Mulai Ogos 2008, penternak lembu, kambing dan ayam di negara ini akan diberikan insentif berbentuk wang tunai berdasarkan kepada jumlah pengeluaran. Pemberian insentif ini adalah bertujuan untuk meringankan beban penternak berikutan kenaikan kos operasi ekoran daripada kenaikan kos bahanapi baru-baru ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed berkata, selain pemberian tersebut difokuskan kepada pengusaha dan penternak kecil, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan bekalan bahan makanan rakyat menerusi Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke ladang penternakan kambing Boer Ar-Raudah di Rawang, Selangor pada Ahad 27 Julai 2008 yang lalu.
"Kerajaan memperuntukkan RM213 juta bantuan untuk tempoh 6 bulan sehingga Disember ini supaya penternak dapat mengeluarkan produktiviti seperti biasa" - Datuk Mustapa Mohamed
Kriteria Pemberian Bantuan (Insentif) adalah seperti berikut :-
- Penternak Ayam - kurang daripada 20,000 ekor ayam
- Penternak Kambing - Semua
- Penternak Lembu - Semua
- 50 liter susu sehari = RM300 sebulan
- Pengeluaran susu lembu kecil-kecilan = 19.59 setiap liter
- Pengeluran susu lembu komersial = 6.55 sen setiap liter
- 30 ekor lembu & ladang 100 ekar = RM3,000 sebulan selama 3 bulan.
- Pengeluaran hasil = 75 sen ~ RM 1.12 setiap kg
- Pengeluaran hasil = 20 sen ~ 60 sen setiap kg
- Pengusaha kecil-kecilan = 90 sen setiap kg
- Pengusaha Komersial = 30 sen setiap kg
- 78 sen setiap kali pusingan pengeluaran
Semua penternak di negara ini disaran agar mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan insentif tunai yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mudahan ianya secara tidak langsung dapat membantu penternak meringankan beban samada kos pemakanan mahupun kos operasi ekoran kenaikan harga bahanapi yang tinggi ini.
Usahawan ternakan bolehlah melayari laman web MOA atau JPV dalam beberapa hari yang akan datang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang skim insentif ini. Tinjuan saya di dalam laman web tersebut belum lagi memaparkan skim insentif ini.
No comments:
Post a Comment