Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.
Aras/ketinggian sesebuah kandang adalah amat penting sekiranya mendirikan kandang bertingkat. Tinggi yang lebih ideal adalah 5~6 kaki daripda tapak kandang. Ini adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja mudah dilakukan.
Tiang kandang hendaklah diperbuat daripada binaan yang kuku seperti konkrit kerana ianya tahan lebih lama berbanding dengan tiang kayu yang mudah reput.
KELUASAN PETAK (PEN)
Dalam pemeliharaan 10 ekor kambing di dalam satu-satu petak, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 100 kaki persegi. Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.
LANTAI
Lantai hendaklah diperbuat daripada kayu yang sesuai seperti beroti yang berukuran 0.5~1 inci (tebal) dan 1.5 ~ 2 inci (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Ini memudahkan kencing dan najis kambing jatuh ke bawah. Kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 0.5 inci tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit). Luas kawasan lantai yang ideal untuk satu pen bagi 10 ekor kambing dewasa ialah 100 kaki persegi.
Diantara perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan sebelum membuat lantai kandang adalah seperti berikut :-
- Tahan lama - contohnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
- Mudah dicuci
- Tidak licin yang menyebabkan tergelincir
- Tidak mencederakan (tersepit kaki)
- Tidak mudah lembab
DINDING
Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:-
- Dari lantai sehingga kira-kira 4 kaki ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 0.5~1 inci yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
- Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 3~5 inci.
BUMBUNG/ATAP KANDANG
Bumbung/Atap kandang jenis Double Roofing (Bertingkat) dicadangkan bagi memastikan sistem pengudaraan yang lebih baik. Ini terutamanya ketika cuaca panas pada waktu siang. Udara panas akan lebih mudah beredar keluar dari dalam kandang melalui Double Roofing (udara panas akan naik ke atas) berbanding dengan bumbung yang tertutup menyebabkan suhu di dalam kandang menjadi panas hingga memudaratkan kesihatan kambing.
Selain daripada itu, berbagai jenis bumbung rekaan lain seperti pisang sesikat, bersilang dan tetingkap boleh digunakan bergantung kepada keadaan persekitaran dan kos yang dilaburkan.
Ketinggian lantai dengan alang hendaklah sekurang-kurangnya 8 kaki (2 meter) bagi mendapatkan keselesaan dan peredaran udara lebih lancar di dalam kandang.
Diantara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat bumbung termasuklah:
- Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
- Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
- Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
- Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
PALUNG MAKANAN
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Sebaiknya gunakan palung selinder yang dibelah dua bersaiz 1 kaki. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 1.5 kaki dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
AIR MINUMAN
Penyediaan air minuman adalah satu kemestian untuk kegunaan kambing minum. Cara lama yang digunakan adalah dengan meletakkan air di dalam sebuah bekas seperti baldi dan perlu ditukar setiap kali memberi kambing minum. Cara ini kurang praktikal dan kadang-kala akan menyebabkan masalah kesihatan kepada kambing apabila air yang digunakan tercemar oleh kekotoran.
Pada masa sekarang penternak lebih gemar menggunakan paip minuman khas yang lebih bersih dan dapat menjimatkan penggunaan air. Sebuah tangki berisi air diletakkan di dalam kandang dan disalurkan kesetiap petak/pen dengan menggunakan saluran paip pvc dan diletakkan paip minuman bagi setiap petak/pen.
2 comments:
To avoid each of the previously discussed problems, contact ULF unding Services that's leading loan supplier in web good feedback off their customers. However, for those who have bad credit, getting a decreased rate auto refinance might be challenging [url=http://paydayloanlendersapproval.co.uk/]payday loans[/url] by the final of the fiscal year, public sector nuclear power corporation npc will generate 25. As one of the most open economies that will also be big financial centres, Singapore and Hong Kong have been hit hardest. Lloyds stepped in to buy HBOS inside a government-brokered deal after HBOS was hit by the crisis and concerns about its exposure to Britain's weakening housing marketplace pay day loan lenders big or small, loans bring benefits to both people who give and people who receive the bucks. Once the drugstore chains sign the lease, they are going to pay for the rent no matter what. The debtor will be anticipated to settle those assets with an additional cost calculated from an agreed interest amount http://paydayloanlendersapproval.co.uk we propose you prepare an ach authorization and implement a credit repairing repayment schedule of 50 usd every a couple weeks for 10 pay periods before the principal of 500 usd is paid entirely.
26,97,389 thus I save Rs8,96,852 over the eye cost as in comparison to normal loans plus I repay my entire amount borrowed in only 14 years as compared to twenty years in normal floating scheme. We acquire our net first platinum 2 month critiques seriously, therefore we study just about every information we assessment [url=http://onlinepaydayloans-4u.co.uk]pay day loans online[/url] guaranteed approval credit card now, advancement inside financial market makes it possible for cash at whenever at at any time whenever you might be wanting cash by looking for payday loans. Contact them and inform them you may need to generate arrangements and they will usually be obliging. Remember, they can take issue along not paying your bills, although not if you have filed for bankruptcy online payday loans after the 2nd debate, inspite of the consensus he lost, gov. Tesco and Marks & Spencer had been touted as companies with strong consumer brands that can help open up the green deal to homeowners, nonetheless they are not in the initial founding group. This just adds for their important thing, which results in higher rates of interest http://onlinepaydayloans-4u.co.uk many or nearly all of my mechanical engineering learning experiences at mit, bored me to tears.
Post a Comment