ALOR GAJAH 2 Julai - Semua penternak lembu dan kerbau yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (Melaka) diberi tempoh sehingga Ogos ini untuk melesenkan ternakan mereka ataupun berhadapan risiko ternakan dirampas. Penguatkuasaan ini akan dilakukan di bawah lesen Undang-undang Kecil Ternakan Lembu dan Kerbau Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) 1987.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tuan Haji Baharom Bin Majid berkata, arahan tersebut bagaimana pun hanya diwajibkan kepada mereka yang menternak lebih daripada enam ekor lembu atau kerbau. Adalah diharap tindakan ini akan dapat membantu mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan ternakan yang dibiar berkeliaran di sekitar Alor Gajah. Sebelum ini, MPAG hanya mengeluarkan kompaun RM250 untuk seekor lembu yang dijumpai berkeliaran dan penternak dikehendaki membayar jumlah kompaun tersebut jika ingin mengambilnya semula.
Dengan adanya lesen pada ternakan, pihak MPAG akan lebih mudah untuk mengesan pemilik lembu atau kerbau yang dibiarkan berkeliaran sebelum tindakan tegas akan diambil.
"Kita akan menguatkuasakan semula undang-undang sedia ada ini bertujuan supaya penternak lebih bertanggung jawab terhadap ternakan mereka" - Hj. Baharom Bin Majid
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan lesen tersebut, mereka yang berkenaan boleh menghubungi Jabatan Perlesenan MPAG di talian 06-5561600 sambungan 220. [ Seterusnya ... ]
Kalau yang tinggal di Alor Gajah, pasti tahu Pekan Gadek yang mendapat jolokan Pekan Koboi kerana kebanyakan penternak di situ membiarkan ternakan lembu mereka berkeliaran. Bila malam pula ternakan ini akan "lepak" di atas jalanraya dan amat menyusahkan pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut. Ini akan mengundang bahaya sekiranya pemandu tidak dapat melihat lembu-lembu tersebut.
Walaubagaimanapun, bagi penternak kambing, mereka masih lagi dikecualikan daripada melesenkan ternakan mereka. Kalau kena bayar lesen ternakan, susahlah sedikit bagi mereka yang menjalankan penternakan secara fidlot kerana ternakan mereka tidak akan berkeliaran di merata tempat. Bagi yang memiliki jumlah kambing yang banyak, pastinya jumlah yang kena bayar nanti tentulah banyak juga.
Semoga permasalahan ini tidak akan melibatkan penternak yang mengamalkan penternakan secara berhemah.
No comments:
Post a Comment