Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dengan kerjasama Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. (HCISB) telah mengujudkan program yang bertujuan untuk melatih dan melahirkan usahawan terutamanya Bumiputera di dalam pelbagai bidang sektor industri LEMBU. Pemilihan HICSB adalah kerana penglibatan dan inisiatif syarikat tersebut yang bukan sahaja menjalankan aktiviti penternakan lembu, tetapi turut menyumbang sebanyak 22% keperluan daging negara disamping menjalankan aktiviti penyembelihan, penanaman rumput dan menjadi pusat pembiakan baka lembu.
Timbalan Presiden Kanan HICSB, Dr Rashid Tang Abdullah berkata, syarikatnya mensasarkan untuk memenuhi keperluan permintaan daging negara di dalam masa 2 tahun yang akan datang, pengimportan lembu dari China dan mengujudkan lebih banyak rumah-rumah sembelihan yang baru. Untuk itu HCISB berharap dapat melatih 3,640 Usahawan menjelang Oktober 2009 yang melibatkan 7 program bersepadu ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk menceburi industri lembu ini. Diantara program-program yang telah ditawarkan adalah :-
Ladang Pembiakan (500 Usahawan) - Ternakan Lembu Feedlot ((1,000 Usahawan)
- Perusahaan Kecil dan Sederhana (20 Usahawan)
- Pengedar Utama (20 Usahawan)
- Pengedar Daerah (100 Usahawan)
- Pengusaha Meat Shop (1,000 Usahawan)
- Kiosk Hadhari Burger (1,000 Usahawan)
Maklumat lanjut untuk menyertai Projek Pembangunan Usahawan ini boleh di dapati disini.
Berita terdahulu.
Projek Memproses Daging Korban 2008
Kilang Proses Daging di China
Hadhari Cattle teroka bidang ternakan
Hadhari Cattle kuasai pasaran dalam 3 bulan
Susulan jayakan Mihas
No comments:
Post a Comment