Disebabkan musim MAHA, maka kali ini saya lebih bercerita kepada kunjungan ke MAHA2008 ini. InsyaAllah, selepas selesai MAHA nanti, kita sambung cerita penternakan...
Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan
semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak
Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti
kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan
ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.
Wednesday, August 20, 2008
Kunjungan ke Dewan Pameran MAHA2008
19 Ogos 2008 - Saya mengambil kesempatan cuti separuh hari untuk membawa keluarga mengunjungi MAHA2008 lagi. Kali ini kami mengunjungi Dewan Pameran A,B,C dan D.
Terkejut juga saya dibuatnya kerana Dewan Pameran kesemuanya berhawa dingin tidak seperti MAHA2006 yang lalu. Malahan booth yang disediakan amat banyak yang memberi ruang dan peluang kepada usahawan mempamerkan hasil produk masing-masing dan membuat jualan terutamanya di bahagian Agro-bazaar. Tapi harga yang ditawarkan lebih kurang sama dengan yang dijual diluar MAHA. Sepatutnya, sempena MAHA dan kuantiti jualan juga lebih banyak, maka sepatutnya harga yang dijual lebih rendah lagi. tetapi saya dimaklumkan bahawa peserta pameran dikenakan bayaran sewaan, tidak seperti di bahagian ternakan (di bawah JPV).
Disebabkan musim MAHA, maka kali ini saya lebih bercerita kepada kunjungan ke MAHA2008 ini. InsyaAllah, selepas selesai MAHA nanti, kita sambung cerita penternakan...














Disebabkan musim MAHA, maka kali ini saya lebih bercerita kepada kunjungan ke MAHA2008 ini. InsyaAllah, selepas selesai MAHA nanti, kita sambung cerita penternakan...
Labels:
MAHA 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.
No comments:
Post a Comment