
BALING, KEDAH 14 Sept 2008 - Minat mendalam terhadap bidang ternakan walaupun bermula dengan usaha kecil-kecilan ternyata menjadi kunci kejayaan kepada Wan Mahmud Wan Ibrahim dari Kampung Tiak, Kupang dekat sini yang kini menjadi penternak kambing berjaya.
Bermula dengan hanya lima ekor kambing yang diternak di belakang rumah, Wan Mahmud, 65, dan keluarganya kini memperoleh hasil lumayan apabila ternakannya kini meningkat 100 ekor.
Dengan tiga buah kandang berukuran 30 meter X 50 meter setiap satu, Wan Mahmud memulakan ternakan kambing baka Australia (F1) iaitu jenis Boer dan Jamnapari sejak dua tahun lalu bermodalkan duit simpanan sendiri.
Wan Mahmud berkata, pada permulaannya, percubaan menternak sebanyak lima ekor kambing Boer menunjukkan peningkatan memberansangkan apabila ada pihak berminat dengan teknik kacukan ternakan yang dijalankannya.
"Selepas menunjukkan perkembangan baik, saya mula menambah induk kambing bagi mendapatkan benih untuk dijadikan baka" - Wan Mahmud
Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, walaupun menternak di belakang rumah, ternyata penjagaan persekitaran, makanan dan kawalan binatang ternakan itu tidak mendatangkan masalah kerana minat mendalam mengatasi segala-galanya.
Jelasnya, harga kambingnya mengikut jenis iaitu antara RM500 hingga RM6,000 seekor yang turut bergantung kepada saiznya.
Lebih menarik, keluarga tersebut tidak mendapat kursus penternakan secara intensif daripada mana-mana pihak namun mereka mahir menyediakan pemakanan dan pengawalan penyakit termasuk penggunaan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak bagi membolehkan baka yang dihasilkan terhindar daripada serangan penyakit mulut.
"Kami menggunakan garam bukit, daun-daun kayu dan dedak sebagai makanan kambing supaya ia dapat membesar dengan baik dan terhindar daripada penyakit" - Wan Mahmud
FAKTA ANGKA
Permulaan:5 ekor
Sekarang:100 ekor
Kandang:3 buah
Kambing:Boer/Jamnapari
[Sumber Berita : Utusan Malaysia ]

























1 comments:
Assalamualaikum Wrmbth,
Terima kasih kerana berkongsi artikel yang bermanfaat ini. Saya lihat banyak info menarik bertaburan di sekitar laman web dan malangnya jika apa- apa berlaku pada blog atau web tersebut.. maka kesemua informasi ini akan hilang begitu sahaja.
Oleh itu, saya ingin keizinan tuan untuk mengumpulkan artikel tuan didalam blog saya http://kambinghalal.blogspot.com.
Semoga dengan perkongsian ini.. tuan akan mendapat pahala sedekah jariah ilmu bermanfaat dari Allah SWT. :)
Post a Comment