Alhamdulillah, langkah pertama saya telah hampir berjaya bilamana kunjungan saya ke Pejabat Tanah Raub pada 25 Feb 2008 (Isnin) untuk membuat carian berkenaan dengan status tanah seluas hampir 2 1/2 ekar yang hendak saya usahakan ini telah berjalan dengan lancar. Aku bersyukur kerana tanah peninggalan arwah nenda kepada mertua saya yang akan berusia genap 100 tahun pada 17 Jun 2008 ini masih lagi belum bertukar milik setelah ianya tidak diusahakan untuk sekian lamanya.
Langkah seterusnya yang perlu saya lakukan adalah untuk menjelaskan premium tanah dan seterusnya mengambilalih kuasa dan memohon untuk bicara kuasa (jika perlu) yang akan dilakukan atas nama mertua saya sendiri. harap-harap biarlah ianya tidak akan bermasaalah memandangkan tanah tersebut telahpun melangkaui 3 keturunan.
InsyaAllah, ini akan saya lakukan dalam masa yang terdekat ini.
No comments:
Post a Comment