Saya berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Ladang Ternakan Cemerlang Tani Sdn Bhd (CTSB) pada Sabtu lalu 28 Jun 2008 yang terletak di Kota Tinggi Johor. Secara kebetulan adik ke-7 saya melangsungkan pertunangan pada hari tersebut di kawasan yang sama di mana terletaknya Ladang Ternakan CTSB. Selepas majlis pertunangan tersebut, saya dan rombongan ahli keluarga telah mengunjungi Kandang Pertama CTSB.
Kedatangan saya bersama ahli keluarga telah disambut mesra oleh Cik Liyana yang telah agak lama menunggu kedatangan saya ada hari tersebut. Maaf la yea..Cik Liyana, kerana agak lewat tiba memandangkan majlis pertunangan tersebut agak panjang. Sempatlah juga saya berbincang perkara-perkara yang bersangkutan dengan penternakan kambing di CTSB ini.
Kesemua ahli keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk melihat-lihat kambing milik CTSB yang mempunyai 2 buah kandang penempatan kambing untuk tujuan penjualan kepada pembeli. Saya tidak berkesempatan untuk melawat kandang baru CTSB kerana kesuntukan masa.
Pujian harus diberikan kepada CTSB kerana dari pengamatan saya, kandang milik CTSB ini bersih, kering dan ketinggian kandang menepati konsep penternakan komersial. Malahan keadaan fizikal kambing-kambing CTSB adalah bersih dan sihat. Tak rugi kalau membeli baka dari CTSB ni....Tahniah
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Cik Liyana dan pengurusan CTSB kerana usaha-usaha yang dijalankan di dalam meniti kejayaan sebagai usahawan Ternakan Kambing di Johor ini. Semoga maju jaya di masa hadapan.