sumber - Bernama

Berhati-hatilah ketika membeli kambing untuk dijadikan baka atau induk daripada individu-individu yang menjalankan perniagaan secara tidak sah disisi undang-undang ini walaupun harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada pasaran yang sebenar. Apa yang dikhuatirkan adalah kita akan turut sama disabitkan dengan kesalahan bersubahat.


Wednesday, July 30, 2008

Kulit Kambing


Kulit kambing merupakan sisa yang seringkali menjadi buangan semua penternak yang menjalankan perkhidmatan menyembelih di ladang-ladang ternakan. Ini adalah kerana bilangan ternakan yang disembelih adalah agak kecil, maka ianya seringkali tidak dipedulikan oleh kita semua.

Namun tahukah kita bahawa bahan bahan buangan ini akan mendatangkan hasil dan pulangan yang kalau tidak banyakpun, sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit kos makanan ternakan kambing kita sepertimana penghasilan tinja yang dahulunya langsung tidak diambil peduli oleh penternak untuk dijadikan sebagai baja kompos yang bermutu tinggi.

Begitu juga dengan kulit kambing yang mana daripadanya dapat menghasilkan alat-alat muzik seperti kompang, rebana, beduk dan lain-lainnya. Malahan kita ini pembuatan peralatan ini banyak dipelopori oleh masyarakat Melayu di negara kita seperti Perusahaan Kompang Baki Abdullah , Perusahaan Kompang & Jidor Mokhtar

Selain daripada itu, kulit kambing juga turut digunakan untuk membuat pelbagai aksesori yang selalu kita gunakan seperti kasut , tas tangan, beg-duit, jaket dan sebagainya. Kulit kambing juga mempunyai ketahanan yang baik dan setidak-tidaknya dapat mengelakkan kita daripada menggunakan barangan daripada kulit haiwan yang dilarang oleh agama.

Malahan pada zaman dahulu, kulit kambing juga turut digunakan untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran dan di dalam kegunaan untuk pembelajaran (buku). Ianya banyak digunakan oleh kesultanan pada zaman dahulu untuk upacara perlantikan, watikah dan utusan raja. Malahan pada pertabalan DYM Sultan Mirzan pada 2007 yang lalu, kulit kambing turut digunakan sebagai watikah pertabalan serta surat jemputan kepada raja-raja dan sultan-sultan di negara kita.



Oleh yang demikian, sekiranya kita mempergunakan dengan baiknya segala hasil-hasil ternakan kambing ini, pasti ianya akan mendatangkan pulangan yang lumayan di dalam industri ternakan kambing. InsyaAllah.


Tuesday, July 29, 2008

MAHA 2008 - Tawaran Acara Lelongan Baka Kambing



TAWARAN...TAWARAN...TAWARAN ISTIMEWA...MAHA 2008
Perfect Agro Sdn Bhd
melalui usahasama diantara Tropical Camel Ranches Sdn Bhd dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menawarkan kepada semua penternak dan pengusaha ternakan kambing di negara ini untuk mengambil bahagian di dalam LELONGAN BAKA TERNAKAN KAMBING sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA 2008 yang akan berlangsung pada 11~23 Ogos 2008 ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Mardi, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Acara lelongan ini diharapkan dapat membantu usahawan ternakan kambing untuk memasarkan ternakan mereka disamping mempromosikan ternakan dan ladang ternakan yang diusahakan oleh penternak ke peringkat nasional. Konsep Lelongan Mobile juga akan diperkenalkan nanti dan dijangka akan dapat memberikan suntikan yang baru kepada usahawan dalam melebarkan lagi konsep pemasaran ternakan mereka.

Maklumat aturcara lelongan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 11 ~20 Ogos 2008
Masa : 2:00 ptg ~ 2.45 ptg setiap hari.
Harga lelongan : Ditetapkan oleh penternak/usahawan
Yuran lelongan : RM17.50 seekor kambing

Penternak yang berjaya menyertai acara lelongan ini dikehendaki memastikan ternakan yang hendak dilelong tersebut sampai kepada Urusetia Lelongan pada malam sebelum hari lelongan yang dijadualkan. Ini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan upacara melelong ternakan kambing pada keesokan harinya.

Menurut En. Nordin bin Mat (Perfect Agro) yang merupakan salah seorang usahawan yang dipertanggungjawabkan dalam acara lelongan tersebut, jumlah ternakan yang diperuntukkan untuk sessi lelongan pada kali ini adalah agak terhad walaupun pameran tersebut berlangsung selama 2 minggu, maka penternak/usahawan yang berminat untuk menyertai acara lelongan ini bolehlah menghubungi Perfect Agro Sdn Bhd dengan seberapa SEGERA untuk tempahan. Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat terus kepada :-

1. En. Nordin : 012-379 1239
2. En. Pian : 017-872 5716

Ayuh usahawan semua, bila lagi nak promosikan Baka Kambing tuan-tuan? Jamnapari, Boer, Kalahari, atau apa saja baka kambing. Manalah tau, kat kandang boleh jual setakat RM3,500 aje, tapi kat MAHA 2008 nanti harganya mencecah RM35,000...tak ke rezeki tu? Boleh jugak buat modal besarkan kandang atau beli lagi banyak baka yang lain...

Penternak yang tidak menyertai acara lelongan dijemput hadir sama untuk memeriahkan lagi acara lelongan. Dalam MAHA 2006 yang lalu, kita telah menyaksikan kepetahan pakar lelong dari JPV Pahang, Mohd Khairuddin Ismail, menggamatkan suasana dengan tarikan khusus kepada baka Jamnapari yang menggamit pembida untuk menawarkan harga yang cukup tinggi. Bagaimana dengan MAHA 2008 ini nanti setelah 2 tahun berlalu? Pastinya ia akan lebih menarik. JOM kita ke MAHA 2008....

Maklumat:-
Perfect Agro Sdn Bhd
Tropical Camel Ranchers Sdn Bhd
MAHA 2006: RezQ Resources dan Tropical Camel Ranches


Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama :
Telefon :
E-mail :
Web/Blog :
Usahawan : Kambing Lembu Kerbau
Unggas (Ayam,burung dll..)
Lintah Ikan
Pertanian
Lain-Lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.