
Kemudian pada sebelah malamnya pula En. Najib yang merupakan anak ke 6 Allahyarham Milatu telah memberikan penerangan berkenaan dengan Pemasaran yang mana telah membuka minda peserta bahawa penternakan kambing bukan sahaja untuk penghasilan daging dan susu, tetapi banyak hasil lain yang boleh didapati daripada ternakan kambing ini.
Dapatlah jugak saya melihat proses penyembelihan dan menjadi favourite saya bila tiba bab melapah, saya tak lepas peluang untuk turut melapah daging kambing ini.
Kemudian pada sebelah malamnya, En Azmi memberikan penerangan berkenaan dengan Pentadbiran Perniagaan yang antara lain merangkumi penubuhan syarikat dan mengurus selia sesebuah syarikat berlandaskan kepada undang-undang.
Pada setiap pagi kesemua peserta akan diberikan peluang untuk turut sama memerah susu kambing disamping merasai keenakkan susu segar tersebut.
Pada hari ketiga pula penerangan tentang kesihatan dan penyakit-penyakit kambing oleh Dr Azam dan Dr Zul dari Lazuli Sdn. Bhd. Disamping itu juga latihan praktikal di kandang dijalankan pada sebelah petang.
Pada sebelah petangnya pula para peserta telah diberikan tunjuk ajar secara praktikal berkenaan dengan pemakanan, rumput serta penanaman tanaman rumput napier dan rumput guinea.
Selain itu beliau juga telah menerangkan penggunaan mesin chopper dan mesin pengisar yang mengunakan kuasa elektrik.
Kemudian peserta diajar cara-cara mengubati penyakit kambing termasuk memberi suntikan, memasang tag, memotong kuku dan sebagainya. Apa yang saya boleh simpulkan, En Halim memang pakar dalam penjagaan kandang dan ternakan kambing ini.
Disamping itu juga beliau menerangkan proses membuat tinja untuk dijadikan baja.

Hari terakhir, Tuan Hj Mukhriz dari IPV Cheras telah memberikan penerangan berkenaan dengan ternakan ruminan dan peluang-peluang yang ada di dalam bidang penternakan.
Kemudian sessi tamat kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kursus kepada peserta-peserta oleh Tuan Hj Mukhriz. Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan segala ilmu yang di perolehi di TT yang mana pembelajaran kelas dan amali adalah seimbang. Cuma sessi menyambut kelahiran anak kambing tidak dapat disaksikan kerana pada kali ini, tidak ada kambing yang beranak.
Walaubagaimanapun saya amat berterimakasih kepada pihak TTSB En Idris, En Halim, En Kamal dan En Najib yang bersedia pada bila-bila masa memberikan tunjuk ajar yang amat baik. Tentang bab makan, ada peserta yang beri markah 11/10 kerana memang sedap pun masakan yang disediakan.
Sepanjang menghadiri latihan sangkut ini, ramai kenalan yang saya dapat juga berkongsi ilmu dengan mereka. Memang...pada hari pertama agak segan-segan, tetapi bila masuk hari kedua, suasana bertukar menjadi lebih ceria bila mana semua peserta mula mengenali antara satu sama lain.

Lensa kamera saya sempat juga merakamkan beberapa aksi-aksi peserta. Aku harap rakan-rakan tak marah dengan penyiaran aksi ini. Ianya sekadar gurauan.
Kepada rakan-rakan yang sama-sama mengikuti latihan sangkut ini, saya ucapkan semoga penjalanan untuk menjadi seorang penternak dan usahawan yang berjaya akan tercapai. Walaupun agak perit untuk menerima hakikat yang dimaksudkan oleh En Halim di akhir sessi, saya bertekad untuk menyahut cabarannya itu. Aku akan menjadi seorang penternak...saya akan menjadi seorang penternak...saya akan menjadi seorang usahawan ternak yang berjaya di suatu hari nanti.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment