Sempat juga saya merakam beberapa booth rakan-rakan ternak yang mempamerkan product masing-masing. Meriah sungguh kali ini....
Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan
semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak
Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti
kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan
ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.
Monday, August 18, 2008
MAHA 2008 dan Kawan Lama
Hari ke-7 17 Ogos 2008 kunjungan saya ke MAHA 2008 menyaksikan keadaan pameran penuh sesak dengan pengunjung yang datang sejak awal pagi sehingga ke lewat petang. Malahan MAHA kali ini dibuka sehingga jam 9:00 malam masih terdapat ramai pengunjung. Mungkin keadaan cuaca yang panas terik pada waktu siang, menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk datang pada lewat petang.
MAHA 2008 kali ini telah menemukan saya kepada sahabat yang telah lama terpisah sejak kami sama-sama menuntut di UTM Jalan Semarak pada 1986 yang lalu. 22 tahun terpisah, kali ini ditemukan di MAHA2008 ketika saya secara kebetulan melawat booth beliau. Sudahlah begitu, isterinya juga pernah bekerja di tempat saya bekerja sekarang dan saya memang mengenali isteri beliau yang bekerja di bahagian Finance. Dan yang menariknya. kami sama-sama membeli rumah di Selangor yang sekarang ini telah terbengkalai sepenuhnya. Pelik...pelik...tapi kuasa Allah SWT, siapa tahu...kami ditemukan kembali.
Sempat juga saya merakam beberapa booth rakan-rakan ternak yang mempamerkan product masing-masing. Meriah sungguh kali ini....




















Sempat juga saya merakam beberapa booth rakan-rakan ternak yang mempamerkan product masing-masing. Meriah sungguh kali ini....
Labels:
MAHA 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.
No comments:
Post a Comment