PALM KERNEL CAKE (PKC)
Makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit sangat popular di kalangan penternak ternakan ruminan. Adalah dipercayai bahawa makanan berbentuk pellet ini yang pertama dihasilkan adalah daripada Palm Kernal Cake (PKC). Ianya dihasilkan dari proses penghasilan minyak kelapa sawit yang menggunakan kaedah pemerahan tekanan (screw pressing method) bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit. Kaedah ini mengakibatkan penjanaan haba yang tinggi dan menyebabkan pengurangan kandungan protein dan khasiat. Jangkahayat PKC adalah tidak tahan lama disebabkan lebihan minyak yang teroksida yang terhasil dari proses tersebut. Selain itu, keadaan rupa bentuk PKC adalah kasar, tajam dan keras boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan makanan haiwan ternakan.
PALM KERNEL DE-OIL MEAL (PKM)
Manakala Palm Kernel De-Oil Meal (PKM) pula adalah merupakan satu ramuan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang dihasilkan khas bagi meningkatkan produktiviti ternakan. Ianya sangat berkhasiat untuk tumbesaran ternakan kerana kaya dengan nutrisi dan serat.
Penghasilan PKM adalah berbeza dari PKC iaitu ianya melalui kaedah pengekstrakan larutan (solvent extraction method) yang menjamin kandungan mineral dan khasiat dalam PKM. Isirong kelapa sawit dikisar sehalus 0.3 mm, sebelum proses pengekstrakan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dilakukan. Kaedah ini hanya menghasilkan haba yang minimum, lantas mengekalkan kandungan nutrisi seperti protein dan menghasilkan makanan ternakan berbentuk serbuk yang halus dan lembut. Jangkahayat PKM adalah lebih lama berbanding dengan PKC.
Pallet Biopalma Felda (Feedlot dan Goat/Sheep) adalah pallet makan ternakan hasil kajian dan keluaran Felda. Ianya menggunakan PKE sebagai bahan asas dan dicampurkan dengan Gandum, Jagung , Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan ruminan. Penghasilan pallet makanan Biopalma adalah berasaskan tumbuhan dan bebas dari sebarang penggunaan lelemak haiwan, bahan kimia dan antibiotik terlarang.
Kedua-duanya mengunakan PKE@Dedak Isirong Sawit sebagai bahan asas dan dirumus secara saintifik dengan Polad Gandum, Jagung , Mil Kacang Soya, Garam Mineral dan Vitamin dengan kadar yang optimum untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan. Pallet Biopalma juga diperkayakan dengan protein, tenaga, asid amino dan agen probiotik. Pallet Biopalma boleh diberi terus kepada ternakan ruminan tanpa perlu dicampur dengan bahan bahan-bahan lain.
No comments:
Post a Comment