Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan berkata, pihaknya mendapati kes rampasan lembu dan kerbau meningkat tahun ini iaitu 2,612 ekor berbanding hanya 157 ekor sepanjang tahun lalu kerana sebelum ini pengusaha di negeri ini banyak mengimport bekalan daging dari Australia. Dalam tempoh yang sama sebanyak 31 kes rampasan dihadapkan ke mahkamah manakala 83 kes dikenakan tindakan kompaun.
"Harga daging import yang mahal menyebabkan ramai pengusaha beralih mendapat bekalan dari utara sempadan berikutan perbezaan harga yang ketara" - Datuk Dr Mohd Zairi
Menurutnya, jumlah denda yang dikutip hasil pendakwaan di mahkamah sebanyak RM8,450 dan jumlah kompaun pula RM28,600 manakala jualan ternakan yang dirampas sebanyak RM344,000.
Katanya, bagi menangani kegiatan itu pihaknya akan mengadakan pemantauan bersama agensi penguat kuasa termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).
Tambahnya, bekalan lembu, kerbau, kambing, ayam dan telur menjelang musim perayaan nanti mencukupi dan dijangka mencukupi walaupun permintaan dijangka meningkat 30 peratus daripada biasa.
Beliau memberi jaminan bekalan daging menjelang Hari Raya mencukupi dan orang ramai tidak harus bimbang sehingga terdorong untuk membeli daging ternakan yang diseludup.
Tambahnya, sebanyak 3,000 ekor lembu dan kerbau dari ladang-ladang tradisional dan fidlot di negeri ini disediakan untuk membekalkan 360 tan metrik daging segar.
"Daging lembu sembelihan tempatan pada harga RM15 sekilogram, daging kerbau import (beku dari India) RM8 sekilogram manakala daging kambing sembelihan tempatan berharga RM18 sekilogram" - Datuk Dr Mohd Zairi
Selain dari itu katanya, 30 tan metrik daging beku dari India telah diimport untuk menampung bekalan. Bekalan kambing dan biri-biri baka kacukan tempatan hidup juga disediakan sebanyak 500 ekor yang akan menghasilkan 60 tan metrik daging segar. [Sumber : Utusan dan Sinar Harian]
No comments:
Post a Comment