Namun tahukah kita bahawa bahan bahan buangan ini akan mendatangkan hasil dan pulangan yang kalau tidak banyakpun, sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit kos makanan ternakan kambing kita sepertimana penghasilan tinja yang dahulunya langsung tidak diambil peduli oleh penternak untuk dijadikan sebagai baja kompos yang bermutu tinggi.
Begitu juga dengan kulit kambing yang mana daripadanya dapat menghasilkan alat-alat muzik seperti kompang, rebana, beduk dan lain-lainnya. Malahan kita ini pembuatan peralatan ini banyak dipelopori oleh masyarakat Melayu di negara kita seperti Perusahaan Kompang Baki Abdullah , Perusahaan Kompang & Jidor Mokhtar
Selain daripada itu, kulit kambing juga turut digunakan untuk membuat pelbagai aksesori yang selalu kita gunakan seperti kasut , tas tangan, beg-duit, jaket dan sebagainya. Kulit kambing juga mempunyai ketahanan yang baik dan setidak-tidaknya dapat mengelakkan kita daripada menggunakan barangan daripada kulit haiwan yang dilarang oleh agama.
Malahan pada zaman dahulu, kulit kambing juga turut digunakan untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran dan di dalam kegunaan untuk pembelajaran (buku). Ianya banyak digunakan oleh kesultanan pada zaman dahulu untuk upacara perlantikan, watikah dan utusan raja. Malahan pada pertabalan DYM Sultan Mirzan pada 2007 yang lalu, kulit kambing turut digunakan sebagai watikah pertabalan serta surat jemputan kepada raja-raja dan sultan-sultan di negara kita.
Oleh yang demikian, sekiranya kita mempergunakan dengan baiknya segala hasil-hasil ternakan kambing ini, pasti ianya akan mendatangkan pulangan yang lumayan di dalam industri ternakan kambing. InsyaAllah.
1 comment:
Salam, bapa saya bernama Ariff sedang mencari penbeli kulit kambing. Sudah menjalan perniagaan lembu dan kambing sejak 20thn yang lalu. Jika tidak keberatan sila call En Ariff 0162562109
Post a Comment