Pegawai Pemerintah PGA Batalion Sembilan Supt Kamaruddin Yusof berkata rampasan berkenaan dibuat kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah kandang dengan sebahagian kambing-kambing jenis Anglo Cross itu dimuatkan dalam sebuah lori. Adalah dipercayai kambing-kambing berkenaan diseludup dari negara jiran dan ditempatkan di kandang tersebut dan untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.
"Kambing berkenaan dibeli dengan harga RM500 seekor manakala harga jualannya lebih tinggi menjadikannya tarikan kepada para penyeludup" - Supt Kamaruddin Yusof
Kamaruddin berkata kedua-dua lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu dipercayai sekadar mengambil upah untuk membawa kambing berkenaan ke lokasi yang ditetapkan. Serbuan ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Veterinar Kelantan dan kedua-dua lelaki dan semua kambing yang dirampas akan diserahkan kepada jabatan itu untuk tindakan lanjut. Sumber - Bernama
Berhati-hatilah ketika membeli kambing untuk dijadikan baka atau induk daripada individu-individu yang menjalankan perniagaan secara tidak sah disisi undang-undang ini walaupun harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada pasaran yang sebenar. Apa yang dikhuatirkan adalah kita akan turut sama disabitkan dengan kesalahan bersubahat.
No comments:
Post a Comment