Sejak 4 Julai 2008 yang lalu saya mengalami gangguan pada sambungan Streamyx yang asyik putus-putus sejak modem terdahulu (Riger) yang dibekalkan oleh TMnet telah terkena kilat pada 5 Mei 2008 lalu yang menyebabkan ianya mengalami kerosakan. Kemudian pihak TMnet telah menggantikanya dengan modem lain berjenama Billion. Pada peringkat awal penggunaanya, saya tidak menghadapi, tetapi ianya semakin hari semakin melembabkan akses saya ke talian internet.
Saya yang telah membuat aduan ketalian 100 yang pada mulanya mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada pihak TMnet bilamana pihak egen yang diberikan tugas untuk mengenalpasti masalah sambungan yang sering terputus-putus ini telah tidak menjalankan tugas dengan baik dan GAGAL mengenalpasti masalah yang berlaku.
Dari sehari ke sehari, saya cukup sabar menunggu dan membuat laporan ke talian 100, namun tindakan pihak TMnet yang sekadar mengambil laporan dan sering berjanji untuk menyelesaikanya dengan segera masalah, namun masih tidak lagi selesai. Kemuncaknya berlaku pada 16 Julai 2008 (semalam) bilamana saya yang telah mengadu hal kepada 2 orang Pengurus TMnet dan lebih daripada 10 operator telah memberi kata dua kepada mereka samada menyelesaikan masalah gangguan pada sambungan saya dalam masa 24 jam atau saya melaporkannya kepada pihak atasan ataupun melalui akhbar.
Tak sampai 2 jam lepas tu, isteri saya memberitahu bahawa 10 orang yang terdiri daripada kakitangan TMnet dan Telekom Malaysia berada di rumah saya. Nak tau apa yang diaorang buat...?
Pegawai TMnet Center menghubungi saya pada hari itu, tak kurang 5~6 kali untuk memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja berjalan dengan lancar.
Telekom Malaysia menggantikan tiang telefon yang senget dengan tiang yang baru pulak tu. Kemudian mereka ganti kesemua "drop wire" dari "main line" terus ke rumah saya...bagus la tu..walaupun saya tak minta.
Manakala TMnet pula membuat pemeriksaan modem di dalam rumah saya...then membuat pemeriksaan di "port" yang kemudiannya mereka dapati ada berlaku kesilapan di dalam sambungan pada "port". Sepatutnya saya dapat sambungan "fiber" dan bukannya "copper". itu semua mereka dah betulkan..heh..heh..
Kemudian pagi ini (17 Julai 2008), seawal jam 9:30 pagi pula, agen TMnet menghubungi dan saya untuk menggantikan keseluruhan unit modem di dalam rumah iaitu modem, splitter dan LAN cable yang baru... Kemudian bila saya pulang dari kerja saya terus test sambungan streamyx...Wow...macam tak caya pulak...semuanya serba baru dan sambungan ke streamyx bukan sahaja tak putus-putus lagi, malahan lebih laju dari yang biasa....Hari ini je...pegawai TMnet telefon sebanyak 2 kali untuk memastikan saya berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan selama 2 hari itu.
Walaubagaimanapun beliau berjanji untuk follow-up beberapa hari akan datang untuk memastikan tidak ada lagi sambungan terputus-putus.
Harap-harap lepas ni tak ada masalah lagi. Syabas dan sekalung tahniah dan terima kasih kepada mereka (pekerja) yang telah menyelesaikan masalah saya ini.
No comments:
Post a Comment