
Aidil Fitri 1429H/2008 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang telah sudah, saya dan keluarga di Melaka tidak melepaskan peluang untuk menyediakan juadah hari raya iaitu DODOL yang merupakan raja segala kueh raya.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput kepada rakan-rakan usahawan terutamanya yang tinggal di sekitar Melaka, mana yang berkesempatan atau yang ingin merasai pengalaman mendodol dan menikmati dodol panas sebelum dan selepas dicampur dengan gula kabung bolehlah datang ke rumah ayah saya di Alor Gajah, Melaka. InsyaAllah, saya akan balik ke kampung pada tengahari Sabtu 20 September 2008 nanti. Ianya akan bermula sekitar jam 3:00 petang dan dijangka akan berakhir jam 11:00 malam (8 jam).
Bolehlah juga nanti kita bersembang-sembang panjang pasal kambing.

No comments:
Post a Comment