Saya, G, Katjang, Boer dan Sdr Sabri telah mengadakan perbincangan berkenaan dengan Kertas Kerja Projek Ternakan Kambing di Puncak Perdana pada malam 14 Februari 2008 (Khamis) yang lalu. Tujuan kami mengadakan perbincangan ini adalah untuk mendapatkan idea-idea yang baik sebelum memulakan projek ternakan kambing ini di tempat masing-masing.
Aku telah diminta untuk membentangkan Kertas Kerja yang saya telah buat sebelum menghadiri Kursus Penternakan Kambing di Teguh Ternak pada 6~10 Februari 2008 yang lalu. Namun begitu, saya telah ubah suai beberapa perkara apabila selesai menjalani kursus tersebut agar ianya lebih berdaya maju dan effisyen.
Banyak idea-idea yang kami bincangkan bermula daripada kerja-kerja tanah sehinggalah kepada bab pemasaran yang mana kami merancang untuk mengujudkan rangkaian (networking) sesama kami bagi berkongsi ilmu dan juga mengembangkan lagi business penternakan kambing ini.
Disamping itu juga G telah memaklumkan tentang peluang-peluang untuk mendapatkan pembiayaan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta sementara Katjang pula memperincikan lagi tentang proses-proses dan syarat-syarat untuk memudahkan lagi permohonan tersebut berdasarkan kepada pengalaman beliau sendiri.
Kepada rakan-rakan seangkatan yang sama-sama mengikuti kursus di TTSB tempohari, penyertaan semua adalah amat dialu-alukan untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan mengujudkan satu jaringan penternakan sesama kita.
Wassalam
Blogger.
2 comments:
Prof,
Apa hasil pembentangan kertas kerja hari tu? Share la ngan aku, aku pun nak join network gak.
Boleh, tak de masalah...kenalah selalu2 interaksi sesama kita...
Post a Comment