Buat masa sekarang saya sedang sibuk bersama-sama dengan EG Plantation untuk set-up projek yang saya kira amat berdaya maju untuk dijalankan di Felda Trolak Timur, Slim River, Perak.
Saya mendapat pelawaan EG dan Katjang seminggu yang lalu dan saya sendiri telah membuat tinjuan di tapak projek yang akan dibangunkannya itu. Kawasan yang terletak dipinggir bukit memang amat luas berserta dengan pemandangan yang amat menarik.
Seharian bermula dari jam 7:30 pagi dari Hentian Rehat Sungai Buluh, Selasa 1 April 2008 yang lalu, saya, EG dan Katjang (dan isterinya) telah pergi ke Bank Pertanian Malaysia cawangan Slim River untuk membuat "presentation" tentang projek yang bakal dijalankan dengan harapan untuk mendapatkan keyakinan pihak bank untuk membiayai pinjaman dan juga pembiayaan kursus yang akan dijalankan nanti.
Pada dasarnya pihak bank bersetuju, tetapi kelulusan rasmi daripada pihak atasan akan dimaklumkan kemudian kerana ianya melibatkan peruntukan pembiayaan kursus yang agak tinggi. Kemudian pihak bank meminta agar kami menyediakan satu kertas kerja bagi tujuan tersebut. Saya telah ditugaskan untuk menyediakannya.
InsyaAllah, jika tiada apa-apa aral melintang, kami akan memulakan Kursus Asas Penternakan Kambing seawal bulan Julai 2008 nanti. Sesiapa yang berminat, bolehlah nanti menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Kemudahan dan prasarana seperti penginapan, bilik kuliah dan kandang yang bersesuaian dengan pembelajaran akan disediakan. InsyaAllah.
Selesai "presentation", menjelang tengahari, kami berhenti makan di kedai makan milik kakak Katjang yang terletak di Felda Trolak dan kemudian terus ke rumah bapa mertua EG untuk melihat-lihat tapak projek yang akan dibangunkan tersebut.
Memang menarik tapak projek yang dicadangkan oleh EG. Cuma ianya perlukan modal yang agak besar untuk dibangunkan kawasan tersebut berhampiran dengan kandang lama. Tetapi, InsyaAllah, ianya perlukan masa dan kesabaran kerana tanah tersebut telahpun mendapat persetujuan pihak pengurusan Felda untuk digunakan bagi tujuan tersebut.
Di dalam kawasan Felda Trolak ini sendiri terdapat beberapa orang penternak yang telah mengusahakan projek secara kecil-kecilan. Tetapi yang menjadi masalah kepada mereka adalah tentang pemasaran hasil ternakan dan beberapa kaedah yang masih mengamalkan cara-cara penternakan yang agak lama.
Dalam masa yang sama, perjumpaan pada petang itu juga telah diadakan oleh Pengurus Felda Trolak Timur yang mencadangkan agar EG Plantation menyediakan satu plan untuk membangunkan semula projek ternakan lembu yang telah terbengkalai beberapa bulan yang lalu. Walaupun agak keberatan untuk membangunkannya, tambahan pula ianya adalah projek belia, namun kami akan cuba untuk menyediakan satu kertas kerja untuk pembangunan semula projek tersebut.
2 comments:
Prof,
Syabas & Tahniah. Laju giler perkembangan kengkawan sekandang aku ni.
Anyway all the best to you, katjang dan G.
Boer tak join ke?
Nak rasmi projek ajak le kengkawan.
Bukan laju manapun, cuma peluang yang datang sukar nak dapat.
Jadi kami ambil le peluang tersebut.
InsyaAllah, kami akn ajak bila nak buat nanti. Kalau ada kelapangan, bolehlah sesekali ke Trolak. 1 1/2 jam je dari KL.
Hari nipun, baru balik dari Trolak. Buat presentation...
Regards.
Post a Comment