
Felda Tun Ghafar, Kg Baru Menggong, Alor Gajah Melaka - 9 November 2008, Saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu bersama ayah saya untuk mengunjungi seorang lagi usahawan muda Sdr Untung Bin Dollah yang mengusahakan Kolam Ternakan Ikan Tilapia Merah bersebelahan dengan rumah kediamannya di Menggong.
Kami bedua saling mengenalinya sejak dibangku sekolah lagi. Beliau sangat aktif mengusahakan projek agro seperti penternakan lembu penanaman sayur-sayuran dan penternakan ikan Tilapia dan Kap Rumput. Selain itu beliau juga merupakan pengusaha lori pengangkutan buah kelapa sawit di sekitar kawasan Felda.
Saya dan ayah yang sempat mengunjungi beliau di Kolam Ternakan Ikan Tilapia tersebut sempat berkongsi idea berkenaan dengan projek tersebut. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM6,000 termasuk kerja-kerja pengorekan kolam, benih ikan dan lain-lain, kini beliau mampu tersenyum lebar kerana dalam masa 2-3 akan datang, beliau akan meraih hasil daripada penjualan ikan tersebut yang berharga sekitar RM6 sekilogram (harga pasaran).
Namun begitu, masalah yang dihadapinya adalah makanan yang agak tinggi pada masa ini. Untuk menampung keperluan makanan berbentuk pellet, beliau menggunakan rumput napier yang yang dicincang kepada keratan kecil menggunakan Chopper Machine dan diberikan kepada ikan Tilapia.
Beliau juga berhasrat untuk mengusahakan ternakan kambing memandangkan pasaran kambing di sekitar negeri Melaka adalah amat baik pada masa ini. Kami turut berkongsi pandangan dan InsyaAllah pada masa yang akan datang kami akan mengadakan perbincangan susulan tentang ternakan kambing yang bakal beliau usahakan nanti.





















Kunjungan saya disambut oleh Sdr Amirul setelah membuat temujanji pada pagi tersebut. Beliau telah membawa saya ke Ladang Ternakan Kambing beliau yang terletak di dalam ladang getah berhampiran dengan jalan besar Bentong-Raub. Ladang tersebut diusahakan secara bersama dengan kedua ibu dan bapanya yang memang meminati bidang penternakan ini sejak lebih 1 tahun yang lalu dan mempunyai lebih kurang 40 ekor kambing (Cross dan Kampung).











InsyaAllah pada tahun ini kami 9 beradik (seorang di Sabah) memutuskan atas persetujuan ayah dan emak untuk mendodol pada hari 


Tuan Haji Din yang juga seorang guru, telah lama berkecimpung dengan ternakan lembu secara fidlot di Kuala Lumpur ini di samping membekalkan daging lembu secara konsisten di sekitar Lembah Klang terutamanya di pasar-pasar basah. Malahan bekalan lembu beliau telah diklasifikasikan secara teratur mengikut saiz dan umur ternakan untuk bekalan Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Korban nanti.
























Menurut Sdr Mahathir, beliau amat bertuah dan bersyukur kerana kambing Jamnapari beliau yang bunting kali kedua telah melahirkan 5 ekor anak yang sihat. Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan kerana amat jarang sekali seseekor kambing Jamnapari melahirkan 5 ekor anak dalam satu-satu masa. Malahan beliau yang mendapat pendidikan dari IHK Kluang ini telah melakukan beberapa langkah dan kaedah yang baik kearah memajukan industri ternakan kambing.


























