Kaedah ini dimana tali digunakan untuk mengikat ternakan pada bahagian lehernya. Kambing akan dibiarkan meragut untuk beberapa ketika dan dialihkan ke tempat yang lain 2 atau 3 kali sehari. Kebiasaannya kaedah penternakan ini adalah bersesuaian untuk bilangan ternakan kambing 2~10 ekor dan diternak secara sambilan dan sekadar memenuhi masa atau hobi. Ianya banyak dipraktikkan di kampung-kampung.
Kaedah ini dimana kambing akan dibiarkan meragut dikawasan rumput di tepi-tepi jalan, tanah terbiar atau disekeliling kawasan kampung. Kaedah ini kurang baik kerana:-
- Makanan/rumput mungkin tidak memadai terutama pada kumpulan yang banyak
- Pengurusan tak sistematik dan pengawalan penyakit sukar dilaksanakan.
- Pembiakan kambing tidak terancang kerana pergaulan secara bebas. Kaedah ini juga boleh menimbulkan masalah sosial apabila kambing yang dilepaskan bebas akan meragut dan memakan tanaman orang lain.
Penternakan secara Semi-Intensif adalah di mana kambing akan dibiarkan meragut di kawasan ragutan berpagar pada waktu siang dan akan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Kaedah yang baik diamalkan adalah di mana kambing akan dikurung pada waktu malam dan pagi hari. Makanan samada pellet atau dedaun atau rerumput akan disediakan di dalam palung makanan. Kemudian, kambing akan dilepaskan di kawasan ragutan pada sebelah petang. Ini secara tidak langsung akan dapat mengelakkan kambing terkena penyakit seperti cacing yang menjangkitinya ketika meragut.
kaedah ini adalah lebih praktikal untuk diamalkan selain dapat menjimatkan kos makanan bagi penternak yang mempunyai kawasan ladang yang luas. Kaedah ragutan juga boleh dilakukan seperti berikut :-
- Ragutan bebas bergembala di tepi jalan dan tanah terbiar.
- Ragutan pusingan berpagar elektrik di kawasan integrasi dengan tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit.
- Ragutan pusingan di kawasan pastura terbuka.
Kaedah pemeliharaan ini adalah bagi tujuan untuk penggemukan dan dipelihara di dalam kandang sepenuh masa. Kambing akan diberi makan secukupnya untuk digemukkan dalam jangka masa tertentu sehingga mencapai berat pasaran yang diperlukan.
kaedah ini banyak dipraktikkan di negara kita yang mana pengusaha ternakan tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menyediakan padang ragut. Kawasan yang ada hanya mencukupi untuk tanaman rumput Napier atau Guinea yang akan dipotong dan diberikan kepada kambing di dalam kandang.
Oleh yang demikian, penternak hendaklah menjadualkan pemberian makanan secara lebih efektif agar kos pemberian pellet, rumput ataupun silaj dapat diseimbangkan dengan hasil yang akan diperolehi kelak.
Kaedah ini juga akan dapat mengawal dan menghindarkan ternakan kambing daripada mudah terkena penyakit yang mana pemakanan dan kesihatan kambing lebih mudah dikawal dengan berpandukan kepada jadual yang lebih baik. Malahan pembiakan kambing juga akan dapat direncanakan untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Kaedah penternakan ini adalah di mana kambing diternak di dalam kawasan ladang seperti ladang getah atau ladang kelapa sawit. Ianya secara tidak langsung dapat mengoptimumkan pendapatan kepada hasil ladang dan juga hasil ternakan kambing.
Kebiasaanya, kambing akan dibiarkan meragut dan bergerak secara berkumpulan di dalam kawasan ladang yang berpagar. Ini akan dapat mengurangkan kos merumpai. Tambahan pula hasil daripada ternakan dan najis yang boleh dijual. Ataupun, najis kambing itu tadi menjadi sebagai sumber baja organik dapat mengurang hasil kos pembajaan pokok.
Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya bersesuai kepada tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit yang berusia lebih daripda 3 tahun bagi mengelakkan kambing memakan tanaman tersebut.
No comments:
Post a Comment