Kata orang menceburi bidang keusahawanan pada masa kini bukan sahaja memerlukan modal kewangan malahan ianya mengajar kita erti kesabaran kerana apa sahaja yang kita hajati belum tentu boleh terbentang di depan mata. Inilah yang saya alami semasa berusaha mendapatkan sebidang tanah kedua yang terletak di Jalan Besar Alor Gajah-Machap (Melaka).
Walaupun keluasannya hanya 1 ekar, tetapi kedudukan yang startegik di tepi jalan besar dan berdekatan pula dengan Pusat Pembiakan Kambing Muda (Kaprima) di Alor Gajah ini telah mendorong saya untuk membeli tanah tersebut. Tambahan pula jaraknya hanya sekitar 100 meter dari rumah ayah. Dan Ayah pulak memang meminati penternakan kambing.
Kandang tak jadi soal kerana ayah juga merupakan tukang rumah. Bab nak buat kira-kira pelan kandang tak jadi masalah walaupun ayah dan bersara dari pekerjaan tersebut, katanya.
Tanah yang pada masa sekarang ditanam dengan kelapa sawit memiliki sebatang anak sungai yang mengalirkan air yang jernih dan amat sesuai untuk penternakan. Harga yang ditawarkan amat tinggi iaitu RM70K, mungkin kerana telah ada tanaman kelapa sawit yang sesetengahnya telah mengeluarkan hasil. Menurut kata pemiliknya, lebar tanah tersebut melebihi 120 kaki dan panjangnya melebihi 360 kaki, kira ok la tu....sekadar permulaan untuk bertapak di cawangan Melaka.
Setelah perundingan harga dibuat, saya telah mendapatkan seorang Jurunilai untuk menilaikan tanah tersebut kerana saya bakal membuat sedikit pinjaman dari Agro Bank. Kira letih jugak berulang alik dari Puchong ke Alor Gajah, dengan kos minyak yang tinggi ini. Tapi pasal bisness...saya pejamkan mata je....
Perbincangan dengan jurunilai menimbulkan keraguan kerana pelan tanah besar menunjukkan tanah tersebut kurang dari 100 kaki lebar...Tersentak saya dibuatnya. Kemudian saya minta Jurunilai untuk membuat semakan di Pejabat Tanah untuk memastikan saiz sebenar tanah tersebut.
Memang sah...lebar tanah tersebut hanya 99 kaki aje dan memanjang ke belakang. Setelah berbincang dengan ayah, saya memutuskan untuk membatalkan pembelian tanah tersebut walaupun telah mengeluarkan perbelanjaan beberapa ratus ringgit.
Lebar tanah sedemikian amat menyukarkan pembinaan kandang, rumah pekerja, setor dan lain-lainnya. Tambahan pula keadaan tanah yang tidak serata akan menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk kerja-kerja penambakan. Tapi...tula...pemilik tanah sekarang ni memujuk saya untuk membeli tanah tersebut dengan memberikan potongan harga lagi...Tak tahulah...saya dah 80% tak nak dah tanah tu....
Kalau ada pandangan dari rakan usahawan, bolehlah maklumkan kepada saya..
2 comments:
Salam Prof.
Nak besarkan bisnes lagi ke tuh. Siap carik ladang nak bukak branch.
Diharap usaha Prof berjaya la ye. Say pun sekarang teruk gak nak usaha jualkan lembu-lembu yang dikandang saya tu. Susah gak nak tembusi market ni.
Bila-bila Prof free, boleh ke saya nak ajak Prof minum teh tarik? Boleh borak-borak bisnes ternakan ni skit.
Sekian
Salam En Saiful, mcm tak caya je...bukankah jualan lembu tengah rancak sekarang? tambahan plak harga yg En Saiful tawarkan tu rendah berbanding ngan tmpt lain?
Boleh jugak kita kuar minum...next week better, sebab minggu sy akn ke Kota Tinggi...
Nnti blh kita talk pasal bisness.
I need your experience..
Rgds
Prof
Post a Comment